[Mukaddimah]
Selepas tahun 1857, ketika British menggulingkan Bahadur Shah Zafar, maharaja Mughal yang terakhir, mereka juga merobohkan sebahagian besar bangunan di Red Fort. Kira-kira 80% bangunan asal di dalam kota berkubu yang terkenal itu telah musnah. Pihak British mendirikan pelbagai bangunan pentadbiran mereka sendiri di dalam Red Fort, yang semuanya bertentangan dengan gaya seni bina dengan asal malah merosakkan elemen-elemen Red Fort yang tidak ternilai harganya itu.
Ini adalah salah satu bukti reputasi pihak British memusnahkan peninggalan sejarah terutamanya berbentuk premis. Jadi jangan hairan jika banyak istana dan bangunan bersejarah kita kecuali bangunan yang dibina British dimusnahkan ketika zaman kolonial.
Srikandi menulis…