Fail HL58421: “Down Side”

1579103859-symmes-hole

 

Tanpa pengetahuan kebanyakan orang, pada 18 November 1988, Senat dan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah meluluskan Undang-Undang Awam 100-691, yang dikenali sebagai “Akta Perlindungan Sumber Gua Persekutuan 1988″ (Federal Cave Resources Protection Act of 1988).

Menurut salinan undang-undang ini yang diperoleh daripada penyelidik Hollow Earth (Bumi Berongga), Tal LeVesque, pihak kerajaan telah memutuskan bahawa gua-gua yang terletak di “Tanah Persekutuan” (Federal Lands) merupakan sumber semula jadi yang perlu dilindungi dari pencerobohan orang ramai. Undang-undang mentakrifkan gua sebagai:

“mana-mana ruang kosong, rongga, ceruk, atau sistem laluan yang saling bersambung yang terbentuk secara semula jadi di bawah permukaan bumi, atau di dalam tebing atau lereng (termasuk lompang batuan, lombong, terowong, saluran air, atau sebarang penggalian lain oleh manusia), yang cukup besar untuk membolehkan seseorang individu memasukinya, tidak kira sama ada pintu masuknya terbentuk secara semula jadi atau buatan manusia. Istilah ini juga merangkumi mana-mana lubang semula jadi, lubang benam (sinkhole), atau ciri lain yang merupakan lanjutan daripada pintu masuk tersebut”.

Perkara ini menjadi tanda tanya dan kritikan dari kelompok pengkaji Bumi Berongga. Mereka mendakwa pihak kerajaan tahu sesuatu tentang Bumi Berongga dan memutuskan menghalang orang ramai dari menyelidiki selanjutnya…

 

 

BACA SELANJUTNYA.

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Leave a Reply