Lohong Hitam adalah objek paling misteri di angkasa raya. Ia bersifat dua dimensi menurut perkiraan matematik – sesuatu yang di luar akal manusia. Bagaimana terdapat objek dua dimensi di alam kita yang tiga dimensi? Tiada siapa yang boleh mengalami apakah itu rasa dua dimensi di alam tiga dimensi ini. Ini kerana tiada siapa yang mampu pergi ke Lohong Hitam untuk menyaksikan keajaiban itu.
Prinsip holografik menyatakan hologram tiga dimensi dipancarkan dari satah dua dimensi. Maka Lohong Hitam ini sebenarnya ‘memancarkan’ sesuatu. Ini berlawanan dengan apa yang kita percaya dan baca selama ini, yakni Lohong Hitam ‘menyedut’.
Ia memang menyedut, tetapi di sempadannya – iaitu dipanggil ufuk peristiwa, barangsiapa yang melepasi sempadan ini, ia akan disedut selama-lamanya. Namun anehnya, menurut ilmu fizik, jika anda disedut, anda tidak musnah sepenuhnya. Maklumat tentang diri anda akan tersimpan di satu sudut di luar ufuk peristiwa.
Ini menunjukkan satu rahsia penting – bahawa maklumat semua benda adalah kekal di luar mulut Lohong Hitam. Hanya yang disedut adalah hologram benda-benda.
Hakikat Alam Majazi Dari Sifat Hakiki Lohong Hitam
“Anda dan seluruh alam ini adalah fana – hanya Wajah-Nya yang kekal abadi”
LEBIH MENDEBARKAN. TERUSKAN MEMBACA.