Category Archives: Jalan2 Sejarah

Misteri Teknologi Potong Batu Zaman Purba

tikal

 

Perhatikan gambar di atas. Adakah orang pada zaman purba hanya menggunakan peralatan primitif seperti tukul dan pahat untuk membelah batu dan mengukirnya untuk membina bangunan agam seperti ini? Apakah teknologi yang dipakai oleh mereka sebenarnya?

MistisFiles membincangkan persoalan ini dan mungkin telah membongkar sebahagian rahsia teknologi mereka.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Jalan-jalan Sejarah: Kota Ajaib di Amerika Selatan

Ollantaytambuwall

 

 

Jalan-jalan sejarah kali ini membawakan anda ke satu ‘kota ajaib’ yang boleh dikatakan setanding dengan Machu Picchu. Kami akan menunjukkan anda bagaimana orang pada zaman dahulu sebenarnya memiliki teknologi tertentu yang apabila kita melihatnya adalah mustahil dan masih tidak mampu mencari jawapan bagaimana manusia yang disangkakan ‘purba’ mampu membikin hasilkerja seperti ini.

*Tiket rombongan: http://goo.gl/1QBIQK

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Tenochtitlan : Bagaimana Conquistador Melenyapkan ‘Kota Syurga’ Di Tengah Tasik II

Tenochtitlan_y_Golfo_de_Mexico_1524

 

[Mukaddimah]

 

Conquistador menceraiberaikan struktur bangunan yang ada di Tenochtitlan  menggunakan buruh dari kalangan rakyat pribumi. Kuil Utama dimusnahkan dengan pelan untuk membina sebuah gereja besar di atasnya. Kira-kira 240,000 penduduk Tenochtitlan mati dalam pembunuhan besar-besaran ketika penjarahan Cortes itu.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Tenochtitlan : Bagaimana Conquistador Melenyapkan ‘Kota Syurga’ Di Tengah Tasik

TenochEstrella

 

[Mukaddimah]

 

Ramai tidak tahu orang Nahua yang mendirikan Empayar Aztec di Amerika Tengah telah membina satu kotaraya di tengah tasik! Keindahan dan kehebatan kota ini sehinggakan orang Sepanyol yang melihatnya menegaskan mereka tidak pernah melihat kota yang sebegini hebat sebelum ini.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Rahsia Tanggam Melayu : Seni Gerbang Purba Nusantara & Dunia

 

[Mukaddimah]

 

Senibina tanpa paku dan hanya menggunakan tanggam adalah kemahiran senibina yang biasa kita dengar dalam sejarah senibina orang Melayu termasuk pembuatan kapal dan perahu.

Apakah rahsia tanggam dalam senibina Melayu yang dapat dikaitkan dengan binaan-binaan hebat di seluruh dunia? Apakah yang mampu ia tampilkan?

Srikandi menulis…

 

 

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Penjarahan Red Fort Oleh British: Sejarah Vandalisme British Kepada Premis Bersejarah

Red_Fort_in_Delhi_03-2016_img3

Sumber Foto: A. Savin (Wikimedia)

 

[Mukaddimah]

 

Selepas tahun 1857, ketika British menggulingkan Bahadur Shah Zafar, maharaja Mughal yang terakhir,  mereka juga merobohkan sebahagian besar bangunan di Red Fort. Kira-kira 80% bangunan asal di dalam kota berkubu yang terkenal itu telah musnah. Pihak British mendirikan pelbagai bangunan pentadbiran mereka sendiri di dalam Red Fort, yang semuanya bertentangan dengan gaya seni bina dengan asal malah merosakkan elemen-elemen Red Fort yang tidak ternilai harganya itu.

Ini adalah salah satu bukti reputasi pihak British memusnahkan peninggalan sejarah terutamanya berbentuk premis. Jadi jangan hairan jika banyak istana dan bangunan bersejarah kita kecuali bangunan yang dibina  British dimusnahkan ketika zaman kolonial.

Srikandi menulis…

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

SJJS: Acropolis,Athens

 

Kita akan bergerak ke Athens di Greek.Dalam hikayat-hikayat Melayu,Greek (Greece) dipanggil sebagai Yunani,berasal dari kata ‘Ionia’ iaitu satu wilayah Greek Kuno yang kini terletak di dalam Turki.Bangsa Greek antara yang terawal menubuhkan konsep negarakota (city-states) dan dari konsep ini wujudnya apa yang dinamakan struktur politik yang menjurus kepada republik dan demokrasi.

Okay,Srikandi akan bawa anda semua ke bekas runtuhan di atas bukit.Ia dinamakan Acropolis.Acropolis secara istilah ialah penempatan yang dikelilingi tembok tinggi dan biasanya terletak di atas bukit.Acropolis terletak di Anthens,iaitu salah satu negarakota Greek yang terkenal.Acropolis terletak di atas sebuah bukit dan dilindungi tembok tinggi (citadel).

Apakah Acropolis sebenarnya?Mari ikut Srikandi.


Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 m,dan ada beberapa runtuhan bangunan purba yang merupakan kuil-kuil Greek.Acropolis mula dibina pada 1300 tahun Sebelum Masehi.Acropolis sempat menikmati zaman kegemilangannya sehingga Empayar Achaemenid Parsi menghancurkannya pada tahun 480 SM. Setahun kemudian tentara Greek mengalahkan Parsi dan membina semula kuil-kuil itu.Antara tahun 467 sehingga 404 SM, bangunan tersebut selesai dibina.

Acropolis terdiri daripada bangunan-bangunan yang kebanyakannya ialah kuil-kuil penyembahan kepada dewa-dewi Greek.Yang paling terkenal adalah Parthenon.Srikandi ‘highlight’kan beberapa darinya:

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

SJJS: Persepolis,Iran

Bangun!!!!!!

Sekarang Srikandi nak bawa anda semua ke sebuah peninggalan kota sebuah empayar yang agung yang pernah tegak dalam sejarah dunia.

Empayar Parsi Achaemenid.

Empayar Achaemenid diasaskan oleh Cyrus The Great pada abad ke-6 Sebelum Masehi.Cyrus The Great telah menakluk 3 empayar sebelum menggabungkannya ke dalam empayarnya sendiri iaitu Empayar Media (Madyan),Empayar Lydia dan Empayar Neo-Babylonian (Babilon Baru).

Okay …jom kita ke sana.Destinasi kita ialah Iran dalam wilayah Fars.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

SJJS:Petra,Jordan

 

Petra adalah sebuah tapak arkeologi dan sebuah bandar kuno yang terletak di Ma’an,selatan Jordan.Ok…abang-abang,akak-akak,adik-adik…siapa yang bina dan menduduki Petra semasa era kegemilangannya?

Orang Rom?Salah.Yunani Greek?Salah.

Srikandi bagitau.Yang bina Petra ialah satu suku Arab Purba yang sudah pupus hari ini iaitu kaum Nabatean atau Al-Anbat dalam Bahasa Arab.Bahasa mereka adalah campuran Aramaik dan Arab.Aramaik dan Arab ni bahasanya macam Melayu dengan Mendeleng lah…satu rumpun dan serasi antara satu sama lain.Maknanya orang Aramaik ni boleh faham kehendak orang yang berbahasa Arab.Macam Srikandi…Srikandi boleh faham apa yang nak dimaksudkan oleh embah Jawa kat kampung sebab perkataan-perkataan Jawa dan lenggoknya serumpun dengan bahasa Melayu.

Jom,ikut Srikandi!

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us