Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Siri Jalan-jalan Sejarah Bersama Srikandi

Posted by jigsmaster on October 19, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat sejarah dan pembaca.Saya Srikandi,rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi akan memperkenalkan anda semua kepada siri baru di MistisFiles sementara menanti siri-siri artikel dari para penyumbang di MistisFiles.

Sementara ini MistisFiles masih dalam musim siri The Matrix namun kelewatan penulisnya (M.O) untuk menghubungi saya membuatkan saya sebagai moderator MF bercadang untuk memulakan program kelolaan saya sendiri memandangkan siri ‘killer’ saya iaitu Alter Terahsia Bangsa Melayu telah pun menamatkan musimnya yang lalu.

Tidak lupa juga ucapan pembukaan ini saya tujukan kepada pembaca istimewa,iaitu para InnerCircle yang mendapat tempat istimewa dalam MistisFiles.

Jadi,sementara kita menunggu artikel Matrix,anda bolehlah ‘mengikut’ saya pusing satu dunia jalan-jalan ke tempat-tempat bersejarah sambil mendengar celoteh saya mengenai sejarah tempat tersebut dan kepentingan mempelajari sejarah.

Kita akan ke tempat-tempat bersejarah macam Persepolis di Iran,Tembok Besar China di China,Collosseum di Itali,Borobudur di Indonesia,Taj Mahal di India,Macchu Picchu di Peru dan banyak lagi.

Dalam slot-slot tertentu,kita akan ke ‘kuliah sejarah’ dan saya sebagai pensyarah anda akan bercerita tentang sejarah Melayu dan kita juga akan menyiasat banyak perkara.

Lepas tu kita akan jalan-jalan lagi dan begitulah seterusnya.Best tak?Mestilah best sebab saya akan memimpin tangan anda semua untuk mengembara ke seluruh dunia.Ada la life sikit…ini asyik kerja..kerja…kerja.Sesekali kita mesti luangkan masa untuk hidup kita melihat-lihat sejarah tempat orang lain dan mendapat pelajaran dari sejarah.

Ok,pastikan anda semua bersama saya tau!Apa yang perlu anda buat sekarang ialah berkemas-kemas,packing barang-barang,bawa khemah,lampu suluh,megi,biskut,topi,kasut lasak dan sebagainya.Kita nak jalan jauh ni.Kita nanti nak daki gunung,nak merentas sungai.Bawa baju sejuk tau.Duit takpayah bawak,semuanya tanggung free…saya belanja huhuhu

:D

Baiklah sekian mukaddimah merangkap taklimat dari saya sebagai guru lawatan sambil belajar kita ni.Jangan lupa minta kebenaran ibu-bapa bagi yang masih bujang dan tinggal dengan mak ayah tau. :)

~Srikandi
Guru lawatan sejarah

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.