Penemuan di pergunungan yang terletak di Rusia itu sungguh mengejutkan. Adakah pada zaman dahulu sudah wujud teknologi nano?
BACA SELANJUTNYA.
Masih teringat pendedahan lebih 20 tahun lalu melibatkan seorang yang berpengalaman bekerja di bidang industri makanan. Beliau telah merakamkan pengalamannya ketika memeriksa produk seorang pembekal bukan Islam yang akan dihantar ke restoran dan pasaraya.
Ia bermula apabila beliau menemui sesuatu yang janggal pada produk berasaskan daging yang dibekalkan syarikat berkenaan.
Ketika ditanya secara terperinci apakah kandungan produk daging tersebut, pengurus syarikat itu dengan perasaan tidak selesa terus melenting dan menyatakan sesuatu yang mengejutkan: menurutnya selama ini orang Islam di Malaysia sudah pun makan b*b* tanpa disedari mereka. Jadi apa masalah?
Itu 20 tahun yang lalu, bagaimana dengan hari ini?
Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum ini, sudah pasti menjadi alasan kuat mengapa mencari yang halal di tanahair kita ini menjadi sesuatu yang menghampiri tahap kritikal, sekiranya kita benar-benar menurut perintah-Nya dengan jujur dan ikhlas dan memastikan apa yang disuapkan dimulut kita benar-benar diyakini halal.
BACA SELANJUTNYA.
Menghipotesiskan bahawa Alam Semesta mempunyai titik permulaan secara semula jadi menimbulkan persoalan tentang kemungkinan titik akhir. Jika Alam Semesta bermula sebagai titik kecil ketumpatan tak terhingga yang mula mengembang, adakah itu bermakna ia akan terus berkembang selama-lamanya? Atau adakah suatu hari nanti ia akan kehabisan daya yang meluas, dan mula berundur ke dalam sehingga semua jirim kembali menjadi bola kecil?
SESUNGGUHNYA DI DALAM PENCIPTAAN ALAM SEMESTA INI TERDAPAT TANDA-TANDA KEBENARAN YANG AMAT DASYAT!
BACA SELANJUTNYA.
Model kosmologi semasa kita menunjukkan bahawa Alam Semesta memiliki diameter kira-kira 91 bilion tahun cahaya (28 bilion parsec). Dalam erti kata lain, Alam Semesta yang boleh diperhatikan memanjang keluar dari Sistem Suria kita ke jarak kira-kira 46 bilion tahun cahaya dalam semua arah. Walau bagaimanapun, memandangkan pinggir Alam Semesta tidak dapat dilihat, masih belum jelas sama ada Alam Semesta sebenarnya mempunyai sempadan.
Dengan ertikata lain, sempadan itu sebenarnya tidak ada – ia berterusan selama-lamanya!
BACA SELANJUTNYA.
Sains yang terkini mengesahkan bahawa alam semesta kita ini terbina melalui proses evolusi yang teramat panjang. Gabungan debu-debu angkasa dan tenaga-tenaga yang ligat terjana di sana-sini mengakibatkan terbentuknya galaksi, bintang dan planet-planet.
BENARLAH TUHAN ITU
MENCIPTA SEMESTA INI
DENGAN MASA.
BACA SELANJUTNYA.
Pada Februari 1997, ada seorang lelaki yang mendakwa di kawasan kediamannya terdapat satu lubang misteri. Menurutnya, lubang itu mempunyai kedalaman yang tidak diketahui. Dia mendakwa telah mengukur kedalamannya menggunakan tali pancing dan pemberat dan mendapati pemberatnya itu masih belum mencapai dasar walaupun telah mencapai 80,000 kaki (24,000 m). Dia juga mendakwa bahawa anjing jirannya yang mati telah dilihat hidup beberapa ketika selepas ia dibuang ke dalam lubang!
BACA SELANJUTNYA.
Ahli arkeologi di Malaysia telah menemui rangka manusia berusia 16,000 tahun di sebuah gua di sebelah pantai timur negara ini, memberi sinar baharu kepada penyelidikan berkaitan penduduk prasejarah di rantau ini. Penemuan luar biasa itu juga termasuk artifak yang memberikan pandangan berharga tentang kehidupan beberapa peneroka terawal Asia Tenggara.
Penemuan ini dianggap sebagai salah satu rangka manusia tertua yang pernah ditemui di Malaysia dan boleh mendedahkan butiran penting tentang corak migrasi dan budaya purba rantau ini. Ia ditemui bersama-sama dengan 15 lagi rangka manusia terbaharu, ditemui di 4 tapak di rantau ini.
BACA SELANJUTNYA.
Tahukah anda bahawa ‘hukum Fizik’ di alam skala teramat kecil adalah berbeza dengan hukum Fizik di alam skala biasa. Pada alam skala kecil, barulah anda akan memahami bagaimana alam di skala biasa berfungsi.
Salah satu yang aneh itu adalah:
FIKIRAN MANUSIA MEMPENGARUHI ZARAH-ZARAH DAN,
MASA.
BACA SELANJUTNYA.
Dalam perbincangan yang lepas, kita telah cuba memahami konsep bagaimana MASA itu sendiri boleh berubah menjadi RUANG tanpa pening memikirkannya melalui Teori Relativiti.
Kedengaran aneh bukan?
Bagaimana konsep yang ilusi boleh bertukar menjadi sesuatu yang fizikal seperti ruang? Kemudian ruang boleh bertukar menjadi masa?
YA, MASA MEMERLUKAN RUANG, BEGITU JUGA RUANG MEMERLUKAN MASA.
BACA SELANJUTNYA.
Kesukaran dengan kajian masa adalah berkaitan dengan kenyataan bahawa ia mungkin satu-satunya konsep universal yang kita sangat sedar, yang mana secara berterusan memasuki semua aspek kehidupan dan aktiviti namun malangnya kita tidak boleh keluar dari MASA itu sendiri untuk memerhatikannya dari luar.
Kita hampir terpaksa melihat masa sebagai sesuatu yang mutlak, sedangkan ia merupakan sesuatu yang bersifat ilusi. Kita menganggap bahawa masa mempunyai satu konteks sedangkan sebenarnya ia mempunyai konteks yang tidak terhingga. Selaras dengan tanggapan satu konteks ini, Fizik Newtonian membayangkan bahawa masa adalah fenomena sebenar dengan sendirinya; bahawa ia mengalir pada kadar yang tetap dan mutlak. Dengan kemunculan Fizik moden, khususnya relativiti, kini diakui bahawa masa tidak mutlak.
MASA UNTUK BACAAN BERAT DATANG LAGI…
Bersedia untuk meneroka rahsia MASA.
BACA SELANJUTNYA.