The HeavenGate Season II

Selamat Datang ke The Sovereignity of HeavenGate.Keinginan untuk mengetahui rahsia dari Heavenlore.Kunci-kunci untuk membuka pintu langit.Adakah benar ‘sky is limit’?

Kami akan memberitahu anda rahsianya.Itu pun jika anda bersedia untuk menerima akibatnya.Jika tidak,jangan sesekali cuba untuk menyentuh pemegang pintu The HeavenGate.Seseorang itu hanya boleh menyentuhnya sekiranya dia memiliki ilmu secukupnya.Tanpa ilmu,PENGETAHUAN SAHAJA TIDAK CUKUP.Dengan ilmu,baru timbul RASA PERCAYA.Dan itulah IMAN.Dengan IMAN,anda tidak perlukan lagi pengetahuan ini.Kerana ada orang yang masih tenggelam dalam kekeliruan walaupun diberi pengetahuan.Kerana ada orang yang masih terus bermimpi walaupun kenyang dengan segala pengetahuan.

Selama ini anda dilahirkan di dalam Islam disebabkan ibu-bapa anda sudah sedia Islam.Bagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani atau Pagan yang menyembah berpuluh-puluh dewa-dewi itu boleh melihat sinar dalam Islam?

Persoalan ini sama seperti rahsia alam ini,bagaimana ahli-ahli sains mencari kebenaran Tuhan Semesta Alam dengan berpandukan tanda-tanda kebesarannya.

Inilah dia.Rahsia untuk masuk mengintai ke dalam HeavenGate.

Kami akan mulakan siri The Sacred Geometry ini dengan tiga bab pengenalan:

 

 

‘Stairway to Heaven’

-Siapakah yang tahu rahsia StarGate?
-Asal-usul Kepercayaan StarGate
-Siapa Annunaki?
-Portal para Dewa
-Ancient Astronauts
-Teknologi StarGate
-Starwars dan Tamadun Para Jin

 

 

 

‘The Stargate’

-Nabi Yusof dan mimpi StarGate
-Tempat menyimpan rahsia di dalam Piramid
-Petunjuk StarGate dalam mimpi kedua Nabi Yusof
-Rahsia StarGate
-Kalimah Lailahaillallah yang menembusi StarGate
-Penjuru-penjuru Langit

 

 

 

‘The Gatekeepers’

-Penjuru-penjuru langit
-Para penjaga pintu langit
-Salam penjaga langit buat Nabi Muhammad
-Syaitan yang terkena panahan laser dari ‘The Guardian’
-Allah,The Lord of The Gates
-Password rahsia untuk membuka HeavenGate
-Isra’ dan Mi’raj merentasi StarGate
-Dari StarGate ke HeavenGate

Sebelum kita masuk ke pengajian The Sacred Geometry ….

Anda akan melalui tiga pintu ini dahulu.

Adakah anda telah bersedia?

WELCOME TO THE HEAVENGATE

Intro-The HeavenGate: The Gate of Yehova II

Over 33rd Degrees Syllabus

To : All Grand Wizard and Top Ranking Shriners
From : The Keeper of Houses of Heavenlore
Date : 30 December 2013
Subject : Meeting of ‘Heavengate’

The meeting will be held as follows:

Date : 5 January 2014
Time : 3.00 a.m.
Place : Imperial Chamber

The Agenda of the meeting is as follows:

1. Lodgekeeper address
2. The structure of the syllabus
3. Coronation
4. Other items to be discussed and decide
5. Distribute task
6. Motions relating to the above
7. Date of next meeting
8. Others matter
9. Close

Silibus terbaru Pengajian The HeavenGate telah keluar tahun ini.Silibus ini memaparkan sebahagian ‘unfinished pyramid’ yang menunggu untuk disempurnakan.Apabila siap kelak,segala konspirasi akan menjadi ‘the reality nightmare’.

ADAKAH ANDA TAHU ‘PUNCAK’ PIRAMID YANG TIDAK SIAP ITU?

