[Mukaddimah]
Ini adalah jawapan kepada artikel yang lalu. Di manakah ‘pangkalan tentera’ Amerika yang paling dekat dengan Malaysia?
Jawapannya di sini.
ADA SESUATU DI SANA. YANG KITA TIDAK TAHU.
Berwaspada!
[Mukaddimah]
Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) pada asasnya adalah projek yang akan membuahkan banyak manfaat kepada rakyat Malaysia. Bayangkan masa perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat semenanjung dapat dikurangkan dan pengangkutan atau logistik dari kedua-dua zon menjadi lebih mudah.
Kos akan dapat dikurangkan, masa dapat dijimatkan dan ini akan mencambahkan ekonomi dan membiakkan perniagaan.
Namun, kita tahu bahawa projek ini ‘dibayangi’ oleh China sebagai pembiaya dan pemaju utamanya. Menurut lamanweb NajibRazak.com, Malaysia menerima terma pembayaran menarik di mana 85 peratus projek ini akan dibiayai soft loan 3.25 peratus daripada China Exim Bank, dan baki 15 peratus dibiayai program sukuk diuruskan oleh bank-bank pelaburan tempatan.
Isu ini telahpun dimanipulasi oleh pihak pembangkang terutamanya.
Namun, kita tidak tahu satu lagi perkara – tekanan ke atas Singapura. ECRL seolah-olah ‘hukuman’ bagi Pelabuhan Singapura dan Singapura.
APAKAH DENDAM CHINA KE ATAS SINGAPURA ITU?
[Mukaddimah]
Senibina tanpa paku dan hanya menggunakan tanggam adalah kemahiran senibina yang biasa kita dengar dalam sejarah senibina orang Melayu termasuk pembuatan kapal dan perahu.
Apakah rahsia tanggam dalam senibina Melayu yang dapat dikaitkan dengan binaan-binaan hebat di seluruh dunia? Apakah yang mampu ia tampilkan?
Srikandi menulis…
[Mukaddimah]
Baru-baru ini, terdapat seorang agamawan tersohor menyatakan bahawa Imam Syafie membenarkan seorang bapa yang berzina berkahwin dengan anak zinanya. Soalannya, benarkah Imam Syafie BENAR-BENAR BERKATA DEMIKIAN secara jelas dan sah? Ini persoalan yang amat berat melibatkan nama seorang imam mazhab fekah Islam yang diiktiraf dan diterima pandangannya dalam usul fiqh Islam.
Perlu ada bukti, asal dan sumbernya. Malangnya sehingga ke hari ini TIADA BUKTI yang menunjukkan Imam Syafie berkata demikian walhal golongan agamawan yang menggelar diri mereka proTAJDID ini selalu mengutamakan matan, asal dan sumber sahih dalam sesuatu perkara malah mereka ini rata-rata belajar hadis malah ada di antara mereka memiliki PhD dalam bidang hadis dan amat teliti dalam mengesan hadis sahih atau tidak melalui para periwayatnya.
[Mukaddimah]
Walau apapun sumbangan dan kebijaksanaan beliau kepada masyarakat dan negara, namun untuk kes yang ini adalah tidak perlu dan tidak sepatutnya. Belum terlambat untuk membetulkannya. Benda-benda begini sepatutnya hanya mainan dek kejahilan dan tidak tahu di zaman kanak-kanak yang harus dilupakan dan padamkan.
Kredibiliti tidak sepatutnya dimusnahkan sendiri dalam waktu yang singkat seperti ini, dan perkara yang remeh-temeh seperti ini.
[Mukaddimah]
Persoalan yang amat jelas, Iran tidak pernah cuba menembak ke arah Israel. Tidak pernah sistem pertahanan Israel mengisytiharkan bahawa mereka telah memintas peluru berpandu Iran. Propaganda Iran memomokkan kepada kita bahawa mereka membantu Palestin dari segi bantuan makanan, namun semua ini hanyalah wayang seperti memberi biskut kepada seseorang supaya kekal hidup di dalam penjara namun tidak membebaskannya, padahal Iran adalah kuasa nuklear dan ketenteraan yang dasyat jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Barat yang lain.
Jika anda perhatikan baik-baik, di sekitar Yaman dan Teluk Parsi, kedudukan Iran dan negara-negara Teluk serta krisis terbaru Qatar, juga kedatangan Trump, anda akan nampak benang-benang merah antara Amerika, Israel dan Iran.
[Mukaddimah]
Pada 27 Julai lepas, satu peluru berpandu telah dipintas oleh pakatan tentera Arab di mana militan Houthi mengaku bertanggungjawab.
Apakah yang terjadi jika peluru berpandu itu tidak dipintas?
Puluru berpandu itu pula dibekalkan oleh Iran.
Arab Saudi pula amat rapat dengan Amerika Syarikat. Negara Syaitan Besar ini pula umum adalah pelindung kepada Israel.
Gameplan kali ini amat kompleks.
[Mukaddimah]
Mengapakah negara-negara Teluk yang kayaraya itu tidak mahu berhenti sebentar dari bergocoh sesama sendiri untuk memerhatikan kanak-kanak, perempuan yang lemah atau orang tua yang tidak berdaya itu di Palestin, saudara seagama dan sebangsa mereka yang sekali lagi ditindas oleh rejim Israel baru-baru ini?
[Mukaddimah]
Trauma akibat pencabulan sejak kecil yang masih berbekas dan ditambah dengan isu halatuju muzik terkini pilihan sendiri yang tidak selari dengan kehendak sesetengah peminat memberikan sesuatu yang ‘heavy’ namun bernada melankolik kepada pengalaman Chester Bennington (CB) pada hari-hari terakhirnya.
Lagu itu sendiri malah seluruh albumnya seakan-akan ‘nota selamat tinggal’ kepada para peminatnya.