Sai Hamadi mula menggelisah. Bergolek-golek entah seratus kali dia di atas katil empuk berpiawai hotel 12 bintang. Banglo mewahnya yang ibarat wisma 3 tingkat itu dirasakan sempit bagaikan reban ayam.
Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah dibuatnya. Hampir seminggu semua rangkaian media sosialnya tidak dikemaskini. Apa yang mahu dikemaskininya? Aksi memberi sedekah kepada orang ramai? Aksi bersama isteri tersayang? Aksi bersama lori-lori berkontena-kontena? Aksi dia memberi ceramah agama di rumah ibadat? Ah! Pening dia memikirkannya.
“Ah! Ini semua dengki dengan aku. Mereka itu pendeta air liur saja berbeza seperti aku, pendeta dakwah yang menyantuni orang-orang miskin. Mereka itu, tidak pernah turun padang menemui lelaki pondan, orang miskin dan rakyat marhaen. Mereka itu pendeta kayangan. Hanya duduk di pentas ceramah saja. Tidak tahan berpanas hujan seperti aku. Jadi, mereka dengki terhadap aku sebab usaha aku sangat popular di mata umum. Aku cuma sebarkan kasih sayang pun didengkinya. Apa salah aku?” rintih Sai Hamadi.
Ketika itu, dia teringatkan Sabiha…
BACA SELANJUTNYA.