Cik Srikandi merupakan salah seorang penulis kami sejak 2009, yang mana terkenal dengan sirinya, Alter Terahsia Bangsa Melayu. Beliau telah mengeluarkan beberapa buah buku dan material berkaitan dengan sejarah Melayu. Ini termasuk buku-buku dalam siri “Alter Terahsia Bangsa Melayu”. Setakat ini terdapat dua buah buku dalam siri ini yakni:
1. Alter Terahsia Bangsa Melayu IV : Asal-usul ‘Naga Laut’ (2023)
2. Alter Terahsia Bangsa Melayu V : Kunci Rahsia Ke Mount Ophir (2024)
Tahun ini beliau mengeluarkan buku yang ketiga dalam siri ini iaitu Alter Terahsia Bangsa Melayu III “Wangian Suci Dari Taman Larangan”. Menurut Cik Srikandi, tema utama buku ini adalah perbincangan tentang Rumpun Melayu. Di mana beliau akan mengupas tentang asal-usul Rumpun Melayu dan pembinaan rumpun itu sendiri. Bab-bab pengiring pula adalah bertemakan “Tabung Rahsia Tanah Melayu”. Bab ini mempunyai kaitan dengan bab “Dana Rahsia Raja-raja Melayu” dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu V.
Tempahan boleh dibuat di sini, sila klik pautan ini:
-MistisFiles