Seorang pegawai British cuba mengorek rahsia dari seorang bekas pemerintah Perak. Ini adalah pencarian bersifat ‘Indiana Jones’ bagi merungkai rahsia Kesultanan Perak.
Srikandi mencatatkan…
Seorang pegawai British cuba mengorek rahsia dari seorang bekas pemerintah Perak. Ini adalah pencarian bersifat ‘Indiana Jones’ bagi merungkai rahsia Kesultanan Perak.
Srikandi mencatatkan…
Ada seorang profesor mempertikaikan kewujudan orang Melayu yang dituduh sebagai bangsa ‘ciptaan’ semata-mata. Anehnya, dia menolak semua bukti arkeologi, genetik, antropologi malah linguistik yang begitu saintifik menjelaskan orang Melayu sememangnya wujud sebagai satu kelompok masyarakat malah berbangsa kerana memiliki subetnik dan subbahasa atau dialek yang berbeza-beza malah dari segi genetik, penanda genetik Melayu asli diperakui paling tua mengatasi subetnik Nusantara yang lain malah ia menurunkan pula keturunan etnik-etnik berkaitan di Asia Tenggara.
Profesor kangkung ini hanya sempitkan sumber dari historiografi kolonial dan sumber hikayat semata-mata untuk mengadili asal-usul dan kewujudan orang Melayu.
Sehinggalah apabila dia membuat kajian lapangan kepada masyarakat Orang Asli (orang Kuala), tercengang dia apabila mendengar sendiri pengakuan Tok Batin menyatakan kepadanya bahawa mereka ini adalah salah satu puak Melayu! Malah mereka menyatakan bahawa kaum mereka berbeza dari kelompok Orang Asli yang lain kerana dekatnya mereka dengan orang Melayu.
Srikandi mencatatkan…
Salam semua!
Kali ini Srikandi nak bagi satu spoiler tentang satu kajian Srikandi berkaitan Srivijaya dalam buku baru nanti. Srivijaya ni memang amat luas topik-topik di dalamnya – ia ibarat satu khazanah yang tak terpermanai luasnya subjek-subjek yang boleh dikaji dan dibincangkan.
Siapa yang boleh masuk dalam ni, jom ikut Srikandi…
Kematian Rajendra Chola sememangnya misteri dan faktanya cuba ditutup oleh sejarahwan Tamil di India sepertimana kematian ayahnya Rajaraja Chola. Malah tempat yang dijadikan memorialnya terbiar dan tidak dipedulikan. Kononnya raja yang kematiannya secara tidak terhormat seperti dibunuh, adalah sesuatu yang memalukan. Ini menimbulkan teori bahawa Rajendra Chola juga telah dibunuh, sama seperti kisah kematian ayahnya, Rajaraja Chola. Jika anda bertanyakan penduduk tempatan di sekitar Thanjavur tentang bagaimana Rajaraja Chola disemadikan, adalah amat mengejutkan bahawa raja Chola itu diceritakan menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan cara dibunuh oleh pembunuh upahan dari Sri Lanka.
Malah makamnya juga tiada padahal ia dikatakan raja besar dalam sejarah Chola. Ada dakwaan bahawa kuburnya ditemui di sebuah kampung kecil di dalam hutan. Kubur misteri yang didakwa milik ayah Rajendra Chola itu amatlah menyedihkan, kecil, usang dan tidak layak bagi seorang ‘raja besar’. Ia lebih kepada sebuah pondok pemujaan kecil yang ditinggalkan. Kes ini sama seperti anaknya, Rajendra Chola yang mana dianggap lebih agung dan lebih hebat dalam sejarah.
Srikandi mencatatkan…
Dalam jurnal buku baru kali ini, Srikandi telah membongkar rahsia hubungan antara Airlangga dan Srivijaya, sekaligus menjawab misteri sumber kepada kajian ahli arkeologi dan epigrafi Sri Lanka, S. Paranavitana.
Srikandi mencatatkan…
Jurnal kali ini, Srikandi berkongsi beberapa petunjuk tentang buku barunya.
Antara bab eksklusif yang diberi namakod ‘Kings’ yang merupakan bab terpanjang dengan topik terpanjang di dalam buku terbarunya yang bertajuk ___ ___ ____ .
Srikandi membuka petunjuk…
Jurnal kali ini, Srikandi mencatatkan perlunya berhati-hati dalam meneliti dan menapis sumber historiografi kolonial yang tidak terlepas dari kesilapan, bias dan apa yang dinamakan sebagai ‘fiksyen pegawai kolonial’.
Srikandi membanding historiografi tempatan dengan rekod-rekod kolonial dan dengan itu akan membuahkan keputusan yang terbaik.
Ikuti jurnal Srikandi dalam menyiapkan magnus opus yang seterusnya…
Dahulu pernah tular dan galak orang-orang jongos buat perbandingan “Budaya Melayu vs Budaya Islam”. Benda-benda negatif universal pada semua manusia, semua bangsa kat dunia macam pembaziran, hedonisme, salah urus kehidupan…semua dilabelkan sebagai ‘budaya Melayu’ padahal semua itu ada je pada bangsa-bangsa lain malah pada dos yang lebih ekstrem.
Contohnya Pak Arab kat atas. Ini pembaziran! Alangkah bagusnya makanan yang banyak ini diberi pada orang Afrika yang kebuluran tu kan? Adakah ini budaya Arab yang sebenarnya atau ‘budaya Wahabi’? Atau memang ‘budaya Islam’? Begitu juga dengan aksi pembaziran yang ditonjolkan kaum-kaum lain yang merupakan sikap yang negatif dan ini sebenarnya universal pada setiap bangsa di dunia.
Srikandi mencatatkan…
Terdapat kelemahan dan falasi dalam pemikiran bahawa mesti ada nama bangsa di dalam inskripsi barulah diiktiraf wujud bangsa tersebut. Maka jika dipakai hipotesis ini, maka banyaklah bangsa-bangsa di dunia yang ‘tidak wujud’ seperti kaum-kaum aborigine, Orang Asli atau pribumi yang lain yang tidak memiliki prasasti atau inskripsi bertuliskan sebijik-sebijik nama bangsanya.
Srikandi mencatatkan…