[Mukaddimah]
Konflik di Laut Champa adalah episod baru untuk membikin drama perang baru di rantau sebelah sini. Jika terjadi peperangan, maka ia adalah sesuatu yang amat menarik dan ‘popcorn‘ terbaru yang menghiburkan sementelah negara-negara di Asia Tenggara dicanang sebagai negara-negara yang memperjuangkan dasar berkecuali. Kini mereka tersepit antara dua kuasa besar; Amerika dan China. Amerika, yang sudah membina pangkalan tenteranya di Filipina sudah tentu tidak sabar menjadi broker senjata dan perang, manakala China mahu menguji pengaruh dan kuasa tenteranya di situ. Adakah negara-negara itu terus memegang prinsip berkecuali atau memihak kepada salah satu kuasa besar itu? Amerika pula memikirkan ini peluang terbaik untuk mencucuk jarum seterusnya…