The Meaning of Numbers and Ratio

09

 

Sejak zaman-berzaman manusia menggunakan angka-angka sebagai jalan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan perkara.Angka atau nombor digunakan untuk mengira dan mengukur,ia adalah alat atau perkakas yang amat berguna.Sesetengah manusia memandang angka-angka sebagai sesuatu yang ajaib dan ‘sacred';sesuatu yang mistik dan keramat.

Mereka mencari-cari maksud di sebalik kewujudan angka;ia adalah seperti mencari misteri kotak pandora di alam khayalan.Angka-angka itu,sebahagiannya menunjukkan keajaiban alam,menyingkap misteri dan rahsia semesta.Sebahagiannya membuka 1001 rahsia,hakikat kehidupan yang penuh tandatanya.

Salah satu manifestasi dari angka-angka adalah nisbah;ia seolah-olah menunjukkan kepada manusia,bahawa Sang Pencipta membina alam semesta ini dengan mengukur dengan teramat teliti dari satu titik ke satu titik,Dia…membinanya dengan aspek kejuruteraan yang agung dan klimaks.

Mengapa Dia menggunakan ANGKA-ANGKA itu?

Di sebalik angka dan nisbah,adalah satu rahsia Tuhan yang belum tersingkap,dan di sana adalah benar-benar menakjubkan.

 

 

 

The Meaning of Numbers and Ratio

Maksud Di sebalik Angka dan Nisbah

 

 

 

 

Golden ration 4

The spiral in a snail’s shell is the same mathematically as the spiral in the Milky Way galaxy, and it’s also the same mathematically as the spirals in our DNA. It’s the same ratio that you’ll find in very basic music that transcends cultures all over the world.
-Joseph Gordon-Levitt

 

 

 

Angka digunakan oleh manusia sebagai cara dan perkakas untuk manusia mengukur benda-benda dan alam di sekeliling mereka.Nombor atau angka-angka itu berguna untuk mengetahui takat atau had sesuatu,supaya dengannya manusia boleh bertindak sesuai dengan kemampuannya atau sesuai dengan hukum alam.Nampak di sini bahawa angka atau nombor itu merupakan petunjuk atau perlambangan yang difahami manusia untuk memahami sifat-sifat alam ini.

Apakah rahsia angka?Rahsianya ialah mengapa dalam keadaan tertentu,satu pengukuran yang tertentu dipilih untuk melambangkan sifat sesuatu benda,misalnya angka 7 digunakan untuk penciptaan alam semesta.Angka 5 digunakan untuk penciptaan tangan dan angka 6 digunakan untuk penciptaan kelopak bunga dan hablur.

Sesetengah manusia menganggap ia adalah angka yang ajaib dan memiliki maksud yang suci dan mistik.SEBENARNYA ia dipilih kerana ia adalah TAKAT YANG TELAH DIPROGRAMKAN oleh Sang Pencipta pada awal-awal lagi.Soalannya,mengapa ia diprogramkan menurut takat yang demikian?

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

3 thoughts on “The Meaning of Numbers and Ratio

Leave a Reply