[Mukaddimah]
Donald Trump pernah mengatakan bahawa sempadan Mexico-Texas hanya menghadiahkan kepada Amerika para penjenayah, penagih dadah, perompak, perogol dan orang-orang yang tidak berpelajaran. Apakah polisi Trump bagi menangani imigran-imigran ini? Trump juga amat sensitif dengan populasi muslim di Amerika dan mahu semua muslim direkodkan dalam satu pangkalan data bagi memantau pergerakan mereka. Ada sesuatu dengan polisi imigrasi Trump. Kita akan mengkaji dengan mendalam.