Monthly Archives: October 2014

The Secret Treasure of King Masusa & King Mohamut Part II

Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang itu. Akan peminangannya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja muda yang pertama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau ada demikian kabullah tuan puteri akan kehendak raja Melaka itu.” Setelah sudah ia berkata demikian lenyaplah ia. Pada suatu riwayat, orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti orang tua. – Sulalatus Salatin ms 215.


Telah beratus tahun para conquistador cuba mendekodkan petunjuk-petunjuk untuk merampas kekayaan Sultan Melaka hasil perdagangan rempah-ratusnya yang mendominasi Selat Melaka dan pasaran dunia sejak abad ke-14 hingga ke-15.Kekayaan dan kemasyhuran Melaka begitu gah sehingga dibisik-bisikkan oleh para pedagang Genoa dan Venice.

Sehingga kini,rahsia itu masih tersimpan rapi.Para conquistador Portugis hanya menemui tidak sampai 10% dari kekayaan sebenar Sultan-sultan Melaka.

Pada malam serangan,para conquistador hanya melihat askar-askar darat Melaka sahaja yang menunggu di kota.Di manakah dia armada laut Melaka yang gagah itu?

Di manakah Laksamana?

Sebenarnya,harta kekayaan itu telah selamat disembunyikan di satu tempat,dengan cara yang begitu licik dan tersembunyi dan petunjuk-petunjuknya berdiam dengan misteri selama lebih 500 tahun di dalam tulisan-tulisan dan surat-surat!

 

 

The Secret Treasure of King Masusa & King Mohamut

Part II

 

Whoever is Lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.

-Tome  Pires (The Suma Oriental of Tome Pires translated by Armando Cortasao,1944)

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Introduction to The Number Circle

Dalam pergolakan dunia hari ini,terdapat sekumpulan manusia yang masih membaca ramalan-ramalan dari kitab-kitab ‘Harut & Marut’ mereka.Pada ketika-ketika tertentu,mereka mula membuka lembaran demi lembaran,yang tidak lebih daripada komentar para pendeta mereka kepada hadis-hadis akhir zaman yang dikatakan dari ‘karung’ satu lagi yang tersembunyi.

Dalam menangani apajua senario hari ini,kita boleh melihat satu rahsia ini,identiti mereka;NOMBOR.Mereka obses terhadap nombor-nombor dan angka-angka.

Itulah dia,The Elite dan jika anda mengikuti tulisan-tulisan saya sebelum ini di MistisFiles,anda pasti tersenyum kerana mereka sudah beraksi sekali lagi.

-M.O

=========================================================

 

 

 

 

“Th3Numb3rC1rcl3″

 

Notice: All information and data for this work were obtained
through various sources in the secret documents & conversations.

This articles is a CONFIDENTIAL work that is intended for review by
the serious researcher,and assumes a basic familiarity with the general
subject matter in the field.It was not produced specifically for the
general public.

However,for educational reason,it considered to release.So,use it under your responsibility.

==========================================================

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Secret Treasure of King Masusa & King Mohamut

 

kingmasusa

 

Dua jam sebelum subuh Jumaat 8 Ogos,orang-orang Portugis merancang untuk menyerang ketika air pasang.Dua kapal Portugis dengan senjata berat mengambil posisi di kedua-dua belah teluk,untuk membedil ketika serangan dilancarkan.D’Albuquerque dengan semua kuasa yang berbaki,mendarat di utara atau tepatnya di tepi sungai bahagian penempatan orang-orang Jawa di Upeh.Setelah memperolehi pangkalan di sana,dia mengarahkan kuasa tenteranya untuk merebut masjid sementara yang lain telah diarahkan untuk menakluk benteng orang-orang Melaka yang menyekat jalan utama di selatan.Portugis menyerbu jambatan itu,askar Melaka mara ke benteng antara jambatan dan masjid.

