Monthly Archives: September 2014

Inbox>Peringatan! (The Matrix)

final-warning-pic-2

 

akan datang di MistisFiles…

Artikel-artikel dalam masalah The Matrix kebanyakan diluar kotak pemikiran biasa.Anda sebagai pembaca tidaklah dipaksa untuk mempercayainya 100%.Jika ada bahagian yang anda rasa mengganggu ketenteraman anda,anda tidak digalakkan untuk meneruskannya.

Pemikiran atau idea di dalam artikel The Matrix adalah pemikiran yang dapat disimpulkan SETAKAT INI.Bermakna pengetahuan manusia terhenti di sini setakat yang diketahuinya sahaja.Bermaksud,idea di dalamnya bukanlah bertujuan mengajar satu bentuk ajaran baru atau ajaran sesat tetapi lebih kepada proses pencarian kebenaran.Apa yang penting ialah BERFIKIR dengan mendalam.Mungkin idea-idea di dalamnya akan ketinggalan zaman (atau habis tarikh luputnya) apabila pengetahuan lebih baru dapat dicapai.Ini samalah seperti bumi yang dianggap leper pada masa dahulu,kemudiannya barulah diketahui berbentuk sfera setelah pengetahuan sains semakin maju.

Inilah yang dimaksudkan.Kebenaran sering berubah mengikut peningkatan dan perubahan kesedaran manusia.Apa yang kita sangka betul pada hari ini tidak semestinya betul 100 tahun akan datang.Jika ada bahagian-bahagian yang tidak betul atau bersalahan sama sekali,anda dialu-alukan mengirimkan pembetulannya kepada kami.Ada artikel-artikel yang akan menyentuh soal agama,jadi jika ada pembaca yang sedar akan kesalahan tertentu di sepanjang perbincangan The Matrix,kami berbesar hati jika pembaca ‘menegur’ SECARA MEMBINA kesalahan itu.

Selamat membaca.

TopSecretFiles No. 000324199: The Matrix

AKAN DATANG DI MistisFiles!!

Persoalan Matrix.

Apakah Matrix itu?Filem?Permainan video?Matematik?
Ketika filem The Matrix telah ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia sekitar tahun 1999, pelbagai penafsiran telah dibuat mengenainya
oleh pelbagai lapisan masyarakat. Setengah pihak teruja dengan kesan khas dan kecanggihan teknik penggambarannya, setengah pihak pula mengaitkannya dengan mindcontrol dan konspirasi. Ada yang kebingungan hingga ke saat ini, ada yang mula mendekatkan diri dengan Al-Quran dan ajaran Tasawuf.

Apa pun penafsirannya, persoalan Matrix (kata ‘Matrix’ diambil dari fenomena filemnya) adalah salah satu masalah penting dalam arkib MistisFiles, sehingga diwujudkan satu jabatan penyelidik khas untuknya. Rahsia The Matrix menjangkau beribu-ribu abad ke belakang, merangkumi masa kini dan era-era masa hadapan dalam pelbagai tulisan dari pelbagai kepercayaan, agama dan falsafah. Antara kandungan Fail The Matrix:

*Kepercayaan pelbagai agama

*Rahsia Matrix

*Dimensi dan Kuantum

*Pengetahuan Izazil tentang Matrix

*Terlihat atau Halimunan

*Jenis-jenis makhluk dalam tingkatan Matrix

*Matrix lebih tinggi

*Hubungan Dimensi dan Matrix

*Reinkarnasi dan kehidupan selepas kematian

*Falsafah esoterik Barat tentang Matrix

*Kajian kes: Micheal Topper

*The Source

*Merovingian

*The One

*Sentinel dan Zion

*Pengajian Tasawuf

*Sufism, Rosicrusian dan Necronomicon

*Singulariti

*Superstring

*Jin dan Syaitan

*Reptilian, Plaeidean dan entiti lainnya

*Teori Masa

*Hukum Graviti

*Teknologi Maya

*Ilusi Komputer

*Counter Strike dan Half-Life

*Para Hacker dan Nmap

*Port, Backdoor dan Trojan Horse

*Teori Mindcontrol

dan seterusnya…..

