Monthly Archives: May 2026

Buku Syahmura Sarwa Bentara 2026

takhtamawar2

 

Kepada pembaca tulisan Cik Srikandi,

Sambungan siri “Rahsia Para Mengkong” selengkapnya sudah terbit dalam bentuk buku yang boleh ditempah di sini:

https://tinyurl.com/syahmurabentara

Naskhah kali ini berkonsep dua 2 dalam 1:

1) Novel sejarah alternatif

2) Kitab 42 Petua Kelicikan Dalam Politik & Peperangan

Terima kasih kerana membaca siri ini. Bolehlah kami teruskan menulis berita-berita ‘teori konspirasi  :lol:

 

-Lonecryer

—————–

Petikan dari buku:

“Pertama, kamu mesti mengembalikan   satu Regalia Negeri Perak yang sangat penting. Ia adalah sebuah ______________   yang kini   masih disimpan secara rahsia di dalam arkib simpanan khas sebuah   muzium di United Kingdom.   British telah mengambilnya secara tidak rasmi semasa Perang Perak, dan Mengkong Habibah telah bersumpah bahawa regalia itu mesti   pulang ke Bukit Chandan untuk melengkapkan kedaulatan kita   sekaligus perlu  disebarkan isinya supaya menjadi tatapan anak cucu.”

— Tok Mengkong
 .
“Jangan jadi bodoh! Siapa lebih kuat? Siam atau Inggeris? Alang-alang  negeri kita di bawah orang putih, apa kata kalau sultan cadangkan  si Inggeris ambil tanah-tanah kita yang dirampas Reman itu.  Katakan saja, kalau Inggeris berjaya meluaskan wilayah Perak sampai  Jala, maksudnya empayar Inggeris lagi besar dan megah…”
—Mawar Cantik The Mad Mengkong
 .
“Di dalam arkib British Library, ada catatan yang menyatakan bahawa pihak Inggeris telah melarikan sesuatu yang sangat berharga, sesuatu yang dipanggil dalam teks sulit mereka sebagai ______________ , dari sebuah kawasan di timur jauh yang kini dinamakan sebagai _________.”
—Abbot Alasdair of Glenmore
 .
“Aku sudah biasa berenang di sungai yang ganas, Shahriman. Aku tahu bagaimana mahu bertahan.”
—Mawar Garang The Red Mengkong
 .
“Di bawah Sekolah Raja Perempuan Kalsom ini ada terowong…”
 
—Kak Linda
 
 .
“Sang Pujangga ada berkata, bahawa penguasa yang bergantung sepenuhnya kepada Nasib akan musnah apabila takdirnya berubah. Tetapi penguasa yang membina kekuasaannya atas Kecerdikan sendiri akan bertahan lebih lama.”
—Bentara Shahriman
 .
“Mawar Cantik itu kalau istilah sekarang, menghidap autisme”
—Abang E
 .
“Kalau bukan kamu yang menjaga negeri kamu, siapa lagi? Orang Siam ini kejam dan bengis. Sekali tanah kamu dijajah, sampai kiamat pun payah nak ambilnya balik!”
—Cik Ani The White Mengkong
 .
“Habibah… ingat kata-kata saya! Jika kamu berjaya mengangkat martabat bangsamu menjadi bangsa berilmu dan tersusun, suatu hari nanti bangsa kamu pasti akan mengecap kebebasan dan akhirnya maju setanding dengan bangsa-bangsa Eropah.”
—Emily Ravenscroft
 .
“Ah! Tuhan lambat balas doa aku. Jadi aku pakai setan nak kalahkan Siam keparat itu.”
—Mawar Dara The Black Mengkong
 .
“Kamu tahu, polong dan segala setan ni ada rahsia dia yang tertentu, ada had dia, segala jin dan setan ni ilmunya.. galang gantinya nyawa dan iman kamu kepada Tuhan Yang Esa…”
—Mengkong Habibah
 .
“Siti terima penangguhan ini. Dan Siti tuntut janji abang di malam pertabalan itu nanti. Jangan ada satu pun rahsia yang tertinggal.”
—Siti

 

Episod 13 : Jemputan ke “The Coronation”

precoronation

 

Tiba-tiba muncul beberapa orang lelaki dan perempuan dari arah belakang. Mereka kemudiannya berdiri menghadap Siti yang duduk di atas tangga batu itu. Siti agak terkejut. Dia memandang satu-persatu wajah lelaki dan perempuan yang berdiri di hadapannya itu.

Abang E dan Kak Linda hilang entah ke mana!

“Ya… inilah dia orangnya,” kata seorang lelaki perlahan. “Ya…tepat dengan tanda-tandanya,” balas seorang perempuan pertengahan umur.

Calon yang sesuai…

Beritahu orang yang uruskan tentang ini…

Bolehkah dia memikul amanah ini?

Siti agak resah memerhatikan orang-orang di depannya itu berbisik-bisik sesama sendiri. Tiba-tiba…

“Siapkan dia untuk majlis itu!”

 

BACA SELANJUTNYA.

(mulai episod 8, akses untuk siri ini hanya untuk subscriber yang melanggan 2 bulan ke atas)

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Episod 12 : Dalam Tawanan Anak Raja Siam

tawan

 

Mawar Cantik akhirnya ditawan oleh tentera Reman. Mereka membawanya balik ke Kota Baru, ibukota Reman. Di sanalah pihak Siam menunggu. Anak raja Siam sendiri hadir. Dia mahu melihat sendiri sosok Mawar Cantik.

Majlis makan malam istimewa antara Mawar Cantik dan anak raja Siam. Laksana kisah Puteri Saadong dan raja Ayutthaya.

Malam itu terbongkar siapakah sebenarnya Cik Mawar Cantik…

 

BACA SELANJUTNYA.

(mulai episod 8, akses untuk siri ini hanya untuk subscriber yang melanggan 2 bulan ke atas)

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us