Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

“Sword of The Sea Dragon”

Posted by jigsmaster on August 20, 2015

Keris adalah lambang kepada keberanian dan kepahlawanan bangsa Melayu khasnya.Ia dikatakan memiliki kuasa ajaib dan cara membuatnya memerlukan ritual khas yang juga acapkali menjadi simbol mistik kepada orang Melayu.Ia dikatakan diperbuat dari campuran pelbagai logam dan material mistik seperti ‘batu petir’ dan ‘besi kursani’.

Saya,Srikandi akan meneliti semua yang dikatakan ‘mistik’ dan ‘tahyul’ ini sebenarnya membawa kepada teknologi yang misteri dan jika diketahui kepada sesetengah orang,akan menganggapnya sebagai ‘alien tech’.

 

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

 

 

 

 

Saya (Srikandi) telah meneliti catatan-catatan Arab dan Parsi,tentang teknologi mencampur dan menempa besi yang paling misteri di dunia,dengan warisannya di India telah berakhir pada abad ke-18 ketika penjajahan British di sana.

Namun,ramuan aslinya (original recipe) masih berada di tempat asalnya,di sebelah timur.

Semua ini bermula apabila kajian saintis mendapati terdapat unsur-unsur teknologi nano di dalam kepingan besi dari bilah senjata yang diperbuat dari ‘Damascus Steel‘ yang terkenal itu.

Untuk itu saya telah meneliti catatan dari Al-Biruni dan Al-Kindi,dua nama sarjana tersohor dalam ketamadunan Islam yang membincangkan sains pembuatan pedang-pedang bermutu tinggi.

Akhirnya semua misteri ini kembali kepada rahsia dari catatan seorang ahli geografi Arab bernama Idrisi pada tahun 1154 Masehi, di dalam kitabnya Al-Rujjar:

“Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.”

 

SELAMAT DATANG KE DUNIA METALLURGICAL MELAYU YANG MISTERI.

 

 

 

 

 

“Sword of The Sea Dragon”

The Malay Metallurgical

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ini adalah kempen ‘easter eggs’ dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu V “The Secret Key to Mount Ophir”

Tajuk-tajuk dalam minikempen ini (klik pada tajuk):

1. “Malay Metallurgical”

2. “Qala’i & Qala”

3. “Damascus Steel”

4. “Tiler Sword”

5. “Besi Kursani”

 

 

 

“Luhur Sejarahku Abadi”

~Srikandi

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.