Benteng ini telah lama diserang oleh tembakan dari kapal dan pertahanan Melaka berundur ke masjid,di mana Sultan dan 3000 askar telah berkubu di situ.Dengan terlalu sedikit tenaga untuk mara ke arah Sultan,D’ Albuquerque hanya bertahan di jambatan dan tidak maju ke arah masjid.Dia amat terdesak dan buntu di kawasan jambatan dengan benteng-benteng yang terdiri dari tong-tong berisi pasir dengan meriam-meriam yang dipasang di jambatan dan bot-bot meriam yang meronda di bawah jambatan dan di kedua pintu masuk jambatan.Meriam-meriam Melaka kemudian mula menembak di jambatan dari bahagian utara bandar.

Kemudian,Portugis dapat menguasai jambatan itu dan naik ke bandar.

Portugis mula mara dan membunuh semua yang menghalang mereka,baik lelaki,wanita atau kanak-kanak tanpa belas kasihan.Sepanjang malam bot-bot meriam dan kapal-kapal perang menghujani bandar dengan bedilan.Tetapi ia adalah sia-sia.Sultan Mahmud ketika itu telah pun mengumpulkan semua harta di istana dan melarikan diri dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya.Melaka telah jatuh.Keesokan harinya,Portugis maju ke arah istana sultan,hanya untuk merasa seolah-olah tertipu dengan istana yang kosong seperti dirompak,tidak seperti yang dijanjikan kepada mereka tentang kekayaan Melaka yang tiada taranya.Marah dengan keadaan itu,mereka terus membakar istana itu,dan menjarah bandar itu.Masjid dirobohkan dengan memecahkan batu sedikit demi sedikit dan digunakan untuk membina kubu di tempat asal istana pernah berdiri.

Persoalannya,di manakah harta kekayaan Melaka?

Alfonso D’Albuquarqe sendiri hanya sempat memiliki gelang seorang panglima Melaka dan patung-patung singa gangsa dari istana Melaka.Kononnya mereka menemui kotak-kotak intan berlian dan beberapa barangan kemas serta harta benda lain bernilai berbilion dollar.

Sama ada itu hanya penglipurlara si conquistador untuk menutup kekecewaan, ataupun itu semua hanyalah UMPAN yang amat kecil dari seluruh kekayaan Melaka.

Kekayaan yang telah dibawa pergi pada malam-malam sebelum serangan.

 

 

 

 

The Secret Treasure of King Masusa & King Mohamut

Part I

 

Was not Malacca the central market
of Ptolemy’s Aurea Chersonesus, perhaps even the more
ancient Ophir of Hiram and Solomon

-K.G Jayne

 

 

 

Kekayaan Melaka sebenarnya adalah lebih dari apa yang kebanyakan dari kita jangkakan.Apa yang kita bayangkan.Ada sesetengah pihak hanya memandang kota pelabuhan Melaka hanyalah perkampungan nelayan.Jika sebuah perkampungan nelayan,mengapa peta-peta pengembara Itali,Portugis dan Sepanyol memetakan seluruh semenanjung sebagai ‘Malacca Peninsular’?Ada sesuatu yang tidak kena dengan sejarah yang selalu kita baca dari buku-buku teks.Semua ini telah membohongi kita sejak sekian lama dan seolah-olah ada pihak ingin kita melupakan tentang Melaka,melupakan sejarahnya dan kegemilangannya.

Namun penulis (Srikandi) telah menemui bahawa SEBENARNYA MEREKA mahu menyembunyikan sesuatu dari kita.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Last King Solomon’s Mines III

Beratus-ratus tahun dahulu setelah era Srivijaya perlahan-lahan berakhir,Dunia Melayu dipecahkan kepada dua blok politik dan kebudayaan Melayu yang melambangkan order lama dan order baru.

Pengaruh dari dua blok politik ini telah mempengaruhi penulisan Tun Seri Lanang dan sekaligus menyembunyikan beberapa petunjuk kepada lombong emas terakhir ‘King Solomon’.

Srikandi,penulis kontroversi di MistisFiles bersetuju mendedahkan beberapa petunjuk,sejak menyimpan draf tulisannya selama beberapa bulan yang sepatutnya terbit di MistisFiles awal tahun ini.Ini membuka beberapa rahsia penting,yang kebanyakannya tersimpan dalam kolong-kolong misteri di runtuhan kota di Trang,Thailand dan Johor Lama.Petunjuk yang membuka kepada,

 

 

 

 

 

Gelanggi: The Last King Solomon’s Mines III

 

 

 

 

 

 

Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.

