MASON-MASON MELAYU XXII
Sejurus selepas isu DS Najib dijatuhi hukuman di Mahkamah Tinggi berikutan kes SRC itu, tiba-tiba riuh-rendah tentang pentadbiran parti Warisan di Sabah yang bakal goyah. Sehari selepas hari perbicaraan Najib, pengumuman dibuat kononnya ada majoriti mudah untuk menumbangkan Ketua Menteri Sabah.
Mengapa peristiwa ini berlaku selepas hari perbicaraan Najib? Apakah keuntungan yang boleh dimanipulasi atas keputusan hakim Mahkamah Tinggi? Apa kaitannya dengan Sabah?
Misteri demi misteri terus menyelubungi. Nampaknya apa yang berlaku di Sabah adalah amat penting…
BACA SELANJUTNYA
Sabah sebuah negeri yang tenteram. Apa yang meresahkan MO perihal politik negeri Sabah ? Mengapa tidak ada sebarang undang-undang digubal untuk menghalang mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli DUN dari melompat-lompat parti ? Sekiranya MO mengatakan terdapat unsur-unsur habuan, jadi dimana badan penguatkuasa yang sepatutnya melaksanakan tugasnya ?
Apa yang meresahkan? Bukan, ia berkait KEPENTINGAN. Jika anda mengikuti perkembangan politik tanahair sejak merdeka, anda akan lihat Malaysia Timur adalah begitu penting buat kerajaan yang lama memerintah.