Seringkali, petunjuk kepada apa yang berlaku kepada manusia dan Bumi beribu-ribu tahun dahulu, tersimpan di dalam sekian banyak cerita yang kini selalu dilabelkan sebagai ‘mitos’. Yang disampaikan dari generasi ke generasi.
Ada yang terpahat pada batu bersurat dan tembok di tapak-tapak sejarah.
Contohnya, Mitos Banjir Besar yang dilihat tersebar ke banyak bangsa-bangsa di dunia. Namun, apabila peristiwa yang sama ada disebut dalam kitab-kitab suci, adakah manusia harus juga mendongengkan cerita itu?
DI SANA… DI DALAM ‘DONGENG’ ITU, ADA KEBENARAN TERTENTU.
BACA SELANJUTNYA.
Ketika kaum Bani Israel melakukan Exodus ke Sinai dari Mesir, mereka terlihat kesan-kesan peninggalan seperti lukisan dan puing-puing runtuhan tamadun kaum masa lalu, perkara ini ada diceritakan dalam Al Quran. Adapun suasana di Mesir pada waktu kekuasaan Firaun boleh dikatakan manusia yang tinggal di Mesir menganggap Mesir dan Sungai Nil itulah segalanya di dunia ini kerana kesuburan tanah sepanjang Sungai Nil tersebut telah menjadikan mereka bangsa yang menetap disitu dan tidak kemana-mana seperti orang Melayu belayar dan menyebar ke pelusuk dunia.
Orang Melayu adalah bangsa pengembara dan geografi kepulauan di tanahair mereka menjadikan karakter mereka begitu, manakala geografi padang pasir yang luas dan oasis membentuk karakter orang2 di Mesir pula.