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Laporan Khas Tamadun Lembah Bujang

Pada awal Disember lalu,saya dan sekumpulan pengkaji dari kelab sejarah saya,punk_historian telah berkesempatan melawan kawasan arkeologi Lembah Bujang.Apabila sampai di kawasan tapak arkeologi,saya dapati standard pengkajian seperti sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.Saya biasa melihat bagaimana cara para pengkaji Barat mengkaji sesuatu tapak dengan standard yang tinggi dan membuat ‘cross-reference’ secara terperinci.

Acapkali deduksi yang saya lihat dari laporan arkeologi Lembah Bujang ialah mengaitkan ia dengan tempat ibadat atau keagamaan.Para pengkaji jarang malah tidak membuat kajian khusus tentang perdagangan,ekonomi dan pemerintahan di Lembah Bujang.Siapa yang membina Lembah Bujang?Takkanlah para pendeta pula yang membina Lembah Bujang.Tahukah anda,bahawa layout tapak arkeologi Lembah Bujang adalah menunjukkan pelan sebuah bandar!Terdapat lebih 50 buah bangunan yang diperbuat dari batu-bata dan kesemuanya digazetkan oleh pengkaji kita sebagai candi.Ini kesilapan besar.Untuk apa candi dibina banyak-banyak?

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Last King Solomon’s Mines Part II

 

Mendekodkan apa yang diceritakan di dalam Sulalatus Salatin adalah penting.Petunjuk-petunjuk mesti ditapis sebaik mungkin menggunakan ‘cross-reference’ dan deduksi data-data serta kemahiran menyusun peristiwa.Kepakaran dari segi penafsiran bahasa dan budaya juga perlu.Kita teruskan pencarian kita

 

 

 

 

The Last King Solomon’s Mines
Part II

 

 

 

 

 

 

Artikel khas ini dibawakan oleh MistisFiles dan Mistis Organization.Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kesan negatif dari pembacaan artikelini.Gunakan kebijaksanaan anda untuk menggunakan maklumat.



You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Artikel khas: The Last King Solomon’s Mines Part 1



Sejarah Malay city-states (negarakota Melayu) sangat mengasyikkan.Menghayati riwayatnya bagaikan terbang ke alam negeri Antah Berantah dan pengembaraan Awang Selampit.Putera-puteri raja…kota-kota yang disaliri air sungai dan taman-taman serta emas dan perbendaharaan permata yang banyak…sering kita baca dalam hikayat-hikayat dongeng di sekolah namun hakikatnya semua itu dicatat oleh para pengembara Arab,Parsi dan catatan imperial China.

Saya akan cuba membawa anda memahami sejarah negarakota-negarakota Melayu ini ataupun negeri-negeri Melayu Purba dengan membawa anda menyelami salah satu negarakota Melayu,malah yang istimewanya,negarakota ini adalah ‘the lost civilization’ paling mendebarkan dewasa ini.

Saya akan bawa anda ke hutan rimba paling kejam di semenanjung Malaysia.Saya akan carikan di mana bunga serai dan lalang berdiri bagaikan gerbang istana.Saya akan bukakan ‘portal’ nya.Mari,ikut langkah kaki Srikandi untuk mencari…

 

 

 

 

 

The Last King Solomon‘s Mines

Part I

 

 

 Artikel khas ini dibawakan oleh MistisFiles dan Mistis Organization.Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kesan negatif dari pembacaan artikel ini.Gunakan kebijaksanaan anda untuk menggunakan maklumat.
 



 

 

 

Sejarah bangsa Melayu harus dinilai dari perspektif yang luas,bukan sempit dan jumud.Ramai melihat orang Melayu dan sejarahnya melalui pelbagai medium sempit yang tidak sepatutnya,seperti melihatnya melalui perspektif politik dan perkauman.Ramai orang menganggap bangsa Melayu adalah berasal dari Yunnan di China ataupun dari Borneo atau dari percampuran pelbagai kaum,ini semua adalah pendapat yang tidak didasari dengan nilai akademik yang sepatutnya.

Seperti juga dalam melihat isu Kota Gelanggi,ramai yang mempolitikkan isu ini sehingga rahsia yang terpendam hilang begitu sahaja.Ini yang menghairankan penulis (Srikandi) apabila sejarah negara kita dikendalikan oleh mereka yang buta sejarah dan bertindak seperti badut sarkas.


