Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Dark Vatican IV: Saturnalia

Posted by jigsmaster on July 1, 2015

darkvat4

 

 

Di sana ada satu perayaan yang amat masyhur sejak masa-masa Pagan di Eropah. Perayaan istimewa ini jatuh pada penghujung bulan Disember dan dianggap para penduduk sebagai waktu untuk beristirehat dan bergembira sepenuhnya. Sewaktu masa ini, mahkamah-mahkamah undang-undang ditutup. Tiada sebarang perniagaan boleh dijalankan. Sekolah-sekolah diberi cuti. Memulakan suatu peperangan dianggap perbuatan jahat dan menghukum seseorang penjahat adalah tidak dibenarkan.

Hamba-hamba dilepaskan daripada pekerjaan-pekerjaan berat dan dibenarkan untuk memakai pileus ataupun lencana kebebasan. Mereka diberikan hak kebebasan bersuara dan dilayani di dalam majlis khas yang dianjurkan tuan-tuan mereka serta memakai pakaian-pakaian yang cantik. Semua lapisan masyarakat menumpu perhatian mereka kepada bersukaria dan bergembira dengan acara pertukaran hadiah antara teman-teman.

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saturnalia”

 

 

 

 

 

 

 

 

saturnalia

“..Iblis telah menggantikan satu perayaan pagan Saturnalia, dan menghubungkannya dengan apa yang diandaikan sebagai hari lahir Jesus,dan mereka-reka cerita tentang Santa Claus…”

 

 

Kita tahu,apabila Constatine membuat keputusan untuk menerima Kristian,beliau mengalami kesukaran untuk mengubah adat dan tradisi pagan yang telah mendarah-daging dalam kehidupan masyarakat Eropah di bawah kekuasaan Rom.Oleh itu apa yang boleh dilakukannya ialah perlahan-lahan menyerap adat dan tradisi pagan ke dalam agama Kristian yang asal!

Salah satu tradisi tersebut ialah perayaan Saturnalia.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.