Monthly Archives: September 2017

Pesta Arak Octoberfest : Sikap ‘Double Standard’ DAP & MCA Yang Amat Tipikal

 

[Mukaddimah]

 

Bagaimana kes RUU 355 yang merupakan hal perundangan yang HANYA BERKAIT dengan orang Islam boleh dikacau oleh bukan Islam mengikut pendapat DAP dan kuncu-kuncunya dengan alasan orang bukan Islam ‘berhak’ bersuara, namun dalam isu Pesta Arak Oktoberfest, orang Islam ditekan oleh DAP dan media-media anti Islam supaya JANGAN MENCAMPURI urusan dan hak ‘orang bukan Islam’?? Malah MCA juga tumpang sekaki membantah keputusan DBKL mengharamkan aksi pesta mabuk-mabuk ini. Adakah benar ‘legenda’ yang mengatakan bahawa DAP dan MCA ini adalah sebenarnya sama saja? Pengundi dominan bagi kedua-dua parti ini akan switching di antara dua-dua parti ini demi menjaga kepentingan mereka sahaja.

Hanya di Malaysia. Hanya di Bolehland.

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Tragedi Pusat Tahfiz Terbakar : Misteri & Apa Yang Terselindung

kredit: Berita Harian

 

 

[Mukaddimah]

 

Sejak tragedi sebuah pusat tahfiz terbakar pada pagi  14 September yang lalu, banyak spekulasi awal telah dilontarkan oleh orangramai, tidak terkecuali para selebriti, ahli akademik dan pemimpin politik.

Rakaman CCTV yang disebarkan kemudian juga menimbulkan banyak pandangan malah ada yang memfokuskan tentang kewujudan satu ‘lembaga’ di dalam salah satu rakaman tersebut.

Apa yang menariknya, ada pandangan yang menyuruh ditutup sahaja semua maahad tahfiz ini. Malah sebelum kejadian sebenar didedahkan oleh pihak polis, ada segelintir pihak terus menyalahkan atau cenderung mengaitkan secara negatif di sisi kewujudan semua pusat tahfiz ini, tidak terkecuali para selebriti, agamawan dan profesional. Ini membuatkan apabila punca sebenar kebakaran itu didedahkan oleh pihak polis kemudiannya, ramai di antara mereka itu telah menaikkan status permohonan maaf malah status penafian (disclaimer) kepada pendirian mereka sebelum pendedahan punca pusat tahfiz itu terbakar.

MistisFiles menyorot apa yang berlaku, yang tersembunyi dan tidak diperasan oleh ramai orang dalam tragedi yang menyayatkan hati ini.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Isu Thukul Cetak : ‘Crowdfunding’, Jualan Kilat atau ‘Kapitalis’ Yang Menggunakan Sentimen?

 

[Mukaddimah]

 

Pada 4 September yang lalu, Thukul Cetak – sebuah syarikat penerbitan buku tempatan telah menaikkan satu status di laman fanpage milik syarikat itu berhubung tunggakan bayaran oleh Thukul Cetak dari kilang cetakan berjumlah RM100,000.  Tunggakan itu jika tidak diselesaikan dalam masa satu bulan, pihak Thukul Cetak akan diheret ke mahkamah.

Maka pada 5 September, Thukul Cetak telah melancarkan satu ‘jualan kilat’ untuk menggalakkan orang ramai membeli buku-buku terbitan mereka dengan hanya satu pakej RM100 untuk 10 buah buku. Satu inisiatif copywriting telah dirangka di dalam kempen ini untuk tujuan galakan dan seruan bagi menyelamatkan syarikat tersebut.

Terdapat berbagai-bagai pandangan dari pelbagai pihak tentang isu ini. Dari isu kesuraman industri buku, kesilapan strategi perniagaan sehinggalah soal pendirian kiri atau kanannya Thukul Cetak dalam menentukan halatuju atau prinsip mereka. Namun walau apapun pro dan kontranya, akhirnya Thukul Cetak sendiri berjaya mengumpul dana yang disasarkan dari orang ramai dan selesai membayar wang tunggakan tersebut pada 13 September 2017, kira-kira 8 hari selepas kempen “#SelamatkanThukul” dilancarkan.

