Monthly Archives: September 2014

Selamat Datang Ke Inner Circle

 

Pada masa dahulu pengetahuan rahsia itu berputar di kalangan mereka yang menjadi ahli suatu pertubuhan rahsia atau dikenali sebagai ‘Kelompok Rahsia’.Mereka ini layak untuk mengetahui sesuatu pengetahuan atas sebab-sebab tertentu;diterima dan disahkan untuk mengetahui.Namun dikalangan mereka ada satu lapisan kelompok lain yang tidak diketahui di dalam Kelompok Rahsia itu.

Ia dinamakan Inner Circle.

Selamat datang ke Inner Circle.Anda layak kerana anda menyumbang kepada apa yang anda ingin tahu pada masa yang tepat.Apabila kita di dalam,orang yang tidak berkenaan akan tidak cuba menganggu dan kita akan selesa menimba pengetahuan rahsia dengan hati terbuka.

Mulai Mei hingga Disember 2013,Srikandi akan mengambilalih MistisFiles.Beliau akan mengawasi apa yang tersiar di dalam MistisFiles.

Terimakasih kerana menjadi Inner Circle.

-M.O

Berkenaan Hakcipta:Member of Inner Circle dilarang sama sekali untuk menyebarkan isi kandungan MistisFiles di khalayak seperti di dalam blog,Facebook dan sebagainya tanpa izin moderator.Ini untuk menjaga hak dan menghormati sesama inner circle yang membayar untuk melihat kandungan MistisFiles.Maklumat adalah untuk bacaan persendirian inner circle dan hanya moderator yang dilantik boleh menggunakan kandungan atas tujuan tertentu.

Warning! The Matrix 3rd Density

 

 

 

 

WARNING! ACHTUNG!

 

 

The Matrix 3rd Density

 

 

 

Apakah hubungan tubuh dengan minda kita?Bagaimana ketika kita bermimpi,minda kita seolah-olah menerawang ke mana-mana sedangkan tubuh kita terdiam kaku?Ke manakah orang-orang yang sudah mati itu pergi?Adakah apabila tubuh mereka mati,maka minda mereka turut mati?Adakah terdapat kehidupan selepas kematian?Bagaimana kehidupan selepas kematian itu terjadi?Di dunia yang bagaimana?Mengapa kita tidak dapat melihat mereka?

 

Di manakah diri kita atau minda kita sebelum wujud di dunia ini?Bagaimana segumpal darah dan daging di dalam kandungan ibu kita boleh berubah menjadi tubuh dan minda kita?Jika minda kita sudah ada sebelum dalam kandungan ibu lagi,di dunia yang bagaimanakah minda kita bertempat,sebelum terwujud di dunia yang kita hadapi kini?Adakah kita pernah hidup di dunia lain sebelum dunia yang kita berhidup kini?

 

Siapa yang memasukkan dan mengeluarkan minda kita atau lebih tepat roh;dari dunia kepada dunia yang lain dan apa tujuan dia?Mengapa dia melakukan begini dan apakah kepentingannya?

 

Apakah sebenarnya dunia ini?Adakah bumi dan alam semesta ini benar-benar ada?Adakah makhluk lain di planet lain atau galaksi lain yang jumlahnya tidak terhitung banyaknya?Jika tiada,mengapa alam semesta ini diciptakan?Untuk siapa alam semesta yang sebegini luas ini diciptakan?

 

SEbelum Adam turun ke dunia,di manakah dia tinggal?Adakah di planet lain atau di galaksi lain?Adakah Adam turun ke dunia menaiki pesawat yang teramat canggih?Atau jatuh seperti burung kepatahan sayap terus ke bumi?Adakah ‘dunia’ yang dimaksudkan itu benar-benar bumi ini atau seluruh alam semesta ini?Jika begitu di manakah Adam bertempat sebelum turun ke alam semesta ini?Adakah ada alam semesta yang lain?Adakah Adam turun ke dunia ini bersama-sama tubuh dan minda atau hanya minda sahaja kemudian mula bertubuh apabila sampai ke ‘langit dunia’??

 

Apakah sebenarnya kehidupan kita ini?Mengapa kita hidup?Mengapa kita diciptakan?Apa tujuan kita diciptakan?

 

 

SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU MATRIX ANDA

 

 

 

 

 

Kepada yang telah mengikuti siri ini,tahniah diucapkan.Kepada yang baru,anda diberi amaran supaya menyemak kembali siri-siri sebelumnya.Ini penting untuk mengelakkan ANDA LEMAS DALAM KEKELIRUAN SENDIRI.

 

Siri The Matrix telah memasuki 3rd density dan ini merupakan satu siri yang penting.Kandungan siri ini terdiri daripada material yang agak berat dan mencabar minda.Sebab itu kami menasihatkan anda supaya:

 

  1. Baca dengan teliti.Jangan membaca secara sekilas pandang (skip)

 

  1. Tidak digalakkan membaca ketika kesibukan,anda dinasihatkan membacanya pada waktu lapang dan tenang.

 

  1. Selalu merujuk pada AlQuran dan Hadis.Jangan terkejut,sebenarnya AlQuran mengandungi terlampau banyak kunci-kunci rahsia The Matrix.

 

Material The Matrix adalah yang lain dari yang lain.Ia bukan bahan bacaan ilmiah yang biasa tetapi kandungannya 1000 tahun ke hadapan.Biar kami beritahu rahsia dari mana material The Matrix ini berasal.Terdapat dua sumber pengetahuan The Matrix.Pertamanya,dari sumber-sumber Barat.Tahukah anda bahawa produser filem The Matrix Trilogy telah membayar sejumlah bayaran yang mahal kepada orang yang mempunyai idea asal The Matrix ini?Orang ini telah menerbitkan material berkaitan seawal 1980-an lagi!Dan dari sini pihak berkaitan mengarahkan Wachowsky Brothers untuk mengendalikan filem fiksyen sains itu.Orang ini adalah bekas intelligen Amerika dan mempunyai kaitan dengan CIA dan ‘shadow government’.

 

Berita buruknya,semua material dan hasil penyelidikan orang ini ‘terlepas’ ke tangan kami.

 

Semua material The Matrix dari sumber-sumber Barat ini datang dari pelbagai punca seperti Theosophy (Secret Doctrine),Kabbalah,Sufism,Kitab-kitab Hindu,Hermetic,falsafah Buddha dan kajian sains.Namun terdapat satu sumber terbesar mereka,iaitu dari para makhluk yang hidup lebih awal dari manusia.Malangnya,makhluk-makhluk ini memberitahu mereka sebahagian kebenaran dan yang lain adalah kepalsuan yang ditokoktambah.

 

Sumber kedua ialah dari AlQuran dan pemberitahuan dari Nabi Muhammad s.a.w.Satu maklumat yang perlu diberitahu,bahawa orang-orang Yahudi amat meyakini apa yang keluar dari mulut Nabi Muhammad s.a.w.Tepatnya,para Elit Yahudi.Para Elit Yahudi ini lebih menghafal perwatakan dan rupa paras Nabi Muhammad s.a.w melebihi perwatakan anak-anak mereka sendiri beratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w!Nabi-nabi mereka ada mengkhabarkan kehadiran messiah terakhir dan ramalan-ramalan dibuat oleh para rabbi dan cendekiawan mereka.Ini termasuklah bahawa mereka tahu bahawa messiah ini akan tinggal di Madinah dan orang-orang Yahudi ini sanggup berpindah ke Madinah beramai-ramai dengan harapan keturunan mereka menjadi banyak di Madinah (dahulunya dikenali sebagai Yathrib) jadi kemungkinan messiah itu akan lahir dari kalangan bangsa mereka.

 

Mereka percaya kata-kata nabi kerana bagindalah messiah yang diramalkan itu,tetapi kerana baginda lahir sebagai seorang Arab bukannya Yahudi atau Bani Israel maka kerasulannya ditolak.Contoh yang terkenal ialah Nostradamus.

 

Sebenarnya banyak lagi rahsia yang anda,dan juga kami tidak ketahui.

 

Adakah anda pernah mendengar hadis yang menyebutkan perihal Perang Dunia I dan II,tentang Hitler dan Napoleon?Apakah rahsia yang dibisikkan oleh Nabi kepada penjaga rahsianya iaitu Huzaifah Ibnu Yaman r.a?

 

INI ADALAH AMARAN TERAKHIR

 

Jika anda berasa selesa dengan kehidupan anda sekarang,anda boleh meninggalkan The Matrix.Terlibat dengan material The Matrix hanya akan membahayakan kesihatan anda.

 

Kepada pembaca tegar The Matrix sebelum ini,anda sedang memasuki tahap kesedaran 3rd density.

 

KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA KEMUDARATAN DAN KEMALANGAN SETELAH ANDA TERLIBAT DENGANNYA.SEGALA RISIKO ADALAH DI BAWAH PILIHAN DAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.

 

 

 

Adakah anda sudah bersedia?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MATRIX HAS YOU