Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, fraktal ialah bentuk yang serupa pada skala yang berbeza. Daun pakis atau dahan pokok adalah contoh biasa. Tiada bahagian dunia semula jadi kelihatan bebas daripadanya: ombak laut mengandungi ombak yang lebih kecil, garis pantai mempunyai renggat-renggat yang serupa pada semua skala apabila dilihat pada ketinggian yang berbeza; ladang yang dibajak mempunyai kegumpalan dalam kegumpalan; dedaun pokok dari daun ke seluruh pokok mencerminkan hierarki cabang-cabangnya dalam kumpulannya dalam kumpulan; kerikil yang dilemparkan ke atas tanah tersusun secara fraktal; malah bintang-bintang di langit secara visual mencerminkan organisasi fraktal; dan kita mungkin menambah senarai ini—walaupun tidak diiktiraf dalam sains semasa—‘kerumitan’ alam semesta (yang gagal dijelaskan oleh teori Big Bang), seperti planet dalam sistem bintang, dalam sistem yang lebih besar, dalam galaksi, dalam gugusan galaksi, dalam gugusan super galaksi, dalam alam semesta.
Kita akan menyelam lagi ke lautan Alam Serpihan dengan lebih mendalam untuk mencari apakah sumber-sumber kepada Alam Serpihan ini.
BACA SELANJUTNYA.