Selamat Datang Ke MistisFiles

Selamat Datang ke MistisFiles.

Mistis bermaksud perkara-perkara yang menjadi misteri dan tersembunyi. Mistisologi pula adalah pengetahuan atau kajian kepada apa yang dikatakan bersifat mistis. Mistism adalah pembawaan atau nilai sesuatu yang bersifat mistis. MistisFiles pula adalah laporan atau hasil pemerhatian dari Mistisologi. Sebahagian dari MistisFile telah berada atau sedang berada di dalam apa yang di gelar sebagai X-File di sesetengah negara.

Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Semua misteri yang terjadi ibarat satu ‘jigsaw puzzle’ yang berselerakan. Apa yang dilakukan kami ialah memberikan anda kepingan-kepingan ‘jigsaw puzzle’ ini. Kami sekadar ingin anda bersama-sama kami mencantumkan kepingan-kepingan ‘jigsaw puzzle’ tersebut. Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.

Jika anda pembaca setia MistisFiles,anda sudah tentu tahu kredibiliti kami dalam memasarkan maklumat-maklumat yang kebanyakannya jarang diketahui khalayak.Kami mempunyai standard tersendiri dalam pembikinan artikel-artikel kami dengan tujuan berkongsi maklumat.

Di bawah ini adalah antara kempen-kempen artikel yang popular dan ada di antaranya mencapai tahap ‘cult’ di kalangan pembaca blog di Malaysia.

 

 

The Matrix 4th Density.

Keterangan: Siri Matrix adalah antara siri yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat sains-agama.Siri yang mengungkap kepalsuan alam dunia menurut fakta-fakta sains dari kajian Fizik Teori,Fizik Nuklear,Fizik Kuantum,Mekanik Kuantum,Teori String,Fizik Partikel dan sebagainya adalah ‘cult’ yang tersendiri oleh para peminatnya.Siri ini akan menyambung perbahasan seterusnya dalam tajuk ‘Matrix di dalam Matrix’.

Subjek:Fizik,Mekanik Kuantum,Kimia Mekanik,Sains Bahan,Metafizik,Agama

 

 

Alter Terahsia Bangsa Melayu

Keterangan:Siri ini adalah bestseller di dalam MistisFiles sejak diambil alih oleh penulis paling popular,prolifik dan kreatif-Srikandi.Siri ini mengungkapkan sejarah paling gelap satu tamadun yang dikenal sejak era Hapsetshut dari peradaban Mesir Purba,Phoenicia,Kerajaan Israel dan Judah serta Babilon.Sejarah ditulis oleh mereka yang menang,dan ini terbukti bahawa tamadun ini tetap wujud di kala tamadun yang sezamannya telah pupus atau mengecil.Bagaimana mereka ‘memenangi’ perlawanan untuk terus mengharungi keganasan zaman?Adakah melalui peperangan atau penjajahan?Srikandi bijak membangkit alter terahsia yang selama ini disimpan di dalam tabut rahsia beribu-ribu tahun yang lalu.

Dalam siri terbaru ini,Srikandi akan membawa anda menyelusuri pelbagai riwayat Mon,Pyu,Khmer,Thai,Annam,Burma dan diari-diari Imperial China serta membongkar catatan-catatan pengembara Parsi,Arab,India,China dan juga Jepun sekadar menamakan beberapa sumber.Srikandi akan membawa anda hasil kajiannya dari hutan Belum dan Pahang,menemui beberapa Tok Batin dari suku Jakun dan Semelai yang masih menyimpan rahsia beberapa Malay city-states yang pernah berdiri beribu tahun dahulu dari tradisi terahsia nenek moyang mereka zaman-berzaman.Juga beberapa suku bukit hasil pelarian dari Dvaravati,sebuah kerajaan purba orang Mon di tengah Thailand.Legenda naga Tasik Chini,gelaran naga dalam riwayat-riwayat Khmer,rahsia Merong Mahawangsa,asal-usul dinasti Pan-pan yang memerintah Funan,rahsia gelaran Si Antan dalam penabalan raja-raja Lao serta lokasi rahsia ibukota Srivijaya era pra-Dapunta Hiyang.

Subjek:Sejarah,arkeologi,sosio-budaya,antropologi,sains kronologi

 

 

Catatan Srikandi

Keterangan:Merupakan pengalaman dan diari Srikandi dalam mencari rahsia Kemelayuan.Catatan peribadi yang diolah dalam pelbagai aspek penulisan membuatkan siri ini mempunyai fans tersendiri.Sejarah Melayu menjadi epik yang tidak membosankan.Fakta dan legenda diadun dengan begitu mendebarkan di dalam pengalaman unik Srikandi,pejuang sejarah yang penuh emosi dan sensasi.

Subjek:Travelog,diari,rumusan ATBM,sejarah,arkeologi,antropologi,sosio-budaya

 

 

Heavengate “The Gate of Yehova” 
Extension Pack

Keterangan:Siri antara paling kontroversi di dalam MistisFiles,menampilkan topik-topik yang jarang dan luarbiasa.Menyelusuri sejarah kemanusian mencari kebenaran dari era purba hingga era angkasa dan nuklear.Jangan lepaskan peluang mengikuti siri ini.Pelbagai kejutan dan keajaiban akan dipaparkan dalam The Heavengate.

Subjek:’rare,forbidden & topsecret’ material.

 

 

Jigsclue

Keterangan:Segala teknikal,strategi,taktik,tutorial dan teori malah kajian kes berkenaan  perancangan  pihak yang digelar ‘The Elite’,’Hidden Hand’,’The AntiChrist’ dan sebagainya.Sesungguhnya Iblis dan syaitan tidak berasa penat dan lelah berusaha siang dan malam menyesatkan anak Adam.Kebanyakan kandungan di dalam siri ini di luar kotak pemikiran.Media menggelarkannya ‘Teori Konspirasi’,pesimis melabelkannya ‘paranoid’,mereka yang perasan bijak mencebiknya sebagai ‘tahyul dan karut’.

Orang ramai melihatnya sebagai filem ‘National Treasure’ dan hiburan masa lapang.

Kita sedang melangkah ke era yang penuh drama.Hari demi hari semakin berkurang dan mendekatkan ‘The Universe’ kepada ‘The Judgment Day’.Anda boleh memilih sama ada menjadi zombie dan goyyim atau minda yang penuh kesedaran.Tidak kira sama ada anda Muslim atau non-muslim,’religious’ atau ‘secular’,akhir kepada semua cerita ini pasti akan tiba kerana hari ini bukan sahaja dalam ramalan agama malah sains membuktikan,suatu hari nanti…alam semesta ini akan musnah.
The Endgame.
Subjek:Mindcontrol,Sosio-Politik,Psikologi,Sains Politik,Budaya,Sejarah,Agama,
Sains Perhubungan Manusia,NLP,Strategi Diplomatik
 ============================
Teks disediakan oleh:
-M.O
area13

Leave a Reply