Masa-masa di mana ‘Malayan Union’ kedua semakin hampir. Lima tahun ini menentukan ke mana arah orang Melayu di tangan pemerintahan Tun M yang kedua ini. Adakah Tun M benar-benar dapat ‘membetulkan’ kesilapannya semasa menjadi perdana menteri keempat dahulu, atau, kepulangannya ke tampuk pemerintahan semakin memburukkan keadaan dan menjahanamkan masadepan survival orang Melayu di tanahairnya sendiri?
Partinya – Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah parti paling kerdil dalam Pakatan Harapan dan boleh hidup pun pun semata-mata pengaruh dan aura Tun M yang dikultuskan sebahagian orang Melayu. Ini adalah situasi yang amat bahaya dan pada masa yang sama, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu masih kukuh dan meredah badai di kala ‘kawan-kawannya’ pergi meninggalkannya keseorangan – di mana ia berpotensi menjadi tempat berkumpulnya umat Melayu untuk mengadu untung nasib jikalau Tun M tidak lagi memegang kuasa atas faktor kesihatan dan sebagainya, yang akan menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia hilang taring dan mungkin akan dibuli dan dibakulsampahkan oleh DAP yang menjadi kuasa de facto dalam kerajaan Pakatan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih dilihat tidak mampu malah tidak jelas membawa agenda Melayu, Umat Islam & Bumiputra.
Masa makin berdetik dan umur semakin meningkat…
Penjelmaan Semula
“…Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…”
-Dato Onn Jaafar, Ogos 1951
Hakikatnya, memang PPBM wujud sebab Tun M. Habis Tun M habislah PPBM kecuali ada satu keajaiban berlaku. Pemangsa sebenar yang akan memakan PPBM kelak setelah ketiadaan Tun M bukanlah Parti Kebangsaan Melayu Bersatu tetapi bekas musuh ketat Tun M sendiri yakni DAP. Sebabnya DAP sudah jadi kerajaan sekarang. Parti chauvinis ini sudah cukup kuasa untuk melanggar PKR dan PPBM dengan sokongan hambanya yakni Amanah. Ini adalah contoh klasik yang kerap kita baca dalam hikayat-hikayat Melayu lama bagaimana kesilapan orang-orang terdahulu beroperasi dalam corak yang hampir sama.
Assalamualaikum admin boleh beri contoh dari hikayat Melayu mana yang menunjukkan perkara sama pernah berlaku? Mungkin ada artikel
Assalamualaikum
Merujuk kepada artikel di atas, penulis ada menyatakan apa yang berlaku adalah contoh klasik seperti yg berlaku dalam hikayat2 melayu. Saya harap dapat diberikan pencerahan tentang kenyataan ini, dan diberikan maklumat dalam hikayat mana atau artikel berkaitan perkara yg dinyatakan untuk saya baca, kaji dan fahami