Covid-19 : Kadar Kematian Rendah?

covid19a

 

Terdapat kajian yang menyatakan satu perkara yang amat mengejutkan: Covid-19 ini kini memiliki kadar kematian yang rendah walaupun tahap penyebarannya meningkat.

Jadi, adakah kita tidak memerlukan ‘lockdown’? Adakah Covid-19 harus dilayan seperti penyakit selesema biasa tanpa apa-apa ketakutan dan panik?

 

BACA SELANJUTNYA

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

2 thoughts on “Covid-19 : Kadar Kematian Rendah?

  1. sejagat

    Dalam babak perbualan antara Ejen FBI Fox Mulder bersama sahabat lama ayahnya Kurtzweil dalam filem The X File Fight For Future terbitan tahun 1998 (nama tajuk pun bermaksud ‘berlawan untuk masa depan’) memaparkan betapa COVID 19 sebenarnya telah lama dirancang.

    Babak perbualan tersebut menceritakan insiden yang akan berlaku ketika bermulanya penyebaran virus iaitu dilancarkan ketika hari cuti umum dimana COVID 19 juga disebarkan pada hari Tahun Baru Cina dimana pergerakan penduduk dunia berlepas secara berskala besar ke seluruh dunia.

    Babak itu juga menceritakan bahawa setiap insiden konspirasi akan dijelaskan berpuluh-puluh tahun kemudian dimana kita boleh saksikan betapa peristiwa 9/11 dirobek satu persatu setelah berbelas-belas tahun dianggap sebagai serangan pengganas tetapi akhirnya ia dipercayai dilakukan oleh orang dalam kerajaan Amerika Syarikat sendiri berdasarkan satu persoalan apakah logik sebuah kapal terbang yang meletup boleh mencairkan logam teras pada bangunan?

    Filem X Files diterbitkan tahun 1998, 3 tahun sebelum insiden 9/11 dan 22 tahun sebelum berlakunya COVID 19. Malah, dalam filem tersebut jelas memberitahu bahawa setiap perancangan memang mengambil masa berpuluh tahun untuk menyiapkannya.

    Menariknya, dalam filem itu juga memaparkan satu kumpulan so called Illuminati/Bilderberg Group/Committee of 300/Freemason yang sedang merencanakan sesuatu supaya dapat mengekalkan kuasa di muka bumi ini. Dan nasib ahli yang belot samada dibunuh atau membunuh diri sendiri. Betapa dahsyatnya penangan secret societies yang menjanjikan kemewahan dan kuasa kepada ahli-ahlinya supaya sentiasa memegang erat sumpah baiah yang dijalin bersama Iblis/Lucifer/Bahomet dan Al Masikh Dajjal.

    Semoga Dirahmati Allah SWT, banyakkan zikir dan selawat ke atas Rasulullah SAW.

    1. jigsmaster Post author

      Perancangan golongan yang tamak ini tidak dinafikan, cuma sebagai manusia biasa, mereka juga ada halangan-halangan tertentu. Namun, peranan ‘syaitan manusia’ dan ‘syaitan jin’ juga membantu mereka.

Leave a Reply