-Confucius

 

 

 

 

Dalam siri ketiga dan terakhir artikel The Last King Solomon’s Mines ini saya akan memberikan pendapat saya sebagai seorang pengkaji sejarah secara umum walaupun di pihak saya,saya memiliki beberapa dokumen dan ‘relik’ yang menunjukkan lokasi sebenar ‘Kota Gelanggi’.Pada hakikatnya,lokasi ini belum diketahui namanya,namun saya meletakkannya sebagai Kota Gelanggi kerana kota ini sangat popular di kalangan masyarakat arus perdana sejak Raimy Che Ross,seorang pengkaji persendirian mewar-warkan tentangnya.

Walaupun ramai yang mempersendakan beliau,mungkin kerana pihak-pihak yang mencari lokasi Kota Gelanggi itu belum menemuinya atau ‘menutup cerita’,namun kata-katanya tentang bagaimana kajian arkeologi di Kedah secara longgarnya berdasarkan apa yang dikisahkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa,Sejarah Singapura dan Johor yang boleh ditemui dalam Sulalatus Salatin seperti penemuan makam dan artifak di Bukit Larangan (Fort Canning) dan Batu Bersurat Singapura serta kubu dan makam-makam lama di sepanjang Sungai Johor,maka sebenarnya cerita-cerita rakyat itu boleh dihubungkan dengan fakta dan kejadian sebenar.Ini bermakna,pasti ada sesuatu di sebalik cerita itu.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Gate of Yehova II:The Sacred Geometry

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu,manusia percaya bahawa berkomunikasi dengan Kuasa Tertinggi atau digelarkan ‘Tuhan’ pasti mempunyai cara-cara yang tertentu.Manusia membuat pelbagai-bagai ritual dan cara berdoa,semata-mata untuk berhubung dengan Kuasa itu.

Selain dari bermacam-macam gerakan dan gaya untuk berhubung dengan Kuasa itu.ada sekelompok manusia percaya,bahawa untuk berhubung atau berkomunikasi dengan Kuasa itu,adalah melalui perantaraan corak-corak tertentu yang mematuhi nisbah dan kadaran tertentu.Kononnya,nisbah itu adalah salah satu tanda kesempurnaan dan simbol Ketuhanan.Mereka berhubung melalui apa yang dikatakan sebagai,

 

 

 

 

 

The Sacred Geometry

 

 

 

 

The laws of nature are but the mathematical thoughts of God.
-Euclid

 

 

 

 

‘Sacred Geometry’ (Geometri Suci) adalah istilah yang digunakan oleh ahli-ahli arkeologi,antropologi dan ahli Matematik Geometri.Ia termasuk agama,falsafah dan kerohanian berkenaan kepercayaan yang telah dikelilingi oleh aspek geometri dalam pelbagai budaya di sepanjang sejarah.

Ia meliputi geometri Pythagoras dan juga hubungan antara keluk organik dan keluk logaritma.“Geometri Suci” ini telah berkembang sebagai hasil daripada budaya yang berbeza.Kami akan menerangkan kepada anda sejarah Geometri Suci ini serta  menyediakan lima pandangan yang berbeza tentang bagaimana budaya yang berbeza telah membuat bentuk-bentuk geometri menjadi sesuatu yang suci.Kemudian kami akan menerangkan maksud nombor-nombor tertentu, kerana angka-angka telah memainkan peranan penting dalam topik Geometri Suci.Beberapa contoh tempat-tempat suci juga akan disediakan.Contoh-contoh ini akan menyediakan anda dengan rasa sebenar bagaimana Geometri Suci digunakan di tempat-tempat suci ini seperti di dalam piramid dan kuil-kuil.

Topik ‘The Sacred Geometri ini merangkumi:

-Matematik Geometri
-Logaritma
-Falsafah
-Agama 
-Nisbah Emas
-Nombor Phi
-Kejuruteraan Bentuk
-Nombor Fibonacci
-Pandangan Perspektif
-Seni Simetri
-Keseimbangan
-Senibina
-Kontra
-Elemen
 -dan banyak lagi

 Mereka telah menemukan bahawa alam ini direkabentuk dengan nisbah-nisbah tertentu dan semuanya bukan secara rawak namun ‘dibina’ berdasarkan satu format khas.Dengan memahami semua nisbah dan format ini,manusia percaya ia merupakan seakan-akan petunjuk untuk berhubung dengan penciptanya,yakni Si Genius yang memiliki Minda Tertinggi.

