Monthly Archives: September 2018

Mason-mason Melayu Episode III : Permainan Anwar Ibrahim

ai

 

Inilah peluangnya, yang MUNGKIN TERAKHIR baginya. Peluang untuk menduduki takhta paling berkuasa di Malaysia, perdana menteri Malaysia.

Jika peluang yang satu dan terakhir ini GAGAL, maka mungkin tiada peluang baginya…

Buat selama-lamanya!

Maka, beliau mesti menyediakan pelbagai perancangan untuk tujuan ini. Pelbagai pelan, pelan sokongan dan jalan keluar untuk pelbagai kes dan masalah yang menghalang niatnya untuk berkuasa.

Pelbagai permainan baru!

 

BACA SETERUSNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-mason Melayu Episode III: Dilema Tun M

mohammed_mahathir

 

Tidak dapat dinafikan bahawa Tun M juga menghadapi beberapa masalah dalam pentadbiran keduanya. Masalah-masalahnya itu antaranya seperti:

1) Partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah antara parti paling kerdil dalam kerajaan dengan jumlah kerusi yang sedikit berbanding PKR & DAP

2) Anwar Ibrahim, saingannya yang telah melakukan langkah-langkah tertentu bagi menyediakan dirinya menjadi perdana menteri, menggantikan Tun M

3) Menteri-menteri kabinetnya yang tidak kompeten, mentah dan tidak cekap

4) PAS dan UMNO yang cuba bergabung menentangnya

 

Perkara (2) dan (4) adalah perkara yang boleh menjatuhkannya selaku orang yang paling berkuasa di Malaysia. Jadi perkara yang mesti dibuat oleh Tun M adalah dengan menjadikan parti kerdilnya menjadi sebuah parti yang besar, dominan dan kekal menjadi de facto dalam kerajaan.

 

Baca seterusnya…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-mason Melayu Episode III : Kesalahan Najib Paling Besar BHG 2

najibaskar

 

Maka tibalah ketikanya untuk menjelaskan apakah ‘kesalahan’ atau kesilapan paling besar DS Najib Razak, yang telah menjatuhkan beliau sebagai perdana menteri dan kerajaan pimpinannya dalam pilihanraya yang lepas walaupun beliau telah menyumbangkan pelbagai kemudahan untuk rakyat seperti projek-projek 1Malaysianya, projek pengangkutan awam seperti MRT, ECRL dan sebagainya, projek lebuhraya Pan Borneo, bantuan sara hidup rakyat dan pelbagai lagi.

Kesilapan ini amat kritikal apabila mencapai satu tahap, dan Najib seperti tidak menghiraukannya. Mungkin baginya, apa yang dilakukannya demi rakyat sudah mencukupi untuk beliau mampu bertahan dan disokong oleh rakyat bawahan.

NAMUN BELIAU SALAH!

 

Teruskan membaca…

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-mason Melayu Episode III : Cerita Anwar Ke Takhta ‘Perdana Menteri’

mahawar3cut

 

Mengapa Malaysia harus sekali lagi diletihkan dengan drama dua orang ini dalam perebutan takhta paling berkuasa di negara ini? Tidakkah ada wajah baru yang segar, lebih berbakat, lebih bertenaga untuk menerajui negara?

Apabila DS Anwar Ibrahim sah akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan, maka permainan sudah bermula.

Adakah Tun M akan membiarkan Anwar naik menjadi orang paling berkuasa kelak? Bagaimana dengan hasrat isteri Anwar, Wan Azizah yang telah bersetuju menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Adakah Tun M akan rasa dirinya tetap selamat jika Anwar nantinya sempurna memegang semua kuasa kelak, seperti dirinya hari ini?

 

BACA SETERUSNYA DRAMA MENARIK INI….

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-Mason Melayu Episode III : Rule of Jaw II

ruleofjaw2

 

Keanehan menyelubungi tugas Peguam Negara, Tommy Thomas apabila institusi keadilan di bawahnya dilaporkan melakukan tindakan yang dilihat cenderung kepada ‘conflict of interest’ apabila:

 

1) Menarik balik dakwaan ke atas kes rasuah Lim Guan Eng

2) Melepas tanpa membebaskan bagi kes seorang ‘Datuk Seri’ memukul anggota RELA

3) Meminda pertuduhan bagi kes ahli kongsi gelap dan samseng yang ditahan di bawah SOSMA, di mana mereka terlibat dalam kes culik, memiliki senjata api, pengedaran dadah, pemerasan dan bunuh

4) Dan banyak lagi ….

 

Seperti biasa, jika perkara-perkara di atas dikritik hebat oleh rakyat, maka kemungkinan besar kerajaan akan ‘mengkaji semula’. Namun jika dibiarkan atau rakyat tidak cakna dengan isu ini, maka ia berpotensi diteruskan.

INI ADALAH SUATU MISTERI.

Dikatakan tugas utama beliau ialah untuk mendakwa DS Najib. Namun kita tahu bahawa beliau telah ‘melarikan diri’ dan menyerah tugas pendakwaan kepada orang lain. Apakah sebenarnya yang berlaku? Dalam pada masa yang sama institusi di bawah beliau telah melaksanakan ‘kerja-kerja korup’ yakni menggugurkan satu-satu kes tanpa apa-apa perbicaraan. Malah ia berlaku hampir berturutan dalam selang masa yang tidak begitu lama. Apa yang ingin dikejar?

