SJJS: Acropolis,Athens

 

Kita akan bergerak ke Athens di Greek.Dalam hikayat-hikayat Melayu,Greek (Greece) dipanggil sebagai Yunani,berasal dari kata ‘Ionia’ iaitu satu wilayah Greek Kuno yang kini terletak di dalam Turki.Bangsa Greek antara yang terawal menubuhkan konsep negarakota (city-states) dan dari konsep ini wujudnya apa yang dinamakan struktur politik yang menjurus kepada republik dan demokrasi.

Okay,Srikandi akan bawa anda semua ke bekas runtuhan di atas bukit.Ia dinamakan Acropolis.Acropolis secara istilah ialah penempatan yang dikelilingi tembok tinggi dan biasanya terletak di atas bukit.Acropolis terletak di Anthens,iaitu salah satu negarakota Greek yang terkenal.Acropolis terletak di atas sebuah bukit dan dilindungi tembok tinggi (citadel).

Apakah Acropolis sebenarnya?Mari ikut Srikandi.


Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 m,dan ada beberapa runtuhan bangunan purba yang merupakan kuil-kuil Greek.Acropolis mula dibina pada 1300 tahun Sebelum Masehi.Acropolis sempat menikmati zaman kegemilangannya sehingga Empayar Achaemenid Parsi menghancurkannya pada tahun 480 SM. Setahun kemudian tentara Greek mengalahkan Parsi dan membina semula kuil-kuil itu.Antara tahun 467 sehingga 404 SM, bangunan tersebut selesai dibina.

Acropolis terdiri daripada bangunan-bangunan yang kebanyakannya ialah kuil-kuil penyembahan kepada dewa-dewi Greek.Yang paling terkenal adalah Parthenon.Srikandi ‘highlight’kan beberapa darinya:

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Leave a Reply