Kota Gelanggi disebut dalam satu sumber iaitu Sulalatus Salatin yang disusun oleh Tun Seri Lanang (TSL) ketika era Empayar Johor-Riau selepas kejatuhan Melaka.Saya petik dalam edisi Shallebear:

Setelah berapa lamanya dijalan, datanglah kepada negeri Ganggayu.Shahadan dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, datang sekarang lagi ada kotanya itu di hulu Sungai Johor. Ada pun asal namanya Klang Kio, iaitu bahasa Siam,ertinya perbendaharaan permata; oleh kita tiada tahu menyebut dia, jadi Ganggayu. Adapun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya.(W.G.Shellabear:1975:10)
 
Dari sini kita boleh simpulkan beberapa perkara:

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

SJJS: Acropolis,Athens

 

Kita akan bergerak ke Athens di Greek.Dalam hikayat-hikayat Melayu,Greek (Greece) dipanggil sebagai Yunani,berasal dari kata ‘Ionia’ iaitu satu wilayah Greek Kuno yang kini terletak di dalam Turki.Bangsa Greek antara yang terawal menubuhkan konsep negarakota (city-states) dan dari konsep ini wujudnya apa yang dinamakan struktur politik yang menjurus kepada republik dan demokrasi.

Okay,Srikandi akan bawa anda semua ke bekas runtuhan di atas bukit.Ia dinamakan Acropolis.Acropolis secara istilah ialah penempatan yang dikelilingi tembok tinggi dan biasanya terletak di atas bukit.Acropolis terletak di Anthens,iaitu salah satu negarakota Greek yang terkenal.Acropolis terletak di atas sebuah bukit dan dilindungi tembok tinggi (citadel).

Apakah Acropolis sebenarnya?Mari ikut Srikandi.


Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 m,dan ada beberapa runtuhan bangunan purba yang merupakan kuil-kuil Greek.Acropolis mula dibina pada 1300 tahun Sebelum Masehi.Acropolis sempat menikmati zaman kegemilangannya sehingga Empayar Achaemenid Parsi menghancurkannya pada tahun 480 SM. Setahun kemudian tentara Greek mengalahkan Parsi dan membina semula kuil-kuil itu.Antara tahun 467 sehingga 404 SM, bangunan tersebut selesai dibina.

Acropolis terdiri daripada bangunan-bangunan yang kebanyakannya ialah kuil-kuil penyembahan kepada dewa-dewi Greek.Yang paling terkenal adalah Parthenon.Srikandi ‘highlight’kan beberapa darinya:

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

SJJS: Persepolis,Iran

Bangun!!!!!!

Sekarang Srikandi nak bawa anda semua ke sebuah peninggalan kota sebuah empayar yang agung yang pernah tegak dalam sejarah dunia.

Empayar Parsi Achaemenid.

Empayar Achaemenid diasaskan oleh Cyrus The Great pada abad ke-6 Sebelum Masehi.Cyrus The Great telah menakluk 3 empayar sebelum menggabungkannya ke dalam empayarnya sendiri iaitu Empayar Media (Madyan),Empayar Lydia dan Empayar Neo-Babylonian (Babilon Baru).

Okay …jom kita ke sana.Destinasi kita ialah Iran dalam wilayah Fars.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

SJJS:Petra,Jordan

 

Petra adalah sebuah tapak arkeologi dan sebuah bandar kuno yang terletak di Ma’an,selatan Jordan.Ok…abang-abang,akak-akak,adik-adik…siapa yang bina dan menduduki Petra semasa era kegemilangannya?

Orang Rom?Salah.Yunani Greek?Salah.

Srikandi bagitau.Yang bina Petra ialah satu suku Arab Purba yang sudah pupus hari ini iaitu kaum Nabatean atau Al-Anbat dalam Bahasa Arab.Bahasa mereka adalah campuran Aramaik dan Arab.Aramaik dan Arab ni bahasanya macam Melayu dengan Mendeleng lah…satu rumpun dan serasi antara satu sama lain.Maknanya orang Aramaik ni boleh faham kehendak orang yang berbahasa Arab.Macam Srikandi…Srikandi boleh faham apa yang nak dimaksudkan oleh embah Jawa kat kampung sebab perkataan-perkataan Jawa dan lenggoknya serumpun dengan bahasa Melayu.