Apakah ‘perjanjian syaitan’ yang dipersetujui itu?

 

 

 

 

 

“Janji Untuk Kuasa Mengawal Perundangan & Kehakiman”

.

.

skulljustice

.

.

“…Kedua-dua Tun M dan Daim merupakan dalang dan begitu agresif mempertahankan kroni kapitalisme. Melalui proses yang tempang dan korup penjana bebas elektrik IPP dianugerahkan, projek lebuh raya diswastakan, barangan keperluan dimonopoli oleh kroni-kroni. Ianya amat jelas mempergunakan dan membebankan rakyat. Kerakusan ini tidak terhenti dengan pemerintahan mereka dan kesan kerosakannya masih dirasai sehingga kini…”

(Anwar Ibrahim, ‘Warkah Dari Penjara’ Mei 2016)

.

.

.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-Mason Melayu Episode III : Rule of Jaw I

ruleofjaw1

 

 Untuk memastikan takhtanya tidak diganggu gugat, Tun M acapkali menggunakan ‘Rule of Jaw’ ini. Ini adalah satu perkakasnya bagi menghapuskan saingan.

Dengan perkakas ini, Tun M mampu menyingkirkan para saingan dan lawannya. Melalui perkakas ini, beliau mampu mengabsahkan pemerintahannya dengan sedikit cabaran.

 

 

 

“Melemahkan Para Musuh”

 

wolf-d7r3116-1

 

 

 

“…keadaan saya dipenjara, ditelanjang dan dalam keadaan paling merempat.”

(Anwar Ibrahim)

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Chewbacca, Senator Palpatine dan Darth Sidious

palpatine-throne

 

Mason-mason Melayu Episode III: Deal with the Devil

 

Pastinya ada di kalangan kita yang pernah melihat Tun M memakai topeng Chewbacca bersama-sama Menteri Pelajaran, Maszlee Malik yang memilih untuk memakai topeng Yoda.

Ini adalah satu perlambangan yang hampir kena pada konsepnya, cuma watak yang dipilih itu tidak sesuai. Dalam menanggapi perjalanan karier Tun M terutamanya berkaitan sikap dan polisinya kepada orang Melayu, maka Tun M seolah-olah berwatakkan Senator Palpatine.

Mengapa?

 

BACA SETERUSNYA…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-mason Melayu Episode III: Deal with the Devil

pacto.diablo

 

 

Kepada sesiapa yang telah mengikuti tulisan-tulisan saya dalam siri Mason-mason Melayu Episod II semasa bulan puasa yang lepas, pastinya bersetuju tentang apa yang saya ‘ramalkan’ tentang tindak-tanduk Tun M, kerana pada hari ini… kita semua telah menyaksikan banyak adegan atau peristiwa yang berlaku sejak pilihanraya yang lepas, juga dalam masa 100 hari kerajaan baharu. Mengapa? Kerana Tun M sendiri sebenarnya mengalami masalah YANG BESAR! Masalah-masalah inilah yang mengikat Tun M untuk menjadi dirinya yang sekarang dan ia berawal dari apa yang telah dilakukan semasa 22 tahun pentadbirannya dahulu.

Saya, M.O telah pun meramalkan semua ini lama sebelum semua kebejatan yang berlaku dan kemuncaknya ialah cukai SST ini yang mana tidak berbeza pun dari cukai GST yang dijadikan propaganda sebelum ini malah percayalah… ia LEBIH TERUK LAGI. Mengapa?

Kerana kewangan negara kini berada dalam landasan yang salah!

Kerajaan kini sedang menggembeling semua sumber untuk menutup ketidakcekapan mereka mengendalikan ekonomi negara. Kesan buruk ini masih awal dan kita tidak merasakan secara drastik tetapi berdikit-dikit melalui:

 

1) Tarikan/potongan bantuan kewangan

2) Cukai yang membebankan

3) Harga barangan naik

4) Penswastaan yang semakin menggila

5) Rakyat dipaksa membeli produk kroni kerajaan

 

Saya akan bahagikan siri ini kepada dua bahagian:

 

Mason-mason Melayu Episode III: Deal with the Devil

 

“The Rule of Jaw”

 

ruleoflaw

 

 

The Rule of Jaw 1: Access denied

The Rule of Jaw 2: Access denied

The Rule of Jaw 3: “Orang miskin dilarang sakit”

The Rule of Jaw 4: “Tongkat bukan untuk si miskin, tapi untuk KKN”

The Rule of Jaw 5: Access denied

 

 

“The Rise of Malayan Union II”

 

malayan_union_protest

 

Malayan Union II 1: Access denied

Malayan Union II 2: “Pendidikan Cina untuk Malaysian Malaysia”

Malayan Union II 3: “Tanah 999 tahun”

Malayan Union II 4: “Projek Kandang Babi Negara”

Malayan Union II 5: Access denied

Malayan Union II 6: “Wang cukai kami bukan untuk rakyat Melayu yang miskin!”

 

 

JIKA ANDA MEMAHAMI ARTIKEL-ARTIKEL YANG LEPAS, ANDA AKAN SEDAR MENGAPA INI SEMUA TERJADI PADA HARI INI, DAN UNTUK SIAPA.

 

Ingat, jika anda merasakan diri anda dicaturkan,

KELUAR DARI PAPAN CATUR

 

-M.O

 

*Cara untuk akses MistisFiles, KLIK >> RAHSIA MASON MELAYU