MASON-MASON MELAYU XXIV
Pada 21 Julai 2020, media-media tempatan melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah melahirkan kekecewaan kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menukar fikiran untuk mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk jawatan Perdana Menteri.
Dalam satu temuramah eksklusif bersama portal The Malaysian Insight, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Guan Eng sendiri yang mencadangkan nama Ketua Menteri Sabah, tetapi berubah fikiran selepas bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adakah anda fikir, apa yang berlaku kepada Lim Guan Eng itu adalah ‘konspirasi’ SEMATA-MATA UMNO-BN-PN?
PERMAINANNYA LEBIH MENGELIRUKAN!
BACA SELANJUTNYA
Sekali makan bulan maka selagi itulah akan menjadi hamba. Adakah duit Elit Cina jauh lebih mahal berbanding undi Melayu yang bersifat majoriti?
Masing-masing ada kepentingan peribadi mereka. ‘Tokong’ tidak cukup kuat berbanding pihak yang masih memiliki pengaruh politik Melayu.
Ooo patutlah masing-masing berebut undi Melayu, teramat sangat bernilai rupanya sehingga undi Melayu berpecah dan segala kepentingan yang hendak diperjuangkan melalui politik sukar ditegakkan kerana kurang kerusi di Dewan Rakyat, lihat sahaja apa nasib yang berlaku pada RUU 355 dan bandingkan dengan nasib UEC, sekolah vernakular dan tulisan Jawi.
Populasi Melayu dan Bumiputra dimanipulasi untuk ‘serve’ kehendak mereka.
Siapa mampu membela banyak lembu, dialah penjaga lembu lembu. Selama mana dia mampu jaga, apapun keperluanya, duitnya, pakainya, keinginanya akan dipenuhi.