 

 

 

Kaitan Geometri Suci dan Manusia

 

Sejak mereka menemui bentuk-bentuk alam ini seperti jumlah kelopak bunga,jumlah corak hablur ais,garis pusat bulan,perimeter matahari dan sebagainya mempunyai nisbah-nisbah tertentu yang berkait antara satu sama lain maka manusia membina satu kepercayaan bahawa semua nisbah-nisbah ini adalah seakan-akan ‘wahyu’ atau petunjuk yang membawa kebaikan kepada yang tahu.

Mereka menjadikan bentuk-bentuk tertentu yang mematuhi nisbah ini dan padat dengan simetri untuk dijadikan sebagai alat ritual,dengan harapan,ia akan melahirkan kuasa tertentu sebagaimana kepercayaan mereka mesti ada sebab mengapa Kuasa itu memilih nisbah-nisbah tertentu untuk ‘membina’ alam semesta ini.

Dalam pengajian ini,anda akan belajar tentang:


1-The Sacred Geometry: Flower of Life (Bunga Kehidupan)
2-The Sacred Geometry: Tree of Life (Pokok Kehidupan)
3-The Sacred Geometry: The Sacred of Symmetry (Simetri Suci)
4-The Sacred Geometry: The Meaning of Numbers and Ratio (Maksud Di sebalik Nombor dan Angka)


Semua ini akan diterangkan dalam kempen antara yang paling mendebarkan setakat ini di MistisFiles.

Selamat Datang ke Pengetahuan Rahsia

Angka-angka adalah perkakas untuk berhubung kepada satu kesedaran.

Atau cara untuk membuatkan kita percaya kepada kewujudan-Nya.

Melalui…

 

 

The Sacred Geometry

Hanya di MistisFiles dan MistisJournal.

The Gatekeepers

 

Struktur dimensi dan alam semesta memiliki segmen-segmen mereka yang tertentu.Setiap segmen dihubungkan dengan sempadan-sempadan yang memisahkan ruang-ruang yang berlainan.Sempadan-sempadan ini memiliki sistem mereka yang tersendiri,bertujuan untuk mengawal,menapis atau menghala.

Sistem ini mempunyai rangkaian di antara satu sama lain,mereka seakan-akan seperti ‘bell network’ yang mana ia memberitahu di antara sesama mereka akan sesuatu yang memasuki antara ruang atau dimensi.

Sepertimana syurga dan neraka yang mempunyai pintu-pintu dan penjaganya,maka alam semesta ini dan semua dimensi di dalamnya,memiliki ‘penjaga’ mereka sendiri,iaitu:

 

 

 


‘The Gatekeepers’

 

 

 

 

“Why it’s simply impassible!
Alice: Why, don’t you mean impossible?
Door: No, I do mean impassible. (chuckles) Nothing’s impossible!”

-Lewis Carroll, Alice’s Adventures in Wonderland & Through the Looking-Glass

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Pintu-pintu Langit

Di sepanjang sejarah,sesetengah manusia percaya bahawa di langit itu ada sebuah pintu yang menuju ke dunia lain.Seringkali mereka memandang ke atas dan berfikir,”Apakah yang ada di atas sana?”Sama ada ketika langit membiru cerah di waktu siang mahupun ketika malam dengan bintang-bintang bergemerlapan…langit sememangnya menimbulkan 1001 misteri.Langit yang gelap itu menimbulkan sensasi dan misteri.Langit yang cerah itu menimbulkan harapan dan kegembiraan.Kadangkala,corak bintang-bintang dan gemerlapannya menimbulkan perasaan ingin tahu manusia.Perasaan ingin tahu yang adakah ada sesuatu di atas sana.Adakah di sana terdapatnya ‘pintu-pintu langit’?

 

 

 

“The Stargate”

 .
 .
.

..