MistisFiles menyorot setiap pandangan ini. Pandangan dari segi menyokong dan mengkritik isu Thukul Cetak membuat apa yang dinamakan sebagai ‘jualan kilat’ oleh penerbit buku tersebut.

Nota: Setiap pandangan pro atau kontra orangramai dalam isu  ini bukanlah pandangan rasmi MistisFiles. Pihak MistisFiles hanya membuat analisis sahaja secara saksama.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Pendidikan Kepada Pelarian: Kita Tidak Dikecam, Hak Tempatan Dilindungi & Para Pelarian Dibantu Dengan Sistematik

pelarian2

 

[Mukaddimah]

 

Memang ada perbezaan di antara pelarian Syria, Bosnia dan Rohingya. Tahap pendidikan yang berbeza dicerminkan melalui sikap, pandangan hidup dan pemikiran setiap pelarian ini. Kita, sebagai humanis yang amat mengambil berat, perlu mengkaji latarbelakang setiap pelarian yang hendak kita terima. Mungkin sesuatu isu tidak berapa timbul dalam jumlah yang kecil, namun jika jumlah yang ramai? Contohnya kes Orang Hanyut Vietnam yang terlampau ramai menguasai Pulau Bidong menyebabkan ada kes nelayan tempatan dihalang untuk menangkap ikan di sekitar Pulau Bidong. Pelarian sudah menjadi tuan di tanahair sendiri.

Kita mesti memberikan pendidikan dan mengajar kepada mereka undang-undang kita, supaya kita boleh berkhidmat membantu mereka dengan lancar dan saling faham memahami di antara satu sama lain. Kegagalan mendidik mereka dan hanya berkokok sebagai juara pendekar papan kekunci hanya akan memburukkan keadaan dan silap haribulan pelarian ini pula sesukahati mencemuh kita kerana ‘menzalimi’ mereka.

PENDIDIKAN. AMAT PENTING UNTUK MENTAMADUNKAN MANUSIA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Bagaimana Kita Menjadi Humanis Di Samping Mampu Mengawal Kesan Negatif Dari Isu Imigran?

pelarian

[Mukaddimah]

 

Menjadi humanis di media sosial memang mudah kerana ia masuk dalam kategori ‘keyboard warrior’. Kesan dari imigrasi yang tak terkawal memang akan mengundang kesan-kesan negatif sebagaimana yang terjadi kepada Pulau Singapura, Khmer Krom di delta Mekong dan yang paling klasik ialah Palestin sendiri di mana imigran Yahudi telah merampas tanah, membunuh dan sebagainya.

Jadi realitinya, ada pro dan kontra dalam isu ini dan sebagai manusia yang boleh berfikir, kita mesti menjadi matang dan menimbangkan pelbagai faktor. Pendirian kita yang paling asas, para pelarian ini perlu dibantu, seperti dalam isu Rohingya yang dizalimi rejim Myanmar sejak dari dulu sampai sekarang meskipun kononnya sudah ditadbir oleh seorang ‘pemenang Hadiah Nobel’.

Bagaimana untuk kita menjadi humanis namun pada masa yang sama kita mampu mengawal dan seterusnya mengelak dari terkena dengan kesan-kesan negatif dari isu imigran ini? Supaya menjadi situasi menang-menang?

Salah satu caranya ialah dengan MENDIDIK PARA IMIGRAN DAN PELARIAN INI.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Pelarian Yang Akan Menjadi Tuan & Besar Kepala

migrants-938x580

 

[Mukaddimah]

 

Kadang-kadang simpati kita tidak diletakkan pada orang yang betul. Menjadi pelarian adalah amat menyeksakan – ya kita faham benar tentang itu. Namun mereka lari dari apa?

Menerima pelarian dan membela mereka adalah satu kebaikan. Namun, dari sudut sosial dan politik, ia akan memberi kesan jangkapanjang dan orang yang menerima pelarian mesti menimbangkan baik-baik dan berfikir bukan hanya 2 kali tetapi berkali-kali untuk menerima mereka. Menerima pelarian kini mesti selektif – kaji latarbelakang mereka dan sebab apa mereka tidak diterima atau lari dari apa.

…kerana jangan sampai pelarian pula kelak menjadi tuan!

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us