The Matrix bukan sekadar filem, terdapat maksud tersirat disebaliknya, melangkaui kepercayaan pelbagai agama khasnya Islam, dimana para orientalis banyak belajar dari falsafah Tasawuf (Sufism mengikut terminologi Barat) untuk mengetahui rahsia alam ini. Pengetahuan Matrix terbahagi kepada dua; dari Allah S.W.T kepada para malaikat seterusnya para Kekasih-Nya (khasnya Nabi Muhammad S.A.W) hingga kepada insan-insan beriman dan yang kedua, Izazil (Iblis) menurun kepada syaitan, Dajal dan seterusnya kepada Secret Societies. Izazil pula belajar tentang Matrix ketika dia menjadi Ketua Malaikat dari The Source, Allah Rabbul Izzati. Nabi Adam A.S pula setelah diciptakan turut belajar silibus Matrix dengan codename: ‘NAMA-NAMA’ (sila rujuk Al-Quran). The Matrix adalah kisah pencarian makhluk Tuhan bernama manusia kepada asal-usul dirinya, di mana sebenarnya dia berada, ke mana dia akan pergi dan kepada siapa dia akan kembali.

Nantikannya di Mistisfiles!!!

The Keys: Dua Rahsia Sulit Terbesar

Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatikan, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies)

Setiap Paus yang dilantik di Vatikan mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja Para Paus tetapi para Biskup dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang dungu dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatikan dan Dunia Kristian itu sendiri. Ini kerana, dua rahsia ini adalah ‘mantera’ peringkat pencerahan agung ( Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatikan. Kami panggil ini: Jigsaw Puzzle Kesesatan kerana di dalam Al-Quran orang-orang Nasrani(Kristian)adalah kaum yang menempuh jalan yang sesat. Kami mempunyai kepingan jigsaw puzzle sekarang dan ingin memberikan kepada anda untuk bersama-sama mencantumkan ia ke dalam ‘Gambar Besar’ kita.Jika anda tidak mahu mencantumnya sekarang,maka anda akan dipaksa mencantumkannya setelah anda menempuh kematian. Ini adalah satu permainan.
Ini adalah Mistisfiles.

Setiap Paus yang dilantik telah menempuh jalan-jalan ‘kebenaran’ mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, biskup hinggalah mencapai pangkat Paus sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyak rahsia yang mereka ketahui.Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah.Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini.Rahsia-rahsia ini yang kami namakan ‘jigsaw puzzles’, adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian.Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kos-kod rahsia serta harta karun terpendam, namun kami berikan dahulu dua keping jigsaw puzzle ini dahulu. Dua rahsia ini cukup untuk menjawab separuh misteri ini. Selamat Datang Ke Dunia Pemikiran Baru.

Tentu anda terlalu ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Paus atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Kami akan memberikan ia kepada anda. Rahsia yang akan kami beritahu ini adalah bertaraf ‘Rahsia Dalam Rahsia’. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Imam Besar berpangkat 33 Darjat Freemason atau para Mufti Iblis Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).

Sungguh!Para pengikut Freemason itu sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya ‘Pencerahan’ – Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.

Juga, para pengikut Kristian juga amat-amat jahil tentang Dua Rahsia Terbesar yang mati-mati disorokkan Imam Besar mereka; Paus Vatikan di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatikan sehingga diwujudkan banyak kod rahsia, lorong rahsia dan bilik rahsia dan segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah ( The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ini akan memimpin anda kepada satu ‘Zikir Agung’ yang selalu diingati oleh Iblis Laknatullah dari era menjawat jawatan Ketua Malaikat (The President of Archangels) hinggalah menjadi makhluk terkutuk.Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan airmatanya… sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama ‘takdir’ Sang Iblis? Ingin kami maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari ‘makmal’ penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Dua rahsia itu adalah…

 

 

Silibus The Keys:

1)The Keys of Kingdom of Heaven
2)Sistine Chapel of Blessed Azazel
3)Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane
4)Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya
5)The Shroud of God’s Words