Abdul Muttalib telah bermimpi pada suatu hari.Ada suara yang menyuruhnya menggali telaga.Abdul Muttalib merasa pelik.Suara itu memberitahu nama telaga itu;
Zamzam.
Dia mula mencari-cari telaga misteri itu.Setelah menempuh pelbagai dugaan,akhirnya dia mula menggali.Kaumnya,orang-orang Quraisy mula merasa pelik dengan tindakan Abdul Muttalib.Mengapa menggali di tepi Kaabah?
Kemudian,orang-orang Quraisy mula berkerumun apabila Abdul Muttalib menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i.
Soalannya,mengapa pedang buatan Kedah Tua boleh tertanam di permukaan telaga Zamzam yang masih terbenam?Kita akan menyiasat keanehan ini sebentar lagi.
=========================================================================
===========================================================================
Dalam artikel lepas,kita telah menyiasat pedang Qala’i yang pernah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.Kita tahu asal-usulnya dari pedang kepunyaan salah seorang dari Bani Qaynuqa.Juga kita tahu dari mana Bani Qaynuqa memperoleh pedang buatan orang-orang Melayu dari Kedah itu.
Sekarang ada riwayat lain yang agak banyak;menyebutkan pedang jenis yang sama,telah ditemui di telaga zamzam,ketika datuk Nabi s.a.w yakni Abdul Muttalib menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail.
Riwayat-riwayat itu termasuk:
1) At-Tabari
2) Al-Azraqi
3) Al-Fakihi
Di sini kita menemui item yang sama; pedang Qala’i,buatan dari Kedah Tua,yang kita pada hari ini tahu tentang penemuan loji-loji pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang.Bukti ini pula disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.
Aneh.Memang aneh.
Persoalannya,bagaimana pedang itu boleh ada di atas telaga zamzam yang terbenam itu?Apa maksudnya dua patung kijang emas bersama-sama pedang orang Melayu dari Kedah Tua itu?Adakah patung-patung kijang emas itu benar-benar kepunyaan orang-orang Arab di sekitarnya?
Siapa yang menanamnya?
Untuk menjawab semua persoalan ini,kita mestilah memahami sejarah suku Jurhum yang hidup ketika era Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s,beratus-ratus tahun sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w!