Pada tahun 1670,Balthasar Bort yakni Gabenor Belanda di Melaka telah mengarahkan renovasi bagi gerbang A Famosa yang terkenal itu.Penambahan pada simbol dan jata pada bahagian hadapan gerbang tersebut,dengan menghapuskan lambang Portugis dan menggantikan dengan jata VOC iaitu Syarikat Hindia Timur Belanda.Anehnya,pada bahagian atas jata VOC,beliau mengarahkan tukang-tukang ukir memahatkan lambang keris bersilang dengan pedang.
Pada tahun 1778,penguasa Belanda di Melaka pada masa itu,Pieter Gerardus de Bruijn telah mengeluarkan duit syiling kolonial Belanda di Melaka dengan mengukir lambang VOC dikelilingi kod cypher yang aneh,yang merujuk kepada empayar Johor-Riau.
Apakah maksud di sebalik semua kejadian di atas?Apakah rahsia di sebalik pengaruh empayar tersebut dalam kekalahan Portugis di Melaka pada tahun 1641?
Best betul kalau dapat difilemkan kisah ini secara epic film
ya…kami setuju