... the star, which shineth in the heavens.
May he hold the Beginning and the Future, may they pay homage unto him,
Saying, “He who forced his way through the midst of Tiamat without resting,
Let his name be Nibiru, ‘the Seizer of the Midst’!
For the stars of heaven he upheld the paths,
He shepherded all the gods like sheep!
-The Seventh Tablet,Enuma Elish 

Lihat langit di waktu malam.Jika anda melihatnya dengan sesungguhnya…pasti anda akan terfikir.Apakah yang ada di atas sana?Sejak zaman-berzaman,persoalan ini menghantui manusia walaupun manusia sudah mampu menghantar proba angkasa untuk menyiasat isi langit dan mencipta teleskop berkuasa tinggi untuk mengintai langit.

Lebih daripada 400 tahun yang lalu,Giordano Bruno,seorang pendeta dari Itali,menulis bahawa: “dalam ruang di mana terdapat ‘bumi’ yang tak terhitung mengelilingi ‘matahari’ lain,yang mungkin menampung makhluk yang sama atau malahan lebih baik daripada manusia di Bumi.”

Bruno layak untuk dikenang dalam sejarah di mana dia telah dibakar (burn at stake) di Rom pada tahun 1600 Masehi.

Dalam abad ke-19,fiksyen sains Jules Verne dan HG Wells mempopularkan idea kehidupan makhluk asing.Percival Lowell,seorang Amerika yang kaya,yang membina balai cerap sendiri di Flagstaff,Arizona terutamanya untuk mengkaji Marikh. Beliau percaya bahawa permukaannya telah direntasi oleh ‘terusan’,digali oleh tamadun maju untuk menyalurkan air dari bahagian kutub beku ke ‘padang pasir’ berhampiran khatulistiwa Planet Merah.

Pada tahun 1900,sebuah yayasan Perancis menawarkan Guzman Hadiah sebanyak 100,000 francs untuk siapa yang membuat hubungan buat pertama kalinya dengan spesies luar angkasa, tetapi mengecualikan Marikh,kerana mengesan Marikh kemudiannya dianggap sebagai terlalu mudah.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Gate of Yehova II: Stairway to Heaven

 

Kepercayaan manusia tentang kewujudan ‘pintu’ untuk menembusi dunia yang selain manusia ketahui bertitik tolak daripada pengalaman ‘supernatural’ manusia seperti mimpi,’visi’ atau ‘dejavu’.

Manusia percaya,bahawa segala macam mimpi dan pengalaman yang luar biasa atau ilham-ilham tertentu,menunjukkan bahawa sebenarnya mereka berada dalam satu alam atau ‘bekas’ di mana pasti ada ‘pintu’ keluar dari dalam sini.

Adakah ada harapan untuk menemui ‘pintu’ itu?

 

 

 

 

 

“Stairway to Heaven”

 

 

“…And Pharaoh said, “O eminent ones, I have not known you to have a god other than me. Then ignite for me, O Haman, [a fire] upon the clay and make for me a tower that I may look at the God of Moses. And indeed, I do think he is among the liars.”

(AlQuran 28:38)
 

 

 

 

 

Kepercayaan manusia tentang dimensi lain atau dunia lain memungkinkan manusia menganggap adanya satu entiti lain selain dari mereka yang lebih ‘superior’ dari mereka.

Salah satu topik yang difikirkan manusia ialah ‘multidimensional’atau dimensi berbilang.Ini bermula dengan soalan,jika ada Tuhan yang mencipta seluruh alam ini,dimanakah Dia tinggal?Ini adalah soalan asas bagi kebanyakan manusia yang berusaha memecahkan persoalan kehidupan.Bukti mendalam yang wujud untuk menyokong konsep bahawa potensi manusia tidak terhad kepada dunia 3D seperti dimensi ketinggian,luas dan kedalaman atau perkara-perkara seperti tenaga,ruang dan masa ialah apabila manusia mengalami ‘pengalaman’ yang luarbiasa secara spiritual seperti mimpi atau pengsan (koma).Model baru saintifik bagi ruang-masa melampaui apa yang sedang dikaji.Tetapi budaya manusia yang kaya seakan-akan melampui pelbagai dimensi dan kajian terhadap jiwa atau minda manusia kini seolah-olah menemui satu ‘jalan pintas’ atau ‘pintu’ untuk memahami dunia selain dunia yang kita berhidup kini.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The HeavenGate Season II

Selamat Datang ke The Sovereignity of HeavenGate.Keinginan untuk mengetahui rahsia dari Heavenlore.Kunci-kunci untuk membuka pintu langit.Adakah benar ‘sky is limit’?

