Isu Thukul Cetak : ‘Crowdfunding’, Jualan Kilat atau ‘Kapitalis’ Yang Menggunakan Sentimen?

 

[Mukaddimah]

 

Pada 4 September yang lalu, Thukul Cetak – sebuah syarikat penerbitan buku tempatan telah menaikkan satu status di laman fanpage milik syarikat itu berhubung tunggakan bayaran oleh Thukul Cetak dari kilang cetakan berjumlah RM100,000.  Tunggakan itu jika tidak diselesaikan dalam masa satu bulan, pihak Thukul Cetak akan diheret ke mahkamah.

Maka pada 5 September, Thukul Cetak telah melancarkan satu ‘jualan kilat’ untuk menggalakkan orang ramai membeli buku-buku terbitan mereka dengan hanya satu pakej RM100 untuk 10 buah buku. Satu inisiatif copywriting telah dirangka di dalam kempen ini untuk tujuan galakan dan seruan bagi menyelamatkan syarikat tersebut.

Terdapat berbagai-bagai pandangan dari pelbagai pihak tentang isu ini. Dari isu kesuraman industri buku, kesilapan strategi perniagaan sehinggalah soal pendirian kiri atau kanannya Thukul Cetak dalam menentukan halatuju atau prinsip mereka. Namun walau apapun pro dan kontranya, akhirnya Thukul Cetak sendiri berjaya mengumpul dana yang disasarkan dari orang ramai dan selesai membayar wang tunggakan tersebut pada 13 September 2017, kira-kira 8 hari selepas kempen “#SelamatkanThukul” dilancarkan.

MistisFiles menyorot setiap pandangan ini. Pandangan dari segi menyokong dan mengkritik isu Thukul Cetak membuat apa yang dinamakan sebagai ‘jualan kilat’ oleh penerbit buku tersebut.

Nota: Setiap pandangan pro atau kontra orangramai dalam isu  ini bukanlah pandangan rasmi MistisFiles. Pihak MistisFiles hanya membuat analisis sahaja secara saksama.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Leave a Reply