Category Archives: Alter Terahsia Bangsa Melayu

Buku Syahmura Sarwa Bentara 2026

2-alter3-1779892328 (1)

 

Kepada pembaca tulisan Cik Srikandi,

Sambungan siri “Rahsia Para Mengkong” selengkapnya sudah terbit dalam bentuk buku yang boleh ditempah di sini:

https://tinyurl.com/syahmurabentara

Naskhah kali ini berkonsep dua 2 dalam 1:

1) Novel sejarah alternatif

2) Kitab 42 Petua Kelicikan Dalam Politik & Peperangan

Terima kasih kerana membaca siri ini. Bolehlah kami teruskan menulis berita-berita ‘teori konspirasi  :lol:

 

-Lonecryer

—————–

Petikan dari buku:

“Pertama, kamu mesti mengembalikan   satu Regalia Negeri Perak yang sangat penting. Ia adalah sebuah ______________   yang kini   masih disimpan secara rahsia di dalam arkib simpanan khas sebuah   muzium di United Kingdom.   British telah mengambilnya secara tidak rasmi semasa Perang Perak, dan Mengkong Habibah telah bersumpah bahawa regalia itu mesti   pulang ke Bukit Chandan untuk melengkapkan kedaulatan kita   sekaligus perlu  disebarkan isinya supaya menjadi tatapan anak cucu.”

— Tok Mengkong
 .
“Jangan jadi bodoh! Siapa lebih kuat? Siam atau Inggeris? Alang-alang  negeri kita di bawah orang putih, apa kata kalau sultan cadangkan  si Inggeris ambil tanah-tanah kita yang dirampas Reman itu.  Katakan saja, kalau Inggeris berjaya meluaskan wilayah Perak sampai  Jala, maksudnya empayar Inggeris lagi besar dan megah…”
—Mawar Cantik The Mad Mengkong
 .
“Di dalam arkib British Library, ada catatan yang menyatakan bahawa pihak Inggeris telah melarikan sesuatu yang sangat berharga, sesuatu yang dipanggil dalam teks sulit mereka sebagai ______________ , dari sebuah kawasan di timur jauh yang kini dinamakan sebagai _________.”
—Abbot Alasdair of Glenmore
 .
“Aku sudah biasa berenang di sungai yang ganas, Shahriman. Aku tahu bagaimana mahu bertahan.”
—Mawar Garang The Red Mengkong
 .
“Di bawah Sekolah Raja Perempuan Kalsom ini ada terowong…”
 
—Kak Linda
 
 .
“Sang Pujangga ada berkata, bahawa penguasa yang bergantung sepenuhnya kepada Nasib akan musnah apabila takdirnya berubah. Tetapi penguasa yang membina kekuasaannya atas Kecerdikan sendiri akan bertahan lebih lama.”
—Bentara Shahriman
 .
“Mawar Cantik itu kalau istilah sekarang, menghidap autisme”
—Abang E
 .
“Kalau bukan kamu yang menjaga negeri kamu, siapa lagi? Orang Siam ini kejam dan bengis. Sekali tanah kamu dijajah, sampai kiamat pun payah nak ambilnya balik!”
—Cik Ani The White Mengkong
 .
“Habibah… ingat kata-kata saya! Jika kamu berjaya mengangkat martabat bangsamu menjadi bangsa berilmu dan tersusun, suatu hari nanti bangsa kamu pasti akan mengecap kebebasan dan akhirnya maju setanding dengan bangsa-bangsa Eropah.”
—Emily Ravenscroft
 .
“Ah! Tuhan lambat balas doa aku. Jadi aku pakai setan nak kalahkan Siam keparat itu.”
—Mawar Dara The Black Mengkong
 .
“Kamu tahu, polong dan segala setan ni ada rahsia dia yang tertentu, ada had dia, segala jin dan setan ni ilmunya.. galang gantinya nyawa dan iman kamu kepada Tuhan Yang Esa…”
—Mengkong Habibah
 .
“Siti terima penangguhan ini. Dan Siti tuntut janji abang di malam pertabalan itu nanti. Jangan ada satu pun rahsia yang tertinggal.”
—Siti

 

Episod 13 : Jemputan ke “The Coronation”

precoronation

 

Tiba-tiba muncul beberapa orang lelaki dan perempuan dari arah belakang. Mereka kemudiannya berdiri menghadap Siti yang duduk di atas tangga batu itu. Siti agak terkejut. Dia memandang satu-persatu wajah lelaki dan perempuan yang berdiri di hadapannya itu.