Jom,ikut Srikandi!

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

SJJS:Berkumpul di Muzium Negara

Salam semua!

Sebelum kita mengembara ke serata dunia,saya ingin bertanya kepada anda semua apakah kepentingan tempat-tempat bersejarah?

Kepentingan tempat-tempat bersejarah ialah sebagai salah satu bentuk pelajaran bagi generasi yang terkemudian supaya menghayati apa yang terjadi pada masa silam.Sebab itu dalam AlQuran,Allah swt ada berfirman bahawa Dia mengekalkan mayat Firaun supaya dapat menjadi pelajaran bagi kita umat sekarang.Izinkan Srikandi memetik mafhum ayat AlQuran yang mulia ini iaitu dalam Surah Yunus ayat ke 92:



“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”

Nah!Sekarang bila kita melawati tempat-tempat bersejarah,kita kenalah mengambil pelajaran dari sejarah tempat tersebut dan latarbelakangnya,bagaimana kehidupan orang-orang dahulu…apa yang positif…apa yang negatif,dari situ fikiran kita akan bergerak disamping emosi dan fizikal kita menjadi sihat kerana kita sebenarnya sedang beriadah.Takdelah terperangkap dengan kerja…kerja…kerja.Hei..tuan-tuan dan puan-puan semua…kita bukan jadi hamba kerja tau!Kita ada hak untuk pergi melancong dan jalan-jalan.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Siri Jalan-jalan Sejarah Bersama Srikandi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat sejarah dan pembaca.Saya Srikandi,rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi akan memperkenalkan anda semua kepada siri baru di MistisFiles sementara menanti siri-siri artikel dari para penyumbang di MistisFiles.

Sementara ini MistisFiles masih dalam musim siri The Matrix namun kelewatan penulisnya (M.O) untuk menghubungi saya membuatkan saya sebagai moderator MF bercadang untuk memulakan program kelolaan saya sendiri memandangkan siri ‘killer’ saya iaitu Alter Terahsia Bangsa Melayu telah pun menamatkan musimnya yang lalu.

Tidak lupa juga ucapan pembukaan ini saya tujukan kepada pembaca istimewa,iaitu para InnerCircle yang mendapat tempat istimewa dalam MistisFiles.

Jadi,sementara kita menunggu artikel Matrix,anda bolehlah ‘mengikut’ saya pusing satu dunia jalan-jalan ke tempat-tempat bersejarah sambil mendengar celoteh saya mengenai sejarah tempat tersebut dan kepentingan mempelajari sejarah.

Kita akan ke tempat-tempat bersejarah macam Persepolis di Iran,Tembok Besar China di China,Collosseum di Itali,Borobudur di Indonesia,Taj Mahal di India,Macchu Picchu di Peru dan banyak lagi.

Dalam slot-slot tertentu,kita akan ke ‘kuliah sejarah’ dan saya sebagai pensyarah anda akan bercerita tentang sejarah Melayu dan kita juga akan menyiasat banyak perkara.

Lepas tu kita akan jalan-jalan lagi dan begitulah seterusnya.Best tak?Mestilah best sebab saya akan memimpin tangan anda semua untuk mengembara ke seluruh dunia.Ada la life sikit…ini asyik kerja..kerja…kerja.Sesekali kita mesti luangkan masa untuk hidup kita melihat-lihat sejarah tempat orang lain dan mendapat pelajaran dari sejarah.

Ok,pastikan anda semua bersama saya tau!Apa yang perlu anda buat sekarang ialah berkemas-kemas,packing barang-barang,bawa khemah,lampu suluh,megi,biskut,topi,kasut lasak dan sebagainya.Kita nak jalan jauh ni.Kita nanti nak daki gunung,nak merentas sungai.Bawa baju sejuk tau.Duit takpayah bawak,semuanya tanggung free…saya belanja huhuhu

:D

Baiklah sekian mukaddimah merangkap taklimat dari saya sebagai guru lawatan sambil belajar kita ni.Jangan lupa minta kebenaran ibu-bapa bagi yang masih bujang dan tinggal dengan mak ayah tau. :)

~Srikandi
Guru lawatan sejarah