Reaktor Nuklear Oklo: Semulajadi Atau Teknologi Hijau?

nuclearfusxs

 

Pendapat umum para saintis arus perdana menyatakan bahawa reaktor nuklear di Oklo, Gabon di Afrika adalah ‘reaktor nuklear semulajadi’. Namun, mengapa ‘semulajadi’ itu mengumpul banyak ‘kebetulan’?

Malah yang paling menimbulkan wasangka, kes di Oklo itu hanya satu-satunya reaktor nuklear semulajadi yang pernah ada di muka bumi, yang menepati teori saintis tentang ‘reaktor nuklear semulajadi’.

Mengapa kes di Oklo ‘kebetulan’ menepati: Pertamanya, kedalaman deposit uranium. Keduanya, kualiti U-235 dalam uranium. Ketiganya, penggunaan air sebagai penyederhana neutron dan keempat, pengurusan sisa nuklear yang lebih maju dan selamat dari teknologi pada hari ini.

Adakah ‘semulajadi’ berupaya memilih bukan satu malah empat keadaan!?

Kita akan menyiasat lebih lanjut, mengapa berkumpul banyak ‘kebetulan’ dalam kes reaktor nuklear berusia 1.8 bilion tahun ini.

 

BACA SELANJUTNYA

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

3 thoughts on “Reaktor Nuklear Oklo: Semulajadi Atau Teknologi Hijau?

  1. sejagat

    MO, saya ada perasan bahawa Al Quran ada menyebut tentang ‘kerajaan langit dan bumi milik Allah SWT jua’, di sini secara literalnya saya perasan tentang kewujudan makhluk asing. Dalam kes ini, manusia belum mengisytiharkan telah bertemu dengan sebarang kehidupan di luar angkasa setakat ini melainkan air di Bulan dan Marikh.

    Selain itu, Al Quran juga ada menyatakan tentang Exoplanet dimana saya perasan ada hubungkait dengan penemuan saintis-saintis terkini yang menyatakan mereka menemui banyak Exoplanet yang memiliki daya kehidupan yang jauh lebih baik dari Bumi. Ini membuatkan saya teringat akan Adam dan Hawa yang tinggal di Syurga dimana pada saya ia juga sebuah planet kerana mana mungkin Syurga sudah ada syariat diatasnya (Adam dilarang makan buah Khuldi) dan Iblis dapat keluar masuk dari Syurga dan boleh pula menggoda Hawa dan Adam supaya makan buah Khuldi, persis sepertimana kehidupan manusia di Bumi yang sering digoda Iblis dan Syaitan untuk melakukan kejahatan. Syurga tidak ada syariat malah Iblis telah pun dihalau keluar dari Syurga, mana mungkin ia boleh keluar masuk ke Syurga. Jadi saya berpendapat, Adam dan Hawa pernah tinggal di sebuah Exoplanet yang memiliki daya kehidupan yang hebat daripada Bumi. Malah, ada saintis juga percaya bahawa manusia berasal daripada angkasa lepas sesuai dengan kisah Adam dan Hawa dihalau dari Syurga dan turun ke Bumi. Kemudian, Adam dan Hawa berpisah di Bumi seolah-olah mereka menaiki pesawat angkasa lalu terhempas terpecah dua sebagai akibat perpisahan mereka berdua ketika memasuki orbit Bumi. Pendapat saya ini memang sangat lucu dan boleh menimbulkan skeptikal tetapi bila muncul artifak-artifak ‘Out of Time’ seperti di atas (reaktor nuklear 1.8 bilion tahun dan beberapa artifak-artifak aneh lain) menimbulkan tanda tanya juga.

    https://www.youtube.com/watch?v=sZ0wKuYOQBQ
    BENARKAH UFO WUJUD ?
    Jomm subscribe channel ni ramai-ramai ;D

    1. jigsmaster Post author

      Pada pendapat kami, kes Adam dan Hawa ini istimewa, mereka diturunkan dari alam lain yang bukan alam semesta kita; termasuk dari mana-mana planet. Jika anda pernah membaca artikel Matriks kami, ada satu artikel yang menyatakan konsep bagaimana Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi. Ia bukan dari planet. Wallahu’alam.

  2. sejagat

    Subhanallah, rasa mcm ada MO sebut dahulu. Cuma, saya sangat curious dengan saiz alam semesta yang begitu besar ini, apakah ada hidupan di planet lain masih belum dapat dijawab dengan rasmi. Mungkin alam semesta yang sebegini besar ini tidak ada hidupan melainkan hanya untuk diterokai oleh manusia semata-mata untuk menjadi bahan mineral demi kelangsungan hidup. Al Quran ada menyebut bahawa walau manusia berjaya membina tangga ke langit dan membuat lubang di Bumi pun masih lagi kafir dan tidak mahu percaya akan kewujudan Allah dan Nabi Muhammad SAW. Isyarat daripada Quran memberitahu bahawa manusia akan mencapai teknologi teramat hebat pada suatu masa tetapi sangat ramai yang kafir dan engkar akan Allah dan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pun dah sangat berleluasa kerana sombong dengan pekerjaan, pendapatan dan kemewahan yang ada.

Leave a Reply