Abang E dan Kak Linda hilang entah ke mana!

“Ya… inilah dia orangnya,” kata seorang lelaki perlahan. “Ya…tepat dengan tanda-tandanya,” balas seorang perempuan pertengahan umur.

Calon yang sesuai…

Beritahu orang yang uruskan tentang ini…

Bolehkah dia memikul amanah ini?

Siti agak resah memerhatikan orang-orang di depannya itu berbisik-bisik sesama sendiri. Tiba-tiba…

“Siapkan dia untuk majlis itu!”

 

BACA SELANJUTNYA.

(mulai episod 8, akses untuk siri ini hanya untuk subscriber yang melanggan 2 bulan ke atas)

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Episod 12 : Dalam Tawanan Anak Raja Siam

tawan

 

Mawar Cantik akhirnya ditawan oleh tentera Reman. Mereka membawanya balik ke Kota Baru, ibukota Reman. Di sanalah pihak Siam menunggu. Anak raja Siam sendiri hadir. Dia mahu melihat sendiri sosok Mawar Cantik.

Majlis makan malam istimewa antara Mawar Cantik dan anak raja Siam. Laksana kisah Puteri Saadong dan raja Ayutthaya.

Malam itu terbongkar siapakah sebenarnya Cik Mawar Cantik…

 

BACA SELANJUTNYA.

(mulai episod 8, akses untuk siri ini hanya untuk subscriber yang melanggan 2 bulan ke atas)

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Episod 11 : Rahsia Mad Mengkong

rahsiamadmengkong

 

Ada satu rahsia tentang moyangnya, Cik Mawar Cantik itu. Apabila Kak Linda menjelaskan siapa Mawar Cantik yang sebenar, barulah Siti faham beberapa perkara berkaitan moyangnya itu. Ia mula masuk akal umpama puzzle-puzzle yang bercantum.

 

BACA SELANJUTNYA.

(mulai episod 8, akses untuk siri ini hanya untuk subscriber yang melanggan 2 bulan ke atas)

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Episod 10 : The Mad Mengkong

madmengkong

 

“Askar-askar Siam terkejut apabila tentera Kerunai terus mara walaupun pihak Reman menyatakan orang Melayu tidak akan memijak tanah yang di dalamnya terdapat jasad para sayyid yang dibunuh itu. Orang Melayu kononnya sangat menghormati orang-orang Arab keturunan nabi.

Namun Mawar Cantik terus mengarahkan tentera Kerunai mara dan menggempur kedudukan Siam yang dibantu Reman itu. “Bunuh mereka atau aku akan hantar polong bunuh kamu semua! Orang mati sudah tidak berguna lagi untuk kamu! Mara!” pekik Mawar Cantik.

3 hari 3 malam tentera Kerunai mengamuk di Kubu Cabong. Catatan British menyatakan ketika ‘massacre’ itu terjadi, Mawar Cantik duduk di atas gajah sambil ketawa berdekah-dekah dan menjilat darah pada sebilah keris yang dipegangnya. Tangan kirinya memegang pistol. Nampaknya taktik Reman pada pertempuran yang lalu tidak menjadi kali ini bila berdepan mengkong baru yang dilantik Sultan Perak itu. Kesemua askar Siam mati bergelimpangan. Mengkong Rambai dan sisa-sisa askar Reman yang lain sudah pun berundur dengan sebahagian sisa pengikutnya balik ke Kelian.

