The Gate of Yehova II:The Sacred Geometry

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu,manusia percaya bahawa berkomunikasi dengan Kuasa Tertinggi atau digelarkan ‘Tuhan’ pasti mempunyai cara-cara yang tertentu.Manusia membuat pelbagai-bagai ritual dan cara berdoa,semata-mata untuk berhubung dengan Kuasa itu.

Selain dari bermacam-macam gerakan dan gaya untuk berhubung dengan Kuasa itu.ada sekelompok manusia percaya,bahawa untuk berhubung atau berkomunikasi dengan Kuasa itu,adalah melalui perantaraan corak-corak tertentu yang mematuhi nisbah dan kadaran tertentu.Kononnya,nisbah itu adalah salah satu tanda kesempurnaan dan simbol Ketuhanan.Mereka berhubung melalui apa yang dikatakan sebagai,

 

 

 

 

 

The Sacred Geometry

 

 

 

 

The laws of nature are but the mathematical thoughts of God.
-Euclid

 

 

 

 

‘Sacred Geometry’ (Geometri Suci) adalah istilah yang digunakan oleh ahli-ahli arkeologi,antropologi dan ahli Matematik Geometri.Ia termasuk agama,falsafah dan kerohanian berkenaan kepercayaan yang telah dikelilingi oleh aspek geometri dalam pelbagai budaya di sepanjang sejarah.

Ia meliputi geometri Pythagoras dan juga hubungan antara keluk organik dan keluk logaritma.“Geometri Suci” ini telah berkembang sebagai hasil daripada budaya yang berbeza.Kami akan menerangkan kepada anda sejarah Geometri Suci ini serta  menyediakan lima pandangan yang berbeza tentang bagaimana budaya yang berbeza telah membuat bentuk-bentuk geometri menjadi sesuatu yang suci.Kemudian kami akan menerangkan maksud nombor-nombor tertentu, kerana angka-angka telah memainkan peranan penting dalam topik Geometri Suci.Beberapa contoh tempat-tempat suci juga akan disediakan.Contoh-contoh ini akan menyediakan anda dengan rasa sebenar bagaimana Geometri Suci digunakan di tempat-tempat suci ini seperti di dalam piramid dan kuil-kuil.

Topik ‘The Sacred Geometri ini merangkumi:

-Matematik Geometri
-Logaritma
-Falsafah
-Agama 
-Nisbah Emas
-Nombor Phi
-Kejuruteraan Bentuk
-Nombor Fibonacci
-Pandangan Perspektif
-Seni Simetri
-Keseimbangan
-Senibina
-Kontra
-Elemen
 -dan banyak lagi

 Mereka telah menemukan bahawa alam ini direkabentuk dengan nisbah-nisbah tertentu dan semuanya bukan secara rawak namun ‘dibina’ berdasarkan satu format khas.Dengan memahami semua nisbah dan format ini,manusia percaya ia merupakan seakan-akan petunjuk untuk berhubung dengan penciptanya,yakni Si Genius yang memiliki Minda Tertinggi.

 

 

 

Kaitan Geometri Suci dan Manusia

 

Sejak mereka menemui bentuk-bentuk alam ini seperti jumlah kelopak bunga,jumlah corak hablur ais,garis pusat bulan,perimeter matahari dan sebagainya mempunyai nisbah-nisbah tertentu yang berkait antara satu sama lain maka manusia membina satu kepercayaan bahawa semua nisbah-nisbah ini adalah seakan-akan ‘wahyu’ atau petunjuk yang membawa kebaikan kepada yang tahu.

Mereka menjadikan bentuk-bentuk tertentu yang mematuhi nisbah ini dan padat dengan simetri untuk dijadikan sebagai alat ritual,dengan harapan,ia akan melahirkan kuasa tertentu sebagaimana kepercayaan mereka mesti ada sebab mengapa Kuasa itu memilih nisbah-nisbah tertentu untuk ‘membina’ alam semesta ini.

Dalam pengajian ini,anda akan belajar tentang:


1-The Sacred Geometry: Flower of Life (Bunga Kehidupan)
2-The Sacred Geometry: Tree of Life (Pokok Kehidupan)
3-The Sacred Geometry: The Sacred of Symmetry (Simetri Suci)
4-The Sacred Geometry: The Meaning of Numbers and Ratio (Maksud Di sebalik Nombor dan Angka)


Semua ini akan diterangkan dalam kempen antara yang paling mendebarkan setakat ini di MistisFiles.

Selamat Datang ke Pengetahuan Rahsia

Angka-angka adalah perkakas untuk berhubung kepada satu kesedaran.

Atau cara untuk membuatkan kita percaya kepada kewujudan-Nya.

Melalui…

 

 

The Sacred Geometry

Hanya di MistisFiles dan MistisJournal.

Leave a Reply