Artikel ini adalah siri terakhir dalam minikempen ‘The Sword of The Sea Dragon’. Ia menghuraikan hubungan sejarah pedang-pedang berpamor Eropah dengan warisannya bersambung di dalam kelompok-kelompok rahsia awal selepas itu. Seperti yang diketahui sebelum ini di dalam artikel yang lepas, Eropah pada Zaman Gelap telah mempelajari seni pembuatan bilah berpamor dari dunia Arab/Islam yang diwarisi dari seni pamor keris dari Kedah Tua.
Ini kemudiannya diwarisi oleh ‘hulubalang’ khas kepada sekian banyak kelompok rahsia di Eropah,dengan dilengkapi senjata terbaik mereka; pedang pamor dari teknologi Qala’i.
“The Sword of Accepted Tiler”
“The Tiler’s sword should traditionally be one with a “wavy” blade, to symbolize the flaming sword that was placed at the east of the ….”
Terharu rasanya bila dapat tahu Rasulullah pernah menggenggam pedang yang ditempa oleh nenek moyang kita….