“Sebab itu penulis British menggelarnya, The Mad Mengkong,” ujar Kak Linda tersenyum pahit ke arah Siti yang kelihatan terkesima mendengar tentang kisah moyangnya itu.

 

 

BACA SELANJUTNYA

 

(mulai episod 8, akses untuk siri ini hanya untuk subscriber yang melanggan 2 bulan ke atas)

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Episod 7a : Terowong Ke Rumah Che Midah

terowongmidah

 

Mukadimah

 

Untuk menyelesaikan misteri seterusnya, Siti perlu ke lokasi yang lain. Di sana dia menemui beberapa perkara yang menarik tentang sejarah nenek moyangnya.

 

 

 

 

BACA SELANJUTNYA.

(mulai episod 8, akses untuk siri ini hanya untuk subscriber yang melanggan 2 bulan ke atas)

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Episod 9 : Mengkong Hitam

mengkonghitamb

 

 

Di dalam perpustakaan peribadi Istana Kenangan yang dipenuhi dengan aroma kulit buku lama dan kayu cendana, Kak Linda membentangkan sehelai peta yang lebih kuno daripada apa yang pernah Siti bayangkan. Peta itu diperbuat daripada kulit kijang yang sudah mengeras, memaparkan rupa bumi Semenanjung yang masih dipenuhi dengan nama-nama kerajaan yang sudah hilang dari ingatan manusia moden.

 

BACA SELANJUTNYA.

 

(mulai episod 8, akses untuk siri ini hanya untuk subscriber yang melanggan 2 bulan ke atas)

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Episod 8 : Asal-usul Mengkong & Perang Dengan Reman

asalmengkong

 

Di dalam ruang tamu Istana Kenangan yang hening, bunyi kipas siling yang berpusing perlahan seolah-olah menjadi satu-satunya saksi kepada sejarah yang bakal terungkap. Kak Linda bangun dari kerusi jatinya, berjalan menuju ke sebuah rak buku besar yang menempatkan barisan fail kulit tebal.

Dia menarik keluar sebuah peta besar yang dilaminat rapi; bukan peta moden, tetapi peta lakaran tangan dari abad ke-19 yang menunjukkan sempadan wilayah Perak utara yang kini sudah berubah.

 

BACA SELANJUTNYA.

 

(mulai episod 8, akses untuk siri ini hanya untuk subscriber yang melanggan 2 bulan ke atas)

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Episod 7: Rahsia Keluarga

rumahmelayuseri2

 

Siti akhirnya sampai di laman sebuah rumah agam yang bercirikan elemen-elemen tradisional Melayu. Siti berdiri terpaku di hadapan sebuah rumah agam yang tersergam indah itu, seolah-olah menyimpan rahsia zaman silam.

Laman yang luas terbentang dengan pohon-pohon rendang, sementara angin malam membawa harum bunga kenanga yang ditanam di tepi pangkin kayu. Rumah itu sendiri memancarkan aura tradisional Melayu dengan bumbung limas yang megah, ukiran halus pada dinding kayu cengal, serta tingkap berjeriji yang dihiasi kaca berwarna-warni. Cahaya lampu minyak yang bergantung di serambi berayun perlahan, menambah suasana mistik yang membuatkan langkah Siti terasa berat namun penuh rasa ingin tahu. Dia merasakan seolah-olah setiap inci tanah yang dipijaknya sedang berbisik, mengundang dirinya masuk ke dalam dunia yang bukan sekadar ruang fizikal, tetapi juga ruang memori dan warisan.

Degupan jantungnya semakin kencang, bukan kerana takut, tetapi kerana terpesona oleh keindahan yang jarang ditemui dalam hiruk-pikuk kota. Rumah agam itu berdiri sebagai saksi bisu kepada sejarah, dan Siti tahu, malam ini akan menjadi permulaan kepada sebuah kisah yang tidak akan mudah dilupakan.

 

BACA SELANJUTNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us