The Possessor of Black Mengkong

blackmekg

 

 

Pada 20 Mei 1876, salah seorang perwira yang terlibat dalam pembunuhan J.W.W Birch dari suku Semai bernama Si Putum, telah digantung sampai mati di Bandar Baru, Perak. Namun sebenarnya dalam rekod, terdapat 3 lagi perwira dari kalangan Orang Semai yang menjadi pengikut panglima-panglima Melayu dalam kes pembunuhan Residen British tersebut. Sekurang-kurangnya dua pejuang itu terlepas dari tangkapan askar-askar British dan menghilang entah ke mana.

Dalam catatan J.G. Davidson, beliau menghadapi ‘tekanan’ dalam memburu salah seorang yang terlibat dalam pembunuhan Birch itu dan menyatakan orang tersebut memiliki ‘black magic’ yang membolehkan ia sukar dikesan oleh askar-askar Sepoi. Ini menyebabkan beliau hidup dalam ketakutan dan meletakkan jawatan selepas hanya setahun menjadi Residen di Perak.

Sebenarnya…

di antara Disember 1874 hingga September 1875, J.W.W Birch telah menyusuri Sungai Perak untuk mengkaji keadaan budaya, politik dan demografi negeri Perak. Swettenham telah mencatatkan, bahawa ada beberapa ‘raja’ di beberapa tempat di tebing Sungai Perak cuba menghalang perjalanan mereka dan menggugut untuk membunuh mereka dengan sumpitan dan lembing. Salah seorang dari mereka, yang digelar sebagai ‘Mengkong Rajah’ memiliki istinggar dan mengacukan kepada Birch sehingga bot mereka berlalu dari perkampungan mereka.

Mac 1891, Swettenham telah menemui seorang yang wanita bergelar Mangku di Hulu Perak, yang mewarisi gelaran itu dari suaminya yang telah meninggal dunia. Mangku itu dihormati oleh seluruh puak Orang Temiar di situ dan oleh kerana sikap baik Residen British itu, kononnya Mangku tersebut menunjukkan jalan ke satu ‘kota yang hilang’.

Sebelum itu, dalam Julai 1883, dalam perjalanan Hugh Low untuk bertemu ketua-ketua Melayu di Lembah Kinta dan Hulu Perak, Residen British itu telah mendengar tentang seseorang yang memiliki kuasa ajaib yang menjadi ‘Mengkong/Mangku Rajah’ di Chegar Galah. Hugh Low mengesyaki sesuatu apabila nama ‘Mangku Rajah’ itu bernama Mesah, nama yang sama dimiliki oleh individu yang terlepas dari buruan British ketika Perang Perak yang lalu. Low mencatatkan Mangku itu sebagai,

 

 

 

 

‘The Black Mengkong’

 

 

 

 

 

 

 

Ada sesuatu di sana….

yang hilang dalam lipatan sejarah Negeri Perak…

dan negeri-negeri Melayu yang lain…

tentang kisah lelaki yang mengamalkan ilmu hitam

dan diangkat menjadi raja di kalangan masyarakat Orang Darat.

 

Sejarah para Mengkong, Mangku dan Panglima Sakai…

 

Riwayat yang tidak tercatat di dalam Cempakasari Negeri Perak,

Misa Melayu atau Salasilah Orang-orang Kaya….

 

Sejarah yang tidak akan ditemui di Papers on Malay Subjects, The Real Malay, Malay Magic, The Golden Chersonese and the Way Thither atau jurnal-jurnal di era kolonial seperti di dalam Journal of The Royal Asiatic Society…

 

Misteri demi misteri…

Persoalan demi persoalan…

 

 

Apakah rahsia Panca Persada?

Siapakah Mengkong yang menjadi hulubalang Jayavarman II?

Siapakah sebenarnya Si Mesah?

Siapakah yang sebenarnya membunuh J.W.W Birch?

Siapakah hulubalang terhandal Raja Reman?

Siapakah Mengkong Deleha dan Panglima Bekok?

Siapakah Raja Sakai Tepok?

Siapakah Tok Batin yang melantik Hang Tuah sebagai Mangku dan mengahwinkan anaknya dengan pahlawan Melaka itu?

Siapakah Seri Adika Raja?

Siapakah yang mewarisi keturunan Mengkong yang sebenar?

Mengapa British mencari ‘The Black Mengkong’?

Siapakah yang memiliki ‘The Black Mengkong’?

 

 

 

 

Semua misteri ini akan terjawab di dalam siri yang mendebarkan ini…

Selamat Datang ke Dunia Mengkong, siapa yang memegang rahsia akan menjadi penjaga kepada sesuatu yang dasyat!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“The Possessor of Black Mengkong”

 

 

 

 

 

 

blckmgkgfinal

 

Lanjut! Perduang di langit
Ketunggalan Dara Tudong Pelangi,
Nenek Labuh balar saribu, bertapong tujoh
Ako la raja Mindok yang asal,
Saribu impat puloh jisim gentayangan

 

 

 

 

 

 

Menampilkan:

 

1) The Secret of Panca Persada

2) The Tomb of Beruas Kings

3) The Mengkong Kings & Emperors

4) The Panglima Sakai

5) The Ancient Rites of Black Mengkong

 

 

=======================

Cara untuk akses MistisFiles
>> KLIK: Black Mengkong

=======================

 

 

 

3 thoughts on “The Possessor of Black Mengkong

  1. suhailysalehhuddin

    =======================

    Cara untuk akses MistisFiles
    >> KLIK: Black Mengkong

    =======================

    KNAPE BILE SY KLIK : Black Mengkong die terus ke pautan langgan mistisfiles?

    1. jigsmaster Post author

      Itu adalah teaser sahaja. Artikel-artikel dalam siri itu ada diterbitkan selepas itu. Sila skrol lagi. Pasti ada dalam timbunan perpustakaan MistisFiles itu.

Leave a Reply