Monthly Archives: December 2018

Cerita Sedih Puteri Raja Burma Terakhir BHG I

lastburmeseking

 

28 November 1885, Mandalay jatuh ke tangan empayar British. Raja Burma menjadi tawanan.

Raja Thibaw Min, isteri dan dua puterinya yang masih kecil telah dibuang negeri ke kawasan yang jauh dari tanahairnya – Ratnagiri di India.

Di sinilah bermulanya kisah penuh melankolik dan misteri yang menyelubungi seorang raja yang pernah memerintah sebuah kerajaan besar di Indochina,  tinggal di tengah-tengah masyarakat yang asing dan berbeza bahasa dan budaya.

Yang paling menyayatkan hati – kisah sedih puterinya yang bercinta dengan pekerja banglo ayahandanya!

 

=========================
Cara untuk akses MistisFiles
>> http://goo.gl/1QBIQK
=========================

 

Siri Cerita Sedih Puteri Raja Burma Terakhir:

Cerita Sedih Puteri Raja Burma Terakhir BHG I : “kejatuhanBurma”

Cerita Sedih Puteri Raja Burma Terakhir BHG II : “BangloMisteriRatnagiri”

Cerita Sedih Puteri Raja Burma Terakhir BHG III : “RahsiaPuteriSulung”

Cerita Sedih Puteri Raja Burma Terakhir BHG IV : “PuteriPemberontak”

Cerita Sedih Puteri Raja Burma Terakhir BHG V : “MisteriGajahPutih”

Cerita Sedih Puteri Raja Burma Terakhir BHG VI : “MakamMisteri”

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Misteri Teo Nie Ching

kredit: Berita Harian

kredit: Berita Harian

 

Portal dan akhbar-akhbar Cina telah melaporkan timbalan menteri pendidikan ini telah mengatur pertemuan dengan persatuan-persatuan Cina bagi merombak silibus buku teks sejarah sekolah. Namun Nie Ching bertegas menafikan.

Soalannya: YANG MANA SATU BETUL?

Mengapa beliau menafikan? Apa keperluan untuk menafikan sedangkan persatuan Cina seperti Majlis Bahasa Cina menegaskan Nie Ching ada bertemu dengan mereka dan mengatur pertemuan dengan pihak kementerian pendidikan. Adakah Nie Ching dalam dilema? Adakah persatuan Cina terlalu gopoh dan mendesak Nie Ching? Apakah yang mereka mahu kejar? Apa perancangan tersembunyi Nie Ching dan DAP dalam mengubah sejarah Malaysia?

 

Srikandi melaporkan… dari akhbar-akhbar Cina!

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Misteri Nurul Izzah

Nurul Izzahmisteri

 

 

Perletakan jawatannya dalam PKR memang agak menggemparkan walaupun ianya ditenggelami aksi-aksi sarkas para menteri kerajaan. Ia sebenarnya adalah satu petunjuk penting dalam sejarah politik negara. Adalah aneh wanita yang memiliki harapan dalam arena politik negara melalui parti politik yang diasaskan oleh bapanya telah mengambil langkah sumbang dengan menghancurkan masadepan politiknya begitu sahaja. Mungkin ada pelan lain?

Kelibatnya bersama Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin (KJ) memang menambahkan perisa. Rafizi Ramli, baru-baru ini kalah dalam pemilihan timbalan presiden PKR dan KJ, yang tewas bertimpa-timpa sejak partinya tumbang sebagai kerajaan dalam pilihanraya umum lepas adalah bagaikan satu barisan simfoni lengkap untuk menyertai Nurul Izzah.

Namun, apakah yang MENEWASKAN wanita jelita yang berbakat dalam politik ini?

 

M.O menulis…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Teka-teki Anwar Ibrahim

anwarpening

kredit: detiknews

 

Tun M tidak mahu menunggu terlalu lama. Mesejnya jelas ditujukan kepada Presiden UMNO bahawa ‘jump’ yakni masuk ke dalam partinya, PPBM. Ini kerana PPBM terdedah kepada bahaya, dengan jumlah ahli parlimennya yang sedikit. Parti kerdilnya hanyalah mengharapkan aura Tun M, tidak lebih tidak kurang. Tun M mesti cepat menekan UMNO supaya ‘menyerahkan’ ahli-ahli parlimennya supaya mampu memperbesarkan PBBM, parti kerdil yang hanya wujud atas bayang-bayang Tun M.

Mungkin senario ini tidak begitu bagus buat DS Anwar Ibrahim. Tun M yang menjelma terlampau kuat hasil bantuan ‘katak-katak UMNO’ mampu berbuat apa saja termasuk memusnahkan impiannya untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Namun Anwar masih percaya kepada Tun M. Anwar memperbaharui taatsetianya kepada Tun M.

Ketika Anwar masih berteka-teki, anaknya sendiri telah meletak jawatan dalam PKR!

 

M.O menulis…

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Misteri Tun M

tunm

 

Bagaimana anda semua hari ini? Sihat? Apa cerita tentang Tun Dr. Mahathir (Tun M)? Apa yang beliau buat sekarang?

Hehe.

Saya M.O dan penulis siri Mason-mason Melayu yang telah wujud di internet sejak zaman peralihan Pak Lah ke DS Najib.

Saya telah menjangkakan ada perhimpunan melawan sesuatu yang seperti Malayan Union sejurus selepas 9 Mei 2018 yang lepas dan ia terbukti berlaku pada 8.12.2018. Adakah ia terjadi secara kebetulan? Adakah saya berjaya ‘meneka’? Adakah ini sejenis ‘teori konspirasi’ yang anda faham selama ini dari media? Tidak saudara saudari.

Maklumat di sekeliling kita terlampau banyak. Apa yang perlu kita lakukan ialah MENAPIS MAKLUMAT TADI.

Pada 21 September 2018 yang lalu, saya telah memberitahu anda akan langkah Tun M yang akan membesarkan parti kerdilnya dengan menerima kemasukan ahli parlimen UMNO. Pada masa itu saya telah dikritik oleh penyokong parti Tun M sendiri serta penyokong kerajaan dengan mengatakan saya ini merepek dan berbohong.

Anda boleh rujuk di sini: PELAN TUN M

Lihat poin pertama:

1) Partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah antara parti paling kerdil dalam kerajaan dengan jumlah kerusi yang sedikit berbanding PKR & DAP

Jadi bagaimana kawan-kawan? Apa yang Tun M nak buat sekarang?

Hehe.

Ada banyak perkara yang anda tidak tahu tentang Tun M ini. Mungkin semasa Tun M menjadi perdana menteri keempat dahulu, anda masih ‘seekor’ sperma yang lurus mulus, kanak-kanak mentah berhingus atau mungkin masih di alam roh lagi.

 

BACA SETERUSNYA….

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Srivijaya & Melayu

kredit: Conradus Leemans, wikipedia

kredit: Conradus Leemans, wikipedia

 

Semakin lama saya mengkaji Srivijaya, semakin banyak ‘keajaiban’ yang saya temui. Sejak sekitar 10 tahun yang lalu ketika saya mula mendekati Srivijaya, hanya selesa menemukan bahawa Srivijaya itu adalah Melayu, dan Melayu itu jiwanya Srivijaya. Berbudaya Melayu-Polinesia, yang mimpi dan angannya adalah laut, maka Srivijaya itu memang memanfaat lautan sebagai lebuhraya utama zaman silam untuk ke negeri-negeri jauh dan asing.

Ikuti catatan Srikandi tentang jiwa Melayu dalam empayar maritim terhebat dalam sejarah Asia Tenggara ini.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us