[Mukaddimah]
1MDB dijadikan ‘jarum bermata dua’ yang paling terbaik setakat ini buat proksi ‘The Club’ sebagai batu loncatan untuk menjinakkan Malaysia supaya mengikut kehendak NED dan NDI. 1MDB asalnya ialah satu program yang dibina untuk menyokong pelaburan negara dan membantu bumiputra dalam kek ekonomi negara supaya dapat merapatkan jurang pendapatan dengan bukan bumiputra, yang nanti dapat mengelakkan bom jangka hasil dari pembahagian ekonomi yang tidak rata sejak era Pecah dan Perintah oleh pihak British. Namun kesilapan demi kesilapan menguruskannya membuka peluang The Club untuk mencucuk jarumnya sekaligus menghalang usaha jurang ekonomi dirapatkan.
The Club sememangnya hanya menanti silap dari TheMalaysiaOfficial1. Pada ketika yang tepat, jarum dilancarkan.