Artikel ini membincangkan kekeliruan seorang profesor sejarah tempatan dalam percubaannya untuk menafikan kajian peranan Hang Tuah sebagai duta, laksamana sekaligus sebagai wakil diplomasi kepada Kesultanan Melaka berdasarkan kajian arkeologi, manuskrip, artifak, rujuksilang dan bukti empirikal yang diketengahkan oleh beberapa profesor dan pakar sejarah seperti Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi, Prof Emeritus Dr Hashim Musa, Prof Datuk Zainal Kling dan lain-lain.
Artikel ini menjelaskan:
1) Mindset tidak mahu mengkaji tetapi memprovokasi
2) Bagaimana profesor kangkung juga terjebak dalam perangai ‘trolling’ sebagaimana budak-budak kaki fesbuk
3) Aksi profesor kangkung menuduh kewujudan Hang Tuah sebagai fiksyen
4) Bagaimana seorang profesor sejarah menafikan dakwaan profesor kangkung berdasarkan data arkeologi dan dokumentasi
5) Bagaimana profesor kangkung memberikan pendapat berdasarkan ‘data’ andaian demi andaian
6) Aksi profesor kangkung menyedapkan hati dengan mengatakan dirinya bukan pro-Barat
7) Aksi profesor kangkung yang tidak tahu apa-apa dan malas mengkaji namun lebih suka popular dengan menafikan sejarah yang siap dikaji oleh para pengkaji yang berkaliber dan secara empirikal pula
Subscribe untuk mengetahui lebih lanjut.
Setiap buku yang ditulis oleh penulis zaman dahulu yang mana mereka adalah orang yang diketahui warak dan solihnya tidak akan terlepas dengan Bismillah, Alhamdulillah dan Wallahuaklam. Begitu juga perkataan-perkataan yang menunjukkan keagamaan, adat, adab dan budi pekerti mulia. Sukar dibayangkan jika mereka hanya menulis, meriwayat dan merekodkan secara fiksyen, khayalan dan fatamorgana tanpa jejak, kabur dan tidak berpijak di bumi nyata dalam banyak perkara sehingga seluruh karyanya tidak boleh dijadikan sumber bukti kebenaran untuk masa akan datang. Sia-sia karangan picisan yang tidak punya erti apa-apa. Sedangkan itu adalah sumber entiti dan identiti kepada pengarang dan masyarakat di zamannya. Maka hargailah jasa pengarang dan setiap titis tinta dakwat pena pengarang yang dilayarkan dilembaran kertas menjadi bukti di hadapan Qadhi Rabbul Jalil kelak jika lebih banyak bohongnya dari benarnya. Maka bersangka baiklah kita kepada pengarang dan pengarang juga sentiasa memikirkan kebertanggungjawaban beliau di hadapanNya. kelak.