Hidup Di Dunia Fana : Jika Tuhan Menjadikan Ia Terlalu Subjektif

matrixthirteenth-floor

kredit: theghostdiaries.com

 

 

Bagaimana, jika Tuhan menjadikan hidup ini terlampau subjektif. Anda masuk agama-Nya atau tidak, di dalam dunia anda boleh meneruskan hidup sebagai manusia biasa. Anda menyembah Dia atau tidak, anda masih boleh makan dan minum seperti manusia-manusia yang lain.

Anda percaya kepada Dia atau tidak, jika anda berusaha anda akan kaya dan hidup selesa. Tuhan tidak berminat untuk menyeksa anda di dunia ini. Dia tidak akan cepat memberi anda hukuman supaya menarik anda menyembah Dia walaupun tujuanNya menciptakan anda adalah untuk beribadah kepadaNya – untuk menyembahnya.

 

“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepadaku”

(Surah adz-Dzaariyaat ayat 56, AlQuran)

 

 

 

Apa akan jadi jika hidup ini terlalu subjektif. Perintah-perintah agama dan larangan-larangan agama sesiapa boleh mengambilnya atau tidak mengambilnya. Namun Tuhan sudah berpesan, jika manusia melakukan dosa, maka dia akan diseksa. Jika dia mengumpulkan pahala, maka dia dibalas syurga. Tetapi anehnya Dia tidak terlalu memaksa manusia di dunia ini. Dia membiarkan sahaja.

Orang-orang kafir hidup subur dengan riang gembira. Orang-orang beriman juga boleh hidup subur dengan riang gembira jika mengikut hukum alam yang ditetapkan Tuhan. Siapa berusaha dia akan mendapatkan hasilnya. Maka berebutlah manusia kafir dan beriman mengambil apa sahaja di dunia ini untuk hidup. Untuk makan dan minum. Untuk tertawa gembira.

Apa akan jadi jika hidup ini terlalu subjektif. Hukum di dalam AlQuran boleh diambil manusia atau dibuang manusia, Tuhan tidak peduli. Namun di Hari Pembalasan, Tuhan akan berkira tentang itu. Orang yang membuang hukumNya, Tuhan hanya membiarkan sahaja dia gemuk dan bahagia. Orang yang mengambil hukumNya juga Tuhan hanya memerhatikan sahaja. Dosa pahala sudah pasti. Tuhan Maha Menghitung.

Dalam hidup yang terlampau subjektif, orang beriman jika mahu berjaya mesti ikut hukum alam. Jika mereka menentang hukum alam, mereka akan ketinggalan dari orang kafir. Tuhan tidak menurunkan bantuan atau keistimewaan dek kerana mereka orang beriman. Sunnatullah dan sebab-akibat kekal berjalan. Jika berdoa, doanya akan disimpan di akhirat nanti. Orang kafir atau beriman sama sahaja.

Beza orang kafir dan beriman HANYALAH KETIKA DI HARI PEMBALASAN.

Adakah ini adil?

Adakah ini adil?

Adakah ini adil kepada orang-orang kafir? Tuhan hanya membiarkan mereka melakukan apa saja tanpa menghukum mereka di dunia untuk menyedarkan mereka? Di akhirat nanti, pasti mereka akan merasa ‘tertipu’ dengan diri mereka dan sistem Tuhan yang terlampau subjektif ini. Tuhan, mengapa Engkau tidak hukum kami semasa di dunia?

Kami tidak tahu. Ini bukan salah kami. Kami tidak beriman dan hidup kami makin bahagia makin bahagia. Kami lihat orang beriman makin lama semakin susah dan hina. Mengapa Engkau tidak seksa kami, susahkan kami atau dera kami ketika kami berkafir kepadaMu? Mengapa Engkau tidak jadikan siapa yang beriman akan bahagia di dunia dan yang kafir terus menderita dan sengsara?

Ingat! Dalam hidup yang terlalu subjektif, kamu berkafir atau beriman itu tidak penting. Iman itu tiba-tiba akan menjadi sangat berharga ketika di Hari Pembalasan itu. Di dunia, kamu semua akan hidup secara saksama; beriman atau kafir, siapa berusaha dia akan berjaya. Siapa menentang hukum alam, dia akan sengsara.

Bayangkan jika Tuhan menjadikan hidup ini terlampau subjektif. Siapa yang tidak beriman akan menderita rasa seolah-olah tertipu semasa di dunia di mana kekal hidup bahagia semasa berkafir tanpa ada sesuatu yang menyedarkannya sesaat tentang iman dan Tuhan. Bayangkan jika Tuhan tidak pedulikan kita. Kita berkafir sampai mati dan mendapat balasan sesuai dengan kekafiran kita. Semuanya bergantung pada nasib dan diri sendiri.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

One thought on “Hidup Di Dunia Fana : Jika Tuhan Menjadikan Ia Terlalu Subjektif

  1. bakkwann

    salam semuanya. hidup di dunia adalah kehidupan ujikaji. kita yang sedang hidup ni sedang dalam ujikaji sang pencipta. ujikaji ini akan berakhir setelah mati. semoga kita semua termasuk di dalam team orang-orang yang lulus ujikaji ini. in sha Allah. ;-)

Leave a Reply