ATBM XXX : “The Pool of Gold Bars”

1561576_1409326226253

 

 

Dalam catatan dari pengembara dan pedagang yang bernama Sulaiman pada tahun 851 Masehi, kemudiannya dikomentar oleh Abu Zaid Hassan pada tahun 916 Masehi ada menyebutkan bahawa emperor Srivijaya amat kaya dengan emas dan setiap hari membuang JONGKONG EMAS ke dalam kolam di depan istananya. Pengembara Arab itu menyebutkan dengan jelas bentuk ‘jongkong’ itu dengan menjelaskan bentuknya seperti batu-bata.

 

“…setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja, para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan”.

 

Kemudian, Mas’udi yang menulis dalam tahun 943 Masehi dalam kitabnya bernama “Muruj al-Dhahab wa Ma’adin al-Jawhar”  telah menyatakan :

 

“…di sekitar Kalah (Kedah) dan Sribuza (Srivijaya) terdapat lombong-lombong emas dan perak, ikut jalan laut, Kalah terletak lebih sedikit dari setengah perjalanan antara Negara Arab dan Negara China. Hari ini Kalah menjadi tempat tumpuan saudagar-saudagar Islam dari Siraf dan Oman. Dari sini mereka menaiki kapal China untuk pergi ke Negeri China. Laut Kalah cetek dan sukar dipelayari serta banyak pula pulau-pulau kecil dan selat-selatnya.”

 

Sekarang kita sudah tahu lokasi salah sebuah lombong emas Maharaja Zabag.

Namun nanti dahulu,

Persoalannya, mengapa hanya loji-loji pemprosesan besi sahaja dijumpai di tapak arkeologi Sungai Batu?

Di MANAKAH LOMBONG EMAS DAN PERAK KEDAH TUA?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXX

 

 

 

poolgoldbarscover

 

I have sent to you a gift, which is not much of a gift but a greetings and I wish that you may send to me someone who might teach me Islam and instruct me in its Laws

-King of Zabag, in his letter to Umar ibn Abd al-Aziz of Umayyad Caliphate

 

 

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

7 thoughts on “ATBM XXX : “The Pool of Gold Bars”

  1. amizan.akhir@tnb.com.my

    patot dlu majalah tiga ada tnjuk org kelantan mencari emas di tepi pantai, yg masa depa jumpa serbuk emas tu kan. dah byk tahun rasanya tp xingat tahun bila.

  2. sepurba

    apa beza Siam dan Thai minta terangkan, saya selalu sangka org Siam adalah Melayu Siam, org Thai/Tai yg datang tawan kedah. Apa betul fahaman saya?

    1. jigsmaster Post author

      Siam asalnya adalah nama tempat, yakni di tengah Indochina. Thai adalah nama kaum dalam rumpun Tai, asalnya dari selatan China.

Leave a Reply