buy hypertropin

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Pintu-pintu Langit

Posted by jigsmaster on October 20, 2014

Di sepanjang sejarah,sesetengah manusia percaya bahawa di langit itu ada sebuah pintu yang menuju ke dunia lain.Seringkali mereka memandang ke atas dan berfikir,”Apakah yang ada di atas sana?”Sama ada ketika langit membiru cerah di waktu siang mahupun ketika malam dengan bintang-bintang bergemerlapan…langit sememangnya menimbulkan 1001 misteri.Langit yang gelap itu menimbulkan sensasi dan misteri.Langit yang cerah itu menimbulkan harapan dan kegembiraan.Kadangkala,corak bintang-bintang dan gemerlapannya menimbulkan perasaan ingin tahu manusia.Perasaan ingin tahu yang adakah ada sesuatu di atas sana.Adakah di sana terdapatnya ‘pintu-pintu langit’?

 

 

 

“The Stargate”

 .
 .
.

..

... the star, which shineth in the heavens.
May he hold the Beginning and the Future, may they pay homage unto him,
Saying, “He who forced his way through the midst of Tiamat without resting,
Let his name be Nibiru, ‘the Seizer of the Midst’!
For the stars of heaven he upheld the paths,
He shepherded all the gods like sheep!
-The Seventh Tablet,Enuma Elish 

Lihat langit di waktu malam.Jika anda melihatnya dengan sesungguhnya…pasti anda akan terfikir.Apakah yang ada di atas sana?Sejak zaman-berzaman,persoalan ini menghantui manusia walaupun manusia sudah mampu menghantar proba angkasa untuk menyiasat isi langit dan mencipta teleskop berkuasa tinggi untuk mengintai langit.

Lebih daripada 400 tahun yang lalu,Giordano Bruno,seorang pendeta dari Itali,menulis bahawa: “dalam ruang di mana terdapat ‘bumi’ yang tak terhitung mengelilingi ‘matahari’ lain,yang mungkin menampung makhluk yang sama atau malahan lebih baik daripada manusia di Bumi.”

Bruno layak untuk dikenang dalam sejarah di mana dia telah dibakar (burn at stake) di Rom pada tahun 1600 Masehi.

Dalam abad ke-19,fiksyen sains Jules Verne dan HG Wells mempopularkan idea kehidupan makhluk asing.Percival Lowell,seorang Amerika yang kaya,yang membina balai cerap sendiri di Flagstaff,Arizona terutamanya untuk mengkaji Marikh. Beliau percaya bahawa permukaannya telah direntasi oleh ‘terusan’,digali oleh tamadun maju untuk menyalurkan air dari bahagian kutub beku ke ‘padang pasir’ berhampiran khatulistiwa Planet Merah.

Pada tahun 1900,sebuah yayasan Perancis menawarkan Guzman Hadiah sebanyak 100,000 francs untuk siapa yang membuat hubungan buat pertama kalinya dengan spesies luar angkasa, tetapi mengecualikan Marikh,kerana mengesan Marikh kemudiannya dianggap sebagai terlalu mudah.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.