Di sinilah bermulanya segala-galanya. Malam celaka 21 Februari. Bagi sesetengah orang yang mengetahui rahsia malam itu.
Sungguh, mereka masih mengingat malam yang panjang itu. Malam yang penuh keresahan. Malam yang penuh ketegangan. Percubaan untuk melakukan KUDETA yang SEBENAR.
Orang paling berkuasa didesak untuk meletakkan jawatan. Mesti diserahkan kepada seseorang yang menanti. Namun dia enggan. Kata-kata seperti menggugut. Tekanan demi tekanan.
Maka lahirlah PENGKHIANATAN PERTAMA itu.
Yang mana disembunyikan dari pengetahuan ramai, para pengikut mereka. Di sana ada senarai nama-nama pengkhianat itu, yang menjadi punca tumbangnya sebuah kerajaan bersejarah.
BACA SELANJUTNYA.
Sudah terang lagi bersuluh…..
Semoga Pakatan Harapan dan watak-watak seperti Anwar dan Mahathir terbenam buat selamanya, dah berpuluh-puluh tahun menghadap wajah-wajah yang sudah tua dan hanya proksi kepada puak-puak berkepentingan untuk diri sendiri. Malaysia dah tahun 2020 masih lagi tak kemana melainkan poket-poket puak Kapitalis semakin penuh dan perut terus memboyot. Medan perang hari ini ialah perang ideologi, perang menggugat akidah dan kepercayaan. Apa pun MO pernah mengutarakan perpaduan UMNO PAS lebih 10 tahun dahulu ketika orang Melayu masih terhipnosis dengan pertelagahan politik sesama sendiri yang menguntungkan kiasu liberal, baru hari ini menjadi kenyataan. Semoga survival umat Islam terus bertahan dalam asakan musuh-musuh agama Islam.
Ya, Malaysia perlu bergerak ke depan dari dihambat dua watak ini. Mereka perlu direhatkan.
Terima kasih kerana masih mengingati pandangan saya berkaitan perpaduan PAS-UMNO itu.
-M.O