Mason-mason Melayu Episode VI

masonmelayu6

 

Setelah mengalami pengalaman pahit ditindas dan dibuli oleh pemerintahan de facto-D4P selama 22 bulan yang lalu, majoriti orang Melayu telah tekad untuk beralih kepada entiti politik yang dilihat lebih berani menjaga kepentingan dan perasaan mereka. Mereka sudah serik dengan segala provokasi di media-media sosial dengan dasar-dasar ‘apartheid’ D4P yang menjadi dominan dalam kerajaan.

Barisan Nasional yang cenderung kepada centrist atau moderate faham nasionalisnya semakin ditinggalkan oleh orang Melayu yang berpecah kepada kelompok minoriti ‘progresif’ yang menyokong Pakatan Harapan serta kelompok majoriti konservatif, tradisionalis dan Islamis yang menyokong Perikatan Nasional.

Bukan Melayu pula undinya solid kepada D4P – menunjukkan mereka selesa dengan parti yang dilihat bersungguh-sungguh menjaga kepentingan mereka meskipun ada pemimpinnya terpalit skandal, rogol, aktiviti keganasan dan rasuah – umumnya digugurkan pendakwaannya atau tidak didakwa ketika D4P  berkuasa selama 22 bulan di kala orang Melayu umumnya telah menolak para pemimpin Melayu yang terlibat rasuah dan kes mahkamah. Kenyataan ini membuatkan lebih jelas – tentang karakter mereka di mata orang Melayu sendiri.

Sebaliknya juga, bukan Melayu juga sudah lama meninggalkan Barisan Nasional yang dilihat mereka berpaksikan UMNO yang dianggap parti KETUANAN MELAYU walaupun sebenarnya UMNO adalah bermazhabkan fahaman nasionalis Melayu yang lebih sederhana dan sekular.

Keadaan yang semakin celaru dan selalu tidak menyebelahi orang Melayu menyebabkan mereka semakin ‘berdendam’ dan lebih ke kanan – ke arah fahaman politik far-right yang dilihat ada pada Perikatan Nasional (walau hakikatnya Parti Bunga pernah bersama D4P dalam kerajaan 22 bulan itu). Ini bukan salah orang-orang Melayu itu – ini adalah hasil tekanan dan pembulian oleh D4P dan para penyokong mereka sejak sekian lama yang membentuk mereka begitu. Di kala para pemimpin Melayu selalu tidak bersuara dan enggan menyebelahi orang-orang Melayu itu – majoritinya dari Pakatan Harapan. Ini semakin menyedihkan hati orang Melayu. Ini lumrah, tindakbalas orang Melayu akan melawan dan semakin degil mengusir segala kekejaman dan penjajahan yang ditimpakan ke atas mereka. Bukanlah manusia yang normal jika mereka berpuashati dengan segala penindasan itu.

Sejak Barisan Nasional jatuh pada pilihanraya 2018 yang lalu, dengan tamatnya TEORI RAHMAN, maka sejak ini MALAYSIA “TIDAK PERNAH AMAN” 

MAKA INILAH SENARIONYA… YANG MEMBAWA KITA KE EPISOD KE-VI

APOKALIPS POLITIK MALAYSIA.

Di kala Malaysia adalah negara terpantas pertumbuhan ekonominya di Asia Tenggara ketika artikel ini ditulis.

Jika tidak ditangani dengan baik keadaan politik, hubungan antara kaum dan pentadbiran negara… maka Malaysia akan terjerumus ke ZAMAN GELAP.

 

Mason-mason Melayu Episode VI

 

“Para Pengkhianat” (XXVII)

“UMNO & Mahathir: Siapa Yang Kiamat Dulu?” (XXVIII)

“Tokong, Cukong & Neo-PKM” (XXIX)

“Orang-orang Yang Sombong” (XXX)

“Orang-orang Melayu Yang Tersakiti” (XXXI)

LOCKED (XXXII)

“Sumpahan Teori Rahman” (XXXIII)

LOCKED (XXXIV)

LOCKED (XXXV)

 

 

BERSEDIA UNTUK MENEMPUH ZAMAN YANG TIDAK MENENTU

SEMOGA TUHAN MERAHMATI KITA SEMUA.

 

BACA SELANJUTNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

2 thoughts on “Mason-mason Melayu Episode VI

  1. sejagat

    Pakatan Harapan adalah sarang Kiasu dan Liberal. Tak sangka Barisan Nasional sanggup bergabung dengan mereka demi kuasa. Bumi Melayu agak bernasib baik kerana masih ada Raja-Raja Melayu yang masih berkuasa mengawal KEGILAAN POLITIK yang sedang berlaku.

Leave a Reply