SJJS:Berkumpul di Muzium Negara

Salam semua!

Sebelum kita mengembara ke serata dunia,saya ingin bertanya kepada anda semua apakah kepentingan tempat-tempat bersejarah?

Kepentingan tempat-tempat bersejarah ialah sebagai salah satu bentuk pelajaran bagi generasi yang terkemudian supaya menghayati apa yang terjadi pada masa silam.Sebab itu dalam AlQuran,Allah swt ada berfirman bahawa Dia mengekalkan mayat Firaun supaya dapat menjadi pelajaran bagi kita umat sekarang.Izinkan Srikandi memetik mafhum ayat AlQuran yang mulia ini iaitu dalam Surah Yunus ayat ke 92:



“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”

Nah!Sekarang bila kita melawati tempat-tempat bersejarah,kita kenalah mengambil pelajaran dari sejarah tempat tersebut dan latarbelakangnya,bagaimana kehidupan orang-orang dahulu…apa yang positif…apa yang negatif,dari situ fikiran kita akan bergerak disamping emosi dan fizikal kita menjadi sihat kerana kita sebenarnya sedang beriadah.Takdelah terperangkap dengan kerja…kerja…kerja.Hei..tuan-tuan dan puan-puan semua…kita bukan jadi hamba kerja tau!Kita ada hak untuk pergi melancong dan jalan-jalan.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Leave a Reply