Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah pakar perubatan dunia benar-benar menemui penawar virus ‘Wuhan’ ini?
Kononnya Thailand telah menemui penawar dengan membikin semacam ubat ‘koktel’ yang mengandungi anti-HIV. Sebenarnya membikin penawar untuk virus ‘Wuhan’ ini dengan menggunakan anti-HIV sudah dilakukan di China.
Namun kadar pesakit yang ‘berjaya dirawat’ masih tidak mampu mengejar penyebaran koronavirus ini. Ia semakin meningkat dan meningkat.
Apakah amaran Dr. Li, orang yang pertama kali mendedahkan kewujudan koronavirus 2019-NCoV ini?
Apakah amarannya sehingga kerajaan China terpaksa mendiamkannya?
BACA SELANJUTNYA
Berapa tinggikah kebarangkalian bahawa virus COVID-19 akan reda pada bulan April 2020 ?
Sekarang tempoh pengeraman dilanjutkan 24 hari. Jadi, apa yang berlaku pada April nanti menjadi ketidakpastian yang cenderung ke arah negatif.
Setakat ni tiada statistik daripada Indonesia, apakah kebarangkalian nya.
Adakah virus ni memberi kesan teruk pada individu yg merokok atau ciri2 tertentu selain daripada diabetes,darah tinggi, heart disease? Ada juga warga tua berumur 90 yg sembuh/bertambah baik.
Indonesia dikatakan menyembunyikan data, sama seperti China. Tapi sebab Indonesia bukan tumpuan utama, dia mampu berlakon seolah-olah ‘virus-free’.
COVID-19 menyebabkan radang paru-paru, berkait dengan masalah pernafasan.
Thai dan indonesia adalah dua negara yg mana rakyat mereka mudah utk keluar masuk ke negara kita melalui sungai dan laut. Jika ini tak dikawal, malapetaka teruk akan terjadi.
Ya, rakyat mereka pula ramai berkaliganda berbanding kita.