Peranan Media Tajaan NED & OSI di Malaysia

globatocracy_1

 


Media-media alternatif seperti Malaysiakini seringkali dikaitkan dengan media kebebasan bersuara atau menentang kerajaan yang korup. Namun apakah ‘kebebasan’ yang ingin diperjuangkan itu? Atau ‘kebebasan’ cara mereka yang ingin dipaksakan kepada orang lain? Adakah mereka lebih suci dari kerajaan yang korup itu? Sebenarnya media-media ini adalah talibarut satu ‘kerajaan’ yang lain yang lebih korup dan ekstremis dalam memaksakan ideologi dan cara hidup mereka kepada orang lain.


 

 

 

 

Dalam Protokol ke-12 (Protokol-protokol Zionis), ada disebutkan tentang media-media mesti membuat pembohongan dengan diselangselikan dengan berita-berita yang benar, bergantung kepada penerimaan orang ramai kepada sesuatu isu bagi kepentingan pihak mereka.

Prinsip-prinsip ini memang diamalkan oleh portal Malaysiakini dan seumpamanya. ‘Red flag’nya mudah sahaja; mereka akan memainkan isu berkaitan agama Islam dan orang Melayu (sebagai majoriti penganut Islam) dengan objektif menimbulkan kesan yang negatif dan kemusnahan imej. Antara caranya:

1) Menyeleweng dan mengubah maksud dengan sesukahati mengikut motif tertentu dari sumber asal.
2) Meletakkan tajuk (headline) artikel yang berlainan dari maksud sebenar dari sumber.
3) Memilih-milih isu yang berpotensi untuk sensasi untuk diputarbelit dan diperbesar-besarkan walaupun isu itu tidak relevan, kecil dan tidak penting.
4) Semua penyelewengan dan pembohongan tadi diselangselikan dengan berita-berita benar untuk mengaburi mata orang awam.

Semua penyelewengan isi kandungan ini semuanya berkaitan urusan agama Islam dan imej penganutnya, kebetulan majoriti penganut agama ini adalah orang Melayu yang juga masih memegang kuasa politik dalam negara. Semua ini akan diulang-ulang sehingga mengganggu ketenteraman penganut agama Islam, dan seterusnya rakyat Malaysia, sehingga ‘demokrasi’ dan ‘kebebasan’ cara mereka dapat ditekan sepenuhnya kepada majoriti penganut agama Islam tanpa dapat bersuara atau melawan.

Ini tidak menghairankan kerana Malaysiakini ditaja oleh National Endowment of Democracy (NED) yang menyalurkan dana bagi memaksa negara-negara lain mengikut ‘demokrasi’ cara mereka. Malaysiakini juga ditaja oleh Open Society Institute (OSI) milik George Soros yang kita tahu rekod buruknya berkenaan spekulasi matawang akhir tahun 90-an dahulu. OSI juga berperanan sama seperti NED, mereka memperjuangkan ‘kebebasan’ cara mereka kepada orang lain yang bukan pun berada di tempat tinggal mereka.

Semua ini bukan lagi teori konspirasi atau apa saja label kepadanya; namun realiti sebenar dan setiap hari kita akan melihat realiti ini muncul di dada-dada internet tanpa prejudis. Isu demi isu dimainkan bagi menimbulkan kemusnahan imej kepada agama Islam dan instrumennya malah, adalah sesuatu yang aneh dan luarbiasa jika satu hari anda terbaca tajuk berita dari Malaysiakini yang menyokong institusi agama Islam dan syiar-syiarnya di Malaysia.

Boleh periksa di sini:

Malaysiakini : http://about.malaysiakini.com/accountability/
NED : http://www.ned.org/
OSI : https://www.opensocietyfoundations.org/

Jadi rumusannya, NED & OSI=> Malaysiakini= bekerja melalui saluran media untuk menimbulkan kesan negatif dan kemusnahan imej kepada agama Islam dan penganutnya.

Jadi sekiranya anda yang membaca tulisan ini adalah penganut agama Islam dan masih mempercayai Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Penyayang, fikirkan baik-baik. Perhatikan. Realiti ini dari hari ke hari. Ia berjalan dengan ‘pattern’ yang sama. Lagi dan lagi. Kadangkala ia sungguh membosankan.

Kematian adalah pasti. Tiada sains yang mampu menafikannya. Stamina anda ketika hampir mati adalah amat berbeza ketika anda hidup dengan penuh kekuatan. Jadi, apa sahaja berkaitan dengan urusan agama-Nya, anda mesti menyelidik dahulu dan bertanya. Gunakan peluang bernafas selagi boleh ini untuk berfikir dengan matang dan terpelajar.

Boleh sebarkan tulisan ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda jika anda sampai kepada maksud tulisan ini.

-MF

Leave a Reply