Kami akan memberitahu anda rahsianya.Itu pun jika anda bersedia untuk menerima akibatnya.Jika tidak,jangan sesekali cuba untuk menyentuh pemegang pintu The HeavenGate.Seseorang itu hanya boleh menyentuhnya sekiranya dia memiliki ilmu secukupnya.Tanpa ilmu,PENGETAHUAN SAHAJA TIDAK CUKUP.Dengan ilmu,baru timbul RASA PERCAYA.Dan itulah IMAN.Dengan IMAN,anda tidak perlukan lagi pengetahuan ini.Kerana ada orang yang masih tenggelam dalam kekeliruan walaupun diberi pengetahuan.Kerana ada orang yang masih terus bermimpi walaupun kenyang dengan segala pengetahuan.

Selama ini anda dilahirkan di dalam Islam disebabkan ibu-bapa anda sudah sedia Islam.Bagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani atau Pagan yang menyembah berpuluh-puluh dewa-dewi itu boleh melihat sinar dalam Islam?

Persoalan ini sama seperti rahsia alam ini,bagaimana ahli-ahli sains mencari kebenaran Tuhan Semesta Alam dengan berpandukan tanda-tanda kebesarannya.

Inilah dia.Rahsia untuk masuk mengintai ke dalam HeavenGate.

Kami akan mulakan siri The Sacred Geometry ini dengan tiga bab pengenalan:

 

 

‘Stairway to Heaven’

-Siapakah yang tahu rahsia StarGate?
-Asal-usul Kepercayaan StarGate
-Siapa Annunaki?
-Portal para Dewa
-Ancient Astronauts
-Teknologi StarGate
-Starwars dan Tamadun Para Jin

 

 

 

‘The Stargate’

-Nabi Yusof dan mimpi StarGate
-Tempat menyimpan rahsia di dalam Piramid
-Petunjuk StarGate dalam mimpi kedua Nabi Yusof
-Rahsia StarGate
-Kalimah Lailahaillallah yang menembusi StarGate
-Penjuru-penjuru Langit

 

 

 

‘The Gatekeepers’

-Penjuru-penjuru langit
-Para penjaga pintu langit
-Salam penjaga langit buat Nabi Muhammad
-Syaitan yang terkena panahan laser dari ‘The Guardian’
-Allah,The Lord of The Gates
-Password rahsia untuk membuka HeavenGate
-Isra’ dan Mi’raj merentasi StarGate
-Dari StarGate ke HeavenGate

Sebelum kita masuk ke pengajian The Sacred Geometry ….

Anda akan melalui tiga pintu ini dahulu.

Adakah anda telah bersedia?

WELCOME TO THE HEAVENGATE

Intro-The HeavenGate: The Gate of Yehova II

Over 33rd Degrees Syllabus

To : All Grand Wizard and Top Ranking Shriners
From : The Keeper of Houses of Heavenlore
Date : 30 December 2013
Subject : Meeting of ‘Heavengate’

The meeting will be held as follows:

Date : 5 January 2014
Time : 3.00 a.m.
Place : Imperial Chamber

The Agenda of the meeting is as follows:

1. Lodgekeeper address
2. The structure of the syllabus
3. Coronation
4. Other items to be discussed and decide
5. Distribute task
6. Motions relating to the above
7. Date of next meeting
8. Others matter
9. Close

Silibus terbaru Pengajian The HeavenGate telah keluar tahun ini.Silibus ini memaparkan sebahagian ‘unfinished pyramid’ yang menunggu untuk disempurnakan.Apabila siap kelak,segala konspirasi akan menjadi ‘the reality nightmare’.

ADAKAH ANDA TAHU ‘PUNCAK’ PIRAMID YANG TIDAK SIAP ITU?

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us