100 Tahun Sebelum Tribuana : “Yang Memenjarakan & Menakluk Chola”

swarnasapta2

 

Ketika itu raja telah menerima mengadap panglimanya yang membawa para tawanan perang Tamil seraya berkata: “Kami telah menakluk negara orang-orang India dengan ‘Thandaung’ (Gunung Besi) dan Nga-Thon-Pinle (Laut Na-sum?)”, dan dia telah membuatkan orang-orang India itu tinggal di kawasan terpencil di Singu.

(Hmannan Maha Yazawindawgyi, Riwayat Mahligai Cermin Raja-raja Burma)

 

Kekacauan di negeri Chola bermula sejak ekspedisi Maharaja Samara Vijayatungga bersama para sekutunya melawan kembali tentera Chola yang mengganggu jalur perdagangan di Selat Melaka. Malah riwayat Burma juga mencatatkan penentangan mereka terhadap kehadiran kuasa Chola yang cuba menganggu hegemoni kerajaan-kerajaan tempatan terutama Empayar Srivijaya.

Rekod dari Sri Lanka berdasarkan prasasti telah menyatakan Maharaja menempatkan tenteranya berpangkalan di Sri Lanka, membantu penduduk Sri Lanka menghalau Chola dari bumi mereka dan ini harmoni dengan catatan Zhou Rugua dalam Zhu Fan Zhi bahawa Sri Lanka (Si Lan) termasuk dalam 15 koloni Srivijaya sekitar tahun 1225 Masehi.

Ini jauh berbeza dengan apa yang terjadi di negeri Chola,  di mana negeri Chola semakin mengecil oleh tekanan dari Pandya dan kemuncak ialah pada sekitar 1231 Masehi, tentera Chola telah dikalahkan oleh Kopperunchinga I dalam Pertempuran Tellaru dan rajanya, Rajaraja Chola III telah ditangkap dan dipenjarakan.  Bersempena dengan kejayaan itu, Kopperunchinga I telah memasang gelaran “Solanai-sirai-yittu-vaittu Solanadu-konda Alagiyasiyan” yang bermaksud “Yang Memenjarakan & Menakluk Chola.”

Srivijaya kembali kaya dan berkuasa sehinggalah satu bencana telah menimpa punca utama perdagangannya. Bencana yang menjatuhkan model dan sistem perdagangannya